Acap kali juga sesuatu doa walaupun baik,
dan datang daripada orang yang baik,
pada waktu yang baik,
tetapi Allah tangguhkan ke waktu lain.
Hal ini kerana Allah sayangkan hamba-Nya itu.
Allah sengaja berbuat demikian bagi mengujinya
sehingga seorang hamba itu bersedia untuk menerima nikmat-nikmat-Nya.
Misalnya,
Allah kurniakan kekayaan apabila hati seorang hamba
telah ada rasa syukur
kerana memberikannya sebelum itu
akan menjadikan seseorang itu kufur.
Allah kurniakan kekuasaan setelah ada dalam hati
seseorang ada rasa tawaduk dan sifat adil,
supaya dia boleh menjadi pemerintah
yang baik apabila sudah berkuasa.
Jika tidak bersedia,
dibimbangkan nikmat itu
boleh bertukar menjadi bala.
Itulah yang disebut
“istidraj”
– yakni pemberian Allah yang merupakan satu kutukan dan
memudaratkan untuk iman dan Islam seseorang yang derhaka kepada-Nya.
Oleh sebab itu,
sering kali juga Allah menahan pemberian-Nya
kerana kasih sayang-Nya terhadap seseorang.
Inilah yang dinukilkan oleh Prof Dr. K.H. Muhibbuddin Waly
dalam bukunya Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf:
“Sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya.”
Insyallah, moga bermanfaat kepada semua!
Kata Ayu:Allah tahu bila kita bersedia untuk menerimanya,
mungkin kita kata kita dah bersedia tapi hakikatnya belum;-)
10 comments:
Oleh itu apabila berdoa bukan waktu susah/memerlukan saja bahkan kenalah berpanjangan kerana kasih allah pada hambaNya tidak terbatas...
Moga kita dijauhkan dari istidraj..
ALLAH tahu mana yg terbaik utk kita kan..
krn itu deqla sntiasa bersyukur dgn apa yg ada.. dan deqla tabah menghadapi segala kemungkinan...alhamdulillah, x pernah lg deqla merungut jika deqla dlm kesusahan...moga semua itu akn diberi ganjaran kelak olehNya.. :)
betul tu...Allah swt sebenarnya rindu utk dgr rintihan hamba-Nya..^__^
smoga Allah memberi hidayah kepada kita semua..
Kakzakie:amin ..moga kita dijauhkan dr itu kan akak;-)
nuyui a.k.a miss YUI :betul dear.ayu sokong ;-)
@ deqla manjew :alhamdulillah deqla..moga sinar mnyinari hidup deqla..kita kna tabah kan ;-)
Makwe Kintan:ayu sokong dear ;-)
ejulz:Amin ;-)
Dah lama tak singgah sini. Blog ni blog walking singgah bila blogwalking. Tapi dah lama tak blogwalking. Betul, kadang kadang Allah tak makbulkan doa kita sebab Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik (:
thank Q sebab berkongsi :)
Sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya
dah dekat setahun berdoa~ hari2 hampir setiap jam~ xde pun~
Alhamdulillah. Terima kasih.
"Dan kami (Allah) ajarkannya dari pengetahuan yang ada pada kami". - Al Hikam, p.381.
Post a Comment