Friday 6 April 2012

Tazkirah Jumaat: Buta Hati Tinggal Solat Jumaat

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.

Huraian :

Meninggalkan solat Jumaat 
merupakan perbuatan yang ditegah 
kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain 
ke atas setiap individu muslim.

Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini 
akan mengundang kemurkaan-Nya 
dan mereka bakal menerima balasan 
yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah
 pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup 
daripada mendapat hidayah 
menjadikan mereka semakin sesat 
dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan 
meninggalkan solat Jumaat hanyalah
 mereka yang menghadapi kesukaran 
yang mencapai darjah keuzuran syar’i 
sepertimana yang berlaku kepada orang sakit
 dan orang musafir.

Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan
 yang munasabah di sisi syarak
 untuk meninggalkan solat Jumaat,
 maka hendaklah mereka mengerjakannya
 kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban 
dalam beribadat kepada Allah S.W.T
 ia juga merupakan suatu syiar Islam 
yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Kata Ayu: Kaum Adam jangan sesekali tinggal sembahyang Jumaat tanpa keuzuran!!!

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalau p rehat,tgkla punya ramai laki muslim..sdgkan tim e tu org p smyg jumaat..

are_lin@yu said...

nuyui a.k.a miss YUI :tak rasa pa pe erk dorang..hmm