Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya “Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.
Huraian :
Meninggalkan solat Jumaat
merupakan perbuatan yang ditegah
kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain
ke atas setiap individu muslim.
Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini
akan mengundang kemurkaan-Nya
dan mereka bakal menerima balasan
yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.
Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah
pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup
daripada mendapat hidayah
menjadikan mereka semakin sesat
dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Sesungguhnya orang yang dibenarkan
meninggalkan solat Jumaat hanyalah
mereka yang menghadapi kesukaran
yang mencapai darjah keuzuran syar’i
sepertimana yang berlaku kepada orang sakit
dan orang musafir.
Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan
yang munasabah di sisi syarak
untuk meninggalkan solat Jumaat,
maka hendaklah mereka mengerjakannya
kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban
dalam beribadat kepada Allah S.W.T
ia juga merupakan suatu syiar Islam
yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.
Kata Ayu: Kaum Adam jangan sesekali tinggal sembahyang Jumaat tanpa keuzuran!!!
2 comments:
kalau p rehat,tgkla punya ramai laki muslim..sdgkan tim e tu org p smyg jumaat..
nuyui a.k.a miss YUI :tak rasa pa pe erk dorang..hmm
Post a Comment