Friday 29 June 2012

You are what you think about...


No need to be others,
you are what you think about,
no one can't change you,
only you by yourself!

Segmen Dari Jiakreatifelt : Header Dulu Hingga Kini Yang Terbaik


Walaupun sibuk kugagahi jua..hehe..
demi menyokong ahli GSF yang comey sorang ni..hehe..sapa??
tengok SINI








Tertarik juga dengan header dear yang sorang lagi ini..
member blogger jugak,so I loike lah..hehe






Yang ketiga ni pun aku suka,baru ja join segmen beliau baru-baru ni..
yang suka sebab ada muka owner blog..hihi




nak undi???
tekan sini JIA

Jomlah pakat-pakat support dan undi rakan blogger kita..hehe

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK


Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
   Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain...
 
 
 
Kata Ayu : Jom sama-sama berdoa dan berubah moga kita lebih baik dari hari ke hari ;-)

Thursday 28 June 2012

Alasan??no way,sekarang tukar cari peluang ;-)



Taknak jadi orang gagal,
jom kita mencari peluang untuk menjadi orang yang berjaya ;-)

Tersirat berfikir,tersurat terbukti ;-)



Apa ni?? ;-)

 Fikir-fikirkan lah ;-)




Kata Ayu :
 agaknya tak kenyang makan nasi,sesetengah orang suka makan daging saudara sendiri ;-)
Sekadar renungan kita bersama,berkasih sayanglah sesama kita ;-)

Wednesday 27 June 2012

Teringin masakan mama ;-(



Disebabkan malas nak keluar lunch,tambah dengan cuaca panas macam ni nak kena merempit lagi,tak jadilah aku keluar makan tengahari ni..

aktiviti tetap,duduk depan PC and BW..hehe..tiba-tiba terbayang macam-macam lah kat kepala ni..macam tengah puasa pulak..hehe..ni lah yang paling aku teringin,masakan mama yang paling feveret saat ini...

 sambal tumis udang

sambal tumis sotong



Kalaulah ada depan mata sekarang,alangkah indahnya..hehe..tambah pulak ada ikan goreng sekali memang sedap dimakan lah ;-)..Sekarang kena bertahan lapar lah,nasib ada roti gardenia ni..hehe


Sedap jugak ni..
betul tak tipu..hehe




kawan-kawan lunch makan apa,story lah sikit..hehe

Beliau adalah ....


Beliau adalah Abraham Lincoln
Presiden Amerika ke16
dan presiden pertama yang mati dibunuh.
(kalau tak silap melalui sejarahnya)

Beliau seorang pemimpin yang sangat tidak bersetuju
dengan sistem penghambaan (hamba abdi)


Kisahnya dilakonkan dalam filem
Abraham Lincoln:Vampire Hunter 
(Pemburu Pontianak)


Sabtu lepas aku sempat pergi tengok Cerita ni dengan En Anip..
memang tak rugi tengok,selalu kalau cerita sebegini pasti ada unsur keagamaan
tapi cerita ini nyata berbeza sarat dengan mesej yang sangat baik
ceritanya pun tak ada adegan yang terlampau memang sesuai untuk kita tonton

Aku sangat tertarik dengan jalan ceritanya.
mengisahkan manusia yang hidup bersama pontianak.
kisah sistem penghambaan yang ditakluki oleh pontianak.
Abraham sejak kecil sangat berdendam dengan pontianak kerana 
telah menyebabkan kematian emaknya.tujuannya hanya satu untuk membalas dendam

Banyak kejadian yang berlaku sebelum dia dapat membalas dendam.
siangnya dia bekerja,malamnya menburu pontianak.
banyak peristiwa yang berlaku sehingga dia dapat menjadi seorang peguam dan presiden.


Abraham akhirnya berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki
dan akhirnya anaknya juga dibunuh oleh pontianak
dalam keadaan negaranya sedang ingin ditakluki oleh pontianak
Abraham dapat mengatasinya dengan perancangannya yang bijak.

first ingat cerita yang berunsur sejarah ni tak best.
rupanya sangat best sarat dengan mesej
antara yang aku dapat dalam cerita ni..

tak semestinya bila seorang itu jahat semua keturunnya juga jahat.
seperti cerita ini ada juga pontianak yang baik.
yang kedua bertindak di luar jangkaan.
jangan hanya bergantung pada satu rancangan sahaja,
mungkin untuk berjaya kita perlu ada 2,3 rancangan yang lain..

Anda teka dengan betul ;-)







Kata Ayu : 
tak rugi tengok..ada mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ini pada yang memahami ;-)

WW:Kenal tak?


Kawan-kawan kenal tak?
cer teka..;-)

Perceritaan tentang beliau next entry..

Tuesday 26 June 2012

Yang baik itu dariNya..



Ayu share banyak tentang nasihat mahupun kebaikan 
bukan lah bermaksud Ayu seorang yang sangat baik.
Setiap dari kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Tapi sekurang-kurang dapat ingat mengingati 
sesama kita termasuk diri ini juga
 agar dari hari ke hari menjadi lebih baik ;-)..
berharap agar  kita sama-sama mendapat manfaatnya bersama ;-) 






Kata Ayu : ramai yang taknak makan kek baby tadi tu kan..kalau ayu pun tak sanggup,tapi ada juga orang yang sanggup buat..;-)

Kek kek kek..

 Tak dapat beli,buat kek ni pun jadi lah..hehe


 Sekali tengok macam kasut betul lah..


 sangat kreatif ok!


 macam ni pun ada jugak..;-)



Boleh buat hantaran ni..hehe



Kata Ayu : kreatif tak??kek macam ni tak pandai buat lagi,teringin lak nak pergi belajar..hehe..Anis pun nak gi belajar buat kek kan,jom kita gi sama-sama..hehehe

Segmen : Saya Sedia Follow Back



Sibuk hari ni lebih sibuk dari semalam..
tapi sempat lagi join segmen..haha..
Jomlah kita pakat join ramai-ramai!! ;-)




Syarat-syarat
  • Kamu follow , saya follow back. xnak follow, x dipaksa.
  • Peserta segmen sama follow kamu, kamu kena follow back.
  • Buat entri, letak banner buruk tu, linkkan ke entri ni.
  • Tinggalkan link entri dikotak komen sahaja.



Senangkan???apa tunggu lagi..hehe

Birthday Bodyguard No 2 hari ni..hehe


Tarikh keramat 26 JUN 2012..
genap umur bodyguard aku no2 ni yang ke 14 tahun..hehe..
seperti yang tahu aku ada 3 adik lelaki merangkap bodyguard aku ler..
apa sikit yang dorang tahu pasal aku mesti jadi
 informer rasmi untuk mama dan abah aku..;-)..

yang No 2 ni bising sikit..
memag dari kecik bising,dulu bising suka nangis,
dah besar suka kacau orang lak..haha..
tapi kalau tak da dia dalam family sunyi jugak..
yang ni lain sikit,
dulu masa lahir abah aku siap nak letak nama Mohd Ronaldo lagi 
sebab lahir tahun bola..haha..
pasal nama gaduh2 manja jugak dengan mama aku sebab
 mama aku nak letak nama Mohd Isma Daniel,
abah aku pulak nak letak nama Mohd Buqhari..
haaahhh sudah mana satu nak pilih ni..ngeee...
last-last gabungkan saja jadilah Mohd Daniel Buqhari..

Bab belajar tak suka sangat,tapi bab motor memang no 1..
alahai Aniel janganlah jadi mat rempit lak erk nanti..hehe..
tapi satu kemahiran dia yang aku salute lah pandai repair motor,
bolehlah kalau rosak sikit2 tu.impian pulak nak buka kedai motor..
hehe..kecik2 dah ada angan2..

bab posing no 1..
memang posing tangkap gambar ni hobi dialah..hehe


Selamat Hari Lahir Daniel,
kakak doakan ang terus kejaq cita-cita,
jadi anak kebanggaan mama dan abah.
jangan dok buas sangatlah ehh..
semoga apa yang ang nak tercapai,
dimurahkan rezeki dan panjang umoq.
..Amin..








Kata Ayu : ucapan dalam bahasa utaqha jap gi kecek K-Ell dia perli lak..haha

Monday 25 June 2012

Duit macam air,kalaulah air pun macam duit..



Duit sekarang sekejap ja habis,dapat 10 ribu sehari pun boleh habis.
al kisahnya tadi pergi bank,kebetulan kad bank plak buat hal 
so pergi lah tukar sekali,mungkin hari ni hari Isnin
 ramai benor orang dekat sejam jugaklah baru settle.
lepas tu boleh lah guna ATM seperti biasa..hehe.
baru tahu nak tukar kad tak kena charge pun..haha..
nasib tak hulur duit tadi(aiseh macam ada duit ja tadi.haha)..

Semangat dapat kad baru,
jangan semangat keluar duit sudah ler..haha


lepas tu bermulah sesi nak transfer duit dan keluarkan duit..
lepas semua dah kira-kira sekali dengan untuk joli(beli barang bukan joli bukan-bukan ya,hehe).. 
perghhhh terkena kejutan elektrik sebentar,baki gaji tinggal RM3++ ja untuk bulan ni..
yang lebih tu memang duit makan ja selalu aku simpan..
kalau untuk saving memang kena keluar simpan dekat lain 
kalau tak memang lagi sakan lah aku bawak keluar..haha..
persoalannya duit sekarang macam air,laju ja keluar,
kalau lah air pun macam duit,
agak-agaknya tiap-tiap hari ada ja orang tadah air kan..haha..








Kata Ayu :ini baru hidup bujang,belum lagi kira-kira berdua nati..hehe

Masalah tak pernah lari dari kita


Setiap orang tak pernah lari dari masalah kan?
seperti jugak aku,kita ja yang cuba lari dari masalah tapi masalah muncul juga.
Dulu masa ada masalah mesti nak menangis ja rasa,
rasa lemah macam tak berdaya,rasa serabut walaupun tak betali,
rasa geram walaupun dalam hati.

memang benar orang yang melihat boleh 
berkata apa sahaja dari orang yang menanggung.
Bila aku meningkat dewasa baru aku tahu masalah yang aku hadapi dulu 
sangat kecil berbanding orang dewasa yang punya lebih banyak tanggungjawab.
baru aku rasa betapa susahnya mak ayah aku dulu 
mencari duit untuk membesar kami adik beradik..

Masalah dan dugaan yang Allah berikanpada masa lalu rupanya 
hendak menguatkan kita pada masa ini.
Pernah juga aku terfikir kalau tidak kerana dugaan yang aku lalui dahulu 
tak mungkin aku dapat menempuhi apa yang berlaku sekarang.
Pengalaman yang kita lalui mematangkan kita.
Bersyukurlah dengan masalah yang menimpa kita kerana ia
 menjadi kan kita seorang insan yang kuat sekarang...;-)



Tiada masalah di dalam dunia ini yang tak boleh selesai
cuma kita kena berusaha mencari jalannya..;-)






Kata Ayu : Nak buat kerja kejap pastu habis kerja nak BW kawan-kawan ;-)

Friday 22 June 2012

Segmen : Tambah Follower Blog


Hari ini semangat nak join segmen 
support sahabat blogger lagi sorang ni..hehe
Cik Purple Ayu join..:-)
Jomlah pakat join ramai-ramai
 menambah follower menambah sahabat ;-)
dah ramai tau yang join ;-)


Syarat pun mudah ;-)

 1. Follow Blog cp, Cp akan follow balik.. :)
2. Em follow Twitter cp bole? hehe..(bg yg ada twitter shj)
3. Buat Entri : Segmen Tambah Follower Blog
4. Letak banner di bawah dalam entri tersebut dan link kn ke entri CP..
 5. Letakkan URL entri korang ke ruang komen d bawah.. Entri ni sahaja oke.. :)
6. Kalau ikhlas tu, boleh la TEKAN SINI yer.. hehe..



 TARIKH TUTUP: 24 Jun 2012 Pukul 6 Petang


5 blogger lagi..siapa yer ;-)


~ tengok header pun comel mestilah orang nya pun comel...first dulu follow mengfollow last sekali dah jadi geng pula dalam GSF..Sweety memang sporting macam kawan-kawan GSF yang lain juga..;-)..nak tengok kecomelan sweety jomlah kita terjah blognya kalau sudi follow lah sekali boleh jadi kawan..hehe



~ Boni @ Boni Zackless..Bro ni memang rajin komen..kadang-kadang entry yang terlepas pun dia komen..hehe..peminat Hanis Zalikha rasanya ni..pernah ayu baca banyak entry dia mesti ada nama model yang cantik tu..hihi..siapa yang nak berkenalan dengan Boni yang yang bercita-cita nak jadi Robocop ni jomlah terjah blog beliau..sambil2 tu jadilah kawan dia sekali..hehe..tak rugi tau..hehe



~ Ejulz seorang jejaka yang selalu komen entry ayu..orang nya sweet,pencinta yang setia..setiap entrynya pasti ada pesanan atau ingatan buat kekasihnya..first time tau ayu jumpa jejaka camni kalau ayu mesti terharu gila..haha..lawak ja ejulz ya..tapi ayu salute lah kat ejulz,pencinta yang setia..jomlah terjah blog ejulz kawan-kawan ;-)




~  Ara pun antara kawan ayu yang rajin komen post ayu..jangan ngorat lak tau ara dah ada pakwe nama Eit..post ara sweet sangat..selalu pasal perbualannya dengan en eit tapi sweet..nak tersenyum pun ada..hehe..ara still belajar lagi dekat UiTM..kalau nak tahu lebih pasal ara jomlah ke blog beliau...



~ Sis waniey ni ibu kepada qalief yang comel..tengok muka qalief memang macam sis waniey..hehe..anak emak ni..hehe..sis waniey satu geng dengan ayu sebab orang utara..tinggal kat kedah..betul tak sis??hehe..jomlah kenal lebih dekat lagi dengan sis waniey ;-)






Kata Ayu : 
harap ukhwah yang terbina antara kita kekal selamanya..kepada kawan-kawan yang lain jom lah tambah kenalan dengan mereka pula ;-) yang next dah tersenarai cuma nak karang ja..hehe

Tazkirah Jumaat : Ingat mati hindar daripada penyakit bangga diri







BANGGA diri atau kagum terhadap diri sendiri adalah penyakit hati yang membuat seseorang berasa selesa dan berlapang dada dengan pujian orang lain. Orang seperti itu menganggap dirinya paling baik dan sentiasa melebihi orang lain.

Sikap bangga mendedahkan pelakunya kepada akibat buruk di sisi agama. Pengamalnya akan membudayakan takbur iaitu sifat yang jelek di sisi Allah.

Firman Allah bermaksud: “Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.” (Surah Al-Qashash, ayat 76)
Takbur adalah sikap individu yang berasa dirinya lebih tinggi tarafnya dan tidak mahu menghormati orang lain. Penyakit ini juga dikenali sebagai sifat ujub iaitu mengagumi diri sendiri.
Ibnul Mubarak pernah berkata: “Perasaan ujub adalah ketika engkau berasa dirimu memiliki kelebihan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang lain.”

Imam Al-Ghazali menyatakan: “Perasaan ujub adalah kecintaan seseorang kepada suatu kurnia dan berasa memilikinya sendiri, tanpa mengembalikan keutamaannya kepada Allah.”
Suka dipuji dan memuji diri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya, yang layak dan berhak dipuji hanya Allah. Firman Allah bermaksud: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah Al-Fatihah, ayat 2)

Setiap orang mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki orang lain, tetapi milik siapakah semua kelebihan itu. Allah berfirman bermaksud: “Bagi Allah semua kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antaranya.” (Surah Al-Maidah, ayat 120)

Sebenarnya bangga dan kagum diri sendiri adalah sifat Iblis yang memandang rendah Nabi Adam kerana dijadikan daripada tanah sedangkan dirinya daripada api. Firman Allah bermaksud: “Iblis berkata, aku lebih baik daripadanya (Adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah.” (Surah Saad, ayat 38)

Orang yang terkena penyakit kagum diri dapat dilihat daripada beberapa tanda iaitu selalu memuji dan mengagungkan diri. Pada masa sama, ia melupakan firman Allah bermaksud: “Maka jangan kamu mengatakan dirimu suci. Dialah (Allah) paling mengetahui orang yang bertakwa.” (Surah an-Najm, ayat 32)
Faktor penyebab sikap kagum diri berpunca pujian yang diberikan secara berlebihan dan tanpa mengindahkan tatacara ditetapkan menyebabkan pujian itu mempengaruhi orang dipuji. Orang yang dipuji berasa mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki orang lain.

Tatacara memuji dalam syariat Islam ada tiga iaitu tidak boleh berlebihan, ditujukan untuk hal yang benar dan tidak menimbulkan fitnah iaitu membuat orang yang dipuji menjadi kagum diri sendiri. Apabila tatacara itu dapat dipenuhi, seseorang boleh memuji orang lain.
Orang yang kagum berasa nikmat yang diterima kerana kepandaiannya bukan kerana pemberian Allah seperti anggapan Qarun.

Allah menceritakan dalam al-Quran, Qarun berkata: “Sesungguhnnya aku diberi harta itu hanya kerana ilmu yang ada padaku.” (Surah al-Qashash, ayat 78)


Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Jika seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kita juga dilarang memuji dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan pelik wahai Muhammad) kepada orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah juga yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” (Surah an-Nisaa, ayat 49)


Umar al-Khattab mengingatkan umat Islam: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Sesiapa yang mendakwa dia orang berilmu, sebenarnya dia jahil. Sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.”
Suatu ketika Rasulullah SAW menemui sahabatnya.

Ketika itu sahabat sedang bersandar pada tongkat. Apabila melihat kedatangan Rasulullah SAW, mereka segera berdiri dengan maksud untuk menghormatinya.
Rasulullah SAW yang melihat hal itu bersabda yang bermaksud: “Janganlah kalian berdiri seperti dilakukan bangsa lain dalam menghormati satu sama lainnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Seorang Muslim yang terkena penyakit kagum diri harus segera bertaubat dan berusaha menyembuhkan dirinya daripada penyakit hati itu. Cara dapat dilakukan supaya tidak terkena penyakit kagum ialah selalu ingat hakikat dan kejadian diri.
Mereka juga harus sedar sekali pun diberi jangka hayat panjang, bukan bererti mereka boleh mendabik dada, angkuh dan membanggakan diri dengan nikmat serta kelebihan kurniaan Allah.

Mereka tetap mati dan harta yang dibawa ialah amal selama hidup di dunia.
Penghayatan kesedaran seperti ini mendorong seseorang menghindarkan diri daripada penyakit kagum. Mereka yang terkena penyakit itu perlu lebih merendah diri serta selalu mengingati mati.


Kata Ayu : 
renungan untuk kita bersama..untuk diri ini yang kerdil disisiNya juga ;-)