Monday, 14 April 2014

Sebulan lagi...

Salam semua..alhamdulillah bertemu Isnin kembali.kerja tetap kerja kan..hehe

masuk ja tahun baru terus angka umur pun berubah..rasa pantas sangat masa berlalu baru baca2 impian tahun lepas tengok2 tahun ni dah nak masuk umur baru

itulah hidupkan..kadang terlalu leka kita tak sedar masa dah tinggalkan kita..masa yang berlalu tu terlalu bernilai dan tak mungkin dapat dibeli..

lagi sebulan dah nak masuk umur baru..pertengahan 20-an dah..cepatnya rasa dah 8 tahun tinggal alam persekolahan..azam tahun ni inshaallah moga tercapai..antara banyak2 nak yang satu ni termakbul dulu..huhu..inshaallah kena usaha doa tawakal kan..

sedar tak sedar jugak dah habis suku untuk tahun ni.sangat pantas..itulah akhir zaman kan..masa ni tak sempat kita nak kejar.kadang 24 jam tu macam tak cukup..

inshaallah kena jadi orang yang bijak urus masa seimbang semua nya kan..

ok dah habis bebel pagi2,nanti free ayu BW ya ;-)



untuk sesiapa yang nak tempah tudung
 boleh tengok entry ni  <<Tempahan>>

Wednesday, 9 April 2014

Harga Promosi shawl halfmoon + lace + beads

Salam semua..

entry sebelum ni ayu ada bagi tau pasal customade halfmoon kan..ada 10 warna available sebelum ni..alhamdulillah ada 3 tempahan ayu tengah siapkan..

untuk batch yang pertama ni ayu buat promosi customade halfmoon+lace+beads harga dari RM35-RM39..normal price dari RM43 lepas ni.tapi still murah lagi kan.hikhik..

apa lagi jom lah grab dulu!!ada lagi 7 warna pilihan...


contoh design macam entry dekat bawah atau ke sini <<tempahan>> .. yang untungnya customade ni boleh request korang punya design sendiri..so exclusive sikit kan..hihi..inshaallah kain ada yang terbaik tak nipis tak tebal sangat.dan senang nak bentuk..


kalau ada yang nak order boleh whatapps ayu ya..
0103737834 @ 0133609460


Monday, 7 April 2014

Tempahan dibuka ;-)

Salam semua..alhamdulillah sempat jugak karang entri untuk harini..

sebelum tu ayu nak war-war kan ayu ada jual customade tudung sekarang.. shawl halfmoon..
inshaallah kain yang terbaik yang ayu pilih tak nipis tak tebal..

tambah seri pula dengan lace dan manik tabur..kalau ada yang nak tempah boleh contact ayu ya.inshallah harga mampu milik..

untuk tudung nikah pun ayu ada buat jugak.nanti ayu sertakan gambar..

 antara warna yang masih available...pink tinggal 1 je lagi...

 ni antara contoh tepi tudung dan tepi kepala...kualiti tudung yang sebenar seperti warna biru lembut tau..yang biru gelap tu ayu testing ja..hehe

 
 ni contoh yang untuk atas kepala..kalau tambah manik lagi boelh buat tudung nikah dah..hehe

ni antara applique shawl yang ayu buat untuk majlis sanding member...

kalau ada yang nak order boleh whatapps ayu ya..
0103737834 @ 0133609460

gitau jer dari blog ayu..nanti ayu bagi diskaun sikit.hikhik

Friday, 4 April 2014

Selamat Pengantin Baru!!!!!


Alhamdulillah bulan lepas selamat pergi Kelantan untuk meraikan pasangan pengantin sama cantik sama padan sama vouge sama semua2 lah..hehe

4hari 3 malam dekat Kelantan ingatkan cukup masa nak pergi semua tempat..rupanya rasa singkat ja masa..kitoarang stay dekat Rose Homestay dekat dengan wakaf che yeh..alhamdulillah orang Kelantan semua baik2 peramah ja tuan homestay..hehe..boleh lah rekemen sangat selesa dan lengkap semua..

Malam hari Jumaat tu majlis akad nikah,so kitaorang ramai2 dari KL ni pergi lah untuk menjadi saksi hari bahagia pasangan pengantin..haha..ni kali kedua ayu tengok member kahwin akad nikah..orang lain yang nak kahwin kita yang rasa berdebar,yang jadi pengantin lagi lah kan ;-p..alhamdulillah selesai di ijabkabulkan...

Akad nikah
 
Alhamdulillah dah sah suami isteri..hehe

keesokan harinya pula kitaorang pergi makan kenduri belah perempuan dekat Ketereh..layan gambar lah eh..tertulis banyak pulak..hehe

Bilik pengantin hias sendiri..ok kan?simple and nice!

kami rasmi dulu pelamin ;p

2 dara pingitan..hehe




 



gambar outdoor pengantin...

Ok habis dah gambar..cantik2 kan semua?hehe..selamat sudah majlis kahwin..alhamdulillah berjalan lancar..

tak sempat nak jalan2 pusing kelantan..nanti lah pergi lagi..boleh gitu?hehe..apapun

 Selamat Pengantin Baru buat akak Riesa & Nomis..
moga dimurahkan rezeki, bahagia bersama hingga akhir hayat hendaknya..
Amin Amin Amin...


Thursday, 13 March 2014

Keep Praying for MH370

Salam semua...

Alhamdulillah walaupun cuaca agak panas dan jelebu sekarang namun kita masih boleh terus bernafas.sesungguhnya ini semua adalah pinjaman dariNya..

6 hari berlalu namun pesawat yang hilang masih terus buntu.Ya Allah banyak sangat spekulasi yang timbul.kuasa Allah,semua jadi atas takdirNya.

Sebagai hambaNya teruskanlah berdoa agar pesawat ini dijumpai dengan segera.jangan biar segala kecaman dunia mengganggu usaha dan doa kita untuk mereka.

Disaat ini,mengharapkan keajaiban dan kuasaNya untuk menemukan mereka yang hilang.inshaallah moga ada berita baik tentang mereka.

Friday, 7 March 2014

Ekspo Pesta Buku Islam Putrajaya

Salam semua..

Harap sihat sentiasa lama tak buat lawatan sambil belajar .. terasa rindu pulak..hehe..inshaallah slow2 ayu bayar hutang ya..hehe

minggu lepas ada pesta buku dekat Putrajaya alhamdulillah sempatlah pergi.jarang ada peluang gitu dan selalunya harga time ekspo ni murah sikit dari kedai.

jadi sempatlah rembat beberapa buku.memang yang dah lama cari.sempat jugak tempah nama dalam khaligrafi.sebelum ni buat nama mama abah ja kan.anak pun nk jugak.hehe..memang ramai lah yang tempah kena beratur jugak sambil tunggu turn.sangat cekap dorang buat kejap ja dah siap..

impian tercapai.dapat tengok nama sendiri dalam khaligrafi..

agak susah jugak kot nak buat nama ayu.lama abang tu nak ejas2.hehe..nasiblah nama panjang kan.hehe..suka tengok bakat2 muda buat ni semua.macam sebaya ja dorang.alhamdulillah tak hilang@pupus tulisan jawi ni kan..

alhamdulillah satu lagi impian tercapai.dah lama mencari buku AhmadAmmar dan Pimpin Aku Ke Syurga akhirnya dapat jugak kat sini.memang kalau di bandingkan harga di kedai di ekspo macam ni lebih murah.semua buku dapat diskaun 20%.memang tak lepas lah peluang beli buku kan.en anip pun borong boleh tahan jugak.hehe


Cerita Cinta Ahmad Ammar,kematian yang menghidupkan.sebak jugak baca ceritanya,semua yang ditulis dari ibu bapa dan sahabat terdekatnya.keperibadiaannya memang menyentuh hati.terasa diri ini kerdil sangat.moga semangatnya ada dalam diri kita semua.

Pimpin Aku ke Syurga,ayu baru baca separuh.buku ni lebih kepada motivasi dan matlamat hidup kita.misi dan visi hidup kita di dunia.sangat sesuai bagi kita yang masih dalam proses untuk menjadi insan yang lebih baik.moga apa yang kita usahakan Allah redha.dan ia perlu dicari..


p/s:cakap yang baik2,buat yang baik2,baru hidup positifkan..hehe