Wednesday 30 November 2011

stress ke kerja??

bagi aku kerja dengan study memang berbeza...
tapi dua2 ni ada cabaran dan jalan cerita yang berbeza.hehe..
aduh macam drama la plak..hehe..
kalau dulu study stress kalau bamyak klas,asigment,exam lagi..adus..banyak2..
tapi bila dah ada stress jugak bila banyak kerja,kena marah dengan bos..hmmmm..
memang hidup kita tak dapat lari dugaan ni..
tapi apa pun kita kena hadapan jugak kan..
bila stress cuba kita fikir yang epy and dapat tenangkan jiwa kita..
contohnya lah kalau kita stress study cuba kita fikir time study la paling bez sebab ada kawan2 yang sekepala dengan kita,kongsi suka duka..
jangan fikir sangat stress cuba untuk berkongsi..
pasti hidup kita lebih happening..hehe..
siyes aku cakap time study paling bez sebab kita enjoy dengan kawan2,tak gadoh fikir pasal duit,nak bayar sana sini sebab kita masih study and semua pa & ma yg support..hehe..
bila kerja plak pening kepala sikit banyak mana pun gaji kita mesti kita rasa tak cukup sebab kena bayar sana sini..sewa umah,duit transport,shopping,hutang lagi...
hmmm banyak kan ..
memang time kerja lagi pening kepala bila kehendak kita lebih dari kemampuan kita..haha..
so berpada-pada..ukur baju di badan sendiri lah yer..
tapi bila stress dengan kerja lebih kita fikir yang kita patut bersyukur sebab kita diantara orang yang bertuah kerana ada kerja berbanding setengah orang yang masih belum dapat kerja lagi stress kan???
so apa pun yang kita hadapi perkara paling utama adalah kita kena bersyukur...
Remove your stress!!!hehehe
no one  like to be like this..duchhhh!!!

planters to be!!!!

hahaha arini aku jadi petani moden..tp bukan macam gambar kt atas tau..aku tanam dalam bekas ja..hehe..pagi tadi kena gi tanam padi yang aku germinate 2 weeks before transfer kat glasshouse Nuklear Malaysia..around 20min dari UPM ni..tapi bukan untuk komersial tau..untuk hasilkan seed ja untuk kerja aku nanti time nak buat tissue culture..tanam pun cikit ja dah berangan jadi petani moden..hehehe..dulu time study tanam pokok gak tapi bukan paddy..sayur2an ja..haha kalau dah amik plantation tak lari mana kerja pun bidang tu jugak..hehe..so korang kalau betul2 minat satu benda tu fikir abis2 and study betul2..hehe..di sebabkan busy cikit minggu ni..aku tak leh kerap sangat updates blog..time free ja baru aku buka n BW blog orang..huhu...

Tuesday 29 November 2011

harap Ombak Rindu tidak mengecewakan...

aku dah tengok Twilight Saga Breaking dawn kureng la cikit..tapi aku rasa Ombak Rindu tidak mengecewakanlah..sebab aku nak tengok jugak weekend ni..haha..tak dapat nak tengok 1 Disember 2011 ni..harap weekend ni dapat tengok lah yea..huhu..harap sangat bez macam novel tu jugak..teringat time member cita dulu masa tu tak silap baru Form 3 atau Form 4..huhu..sapa2 yang minat cita ni jom g tengok..hehehe

sweet Tuesday!!!!!

hai rasa lama tak update blog..huhu..arini nak cita pasal cuti 3 hari buat apa?????haha..mestila outing...haa nak cita pasal aku g tengok Twilight saga Breaking Dawn...boleh katakan 50-50 la..sebab jalan cerita tu boing cikit..part awal2 bezla sebab Edward kahwin dengan Bella..pastu kat tengah2 tu konflik sebab bella pregnant and sampai ending pun mendatar ja..last sekali dia mati and then part 2 maybe hidup balik sebagai vampire..hehehe..

Friday 25 November 2011

Someone like you

i'm dedicate this song to my beloved one..;-)

"Someone Like You"
                                                                           (Adele)


I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"
Yeah.

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."


Jika Aku Jatuh Hati


Ianya bukanlah sebuah puisi, tetapi sebuah doa yang sesuai untuk kita baca dan dikongsikan di laman Tentang Cinta . Mudah-mudahan doa ini dapat kita amalkan agar kita jatuh hati pada seseorang bukan kerana dirinya tetapi keranaNya…

Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…
kredit to: Tentang Cinta

sabtu dan Ahad tak boleh updates blog??

Add caption
kenapa sabtu ahad aku tak boleh updates blog??huhu..sebab kat umah aku tak da internet la..hehe..so cita2 sabtu and ahad aku tulis ari Isnin..tu pun kalau aku tak busy..sebab kat ofis da internet..so lapang2 kerja aku memang blogwalking and updates blog ja..sambil tambah kenalan baru..yeaayyy..tapi internet kat sini kejap ok kejap tak..tu yang susah aku nak view..so plan akan datang nak beli broadband la tapi kena stabil ekonomi aku dulu lah..hehe..nanti lagi rajin la aku updates..minggu ni tak da kerja sangat so sesangat kerapla aku updates..keep in touch frens..i wanna be frens with all of u..!!!

Contest Senyuman menawan

Contest ni dari blog cik Huda..hehe..teringin jugak nak join walaupun senyuman tak menawan..haha..syok2 ja..lau untung leh menang..haha(perasan lah konon2nya).kalau korang nak join klik la pic diatas...;-)



Ni pic yang aku letak...time pose sebelum g dinner company kat Golden palm Tree..alaa kat Sepang Gold Coast tu..hhuhuhu..aku mestila yang pakai tudung pink tu..hehe..sebelah tu member aku nama dia ika...senyum sokmo..hehe

Buat duit dengan Emas..

sebut pasal emas..wanita mana yang tak suka..zaman sekarang emas bukan saja untuk perhiasan diri tapi juga boleh dijadikan aset..malah boleh membuat untung pada masa akan datang..harga emas naik secara purata 27% setahun..bayangkan kalau 5 tahun,10 tahun akan datang???banyakkan..tapi kalau takut nak pakai janganlah pakai faham2 jala sekarangkan banyak kes ragut..kita jugak boleh simpan dekat bank-bank yang sediakan perkhidmatan untuk menyimpan dan bayarlah upah..tak salah aku upah tu setahun sekali.Kalau tak percaya Emas boleh buat duit dan menjamin masa hidup akan datang baca kosmo hari ni..ni yang sempat aku kongsi...

                     Harga purata emas naik 27 peratus setahun


MEMILIKI barangan kemas menjadi impian setiap wanita, meskipun pelaburannya menelan belanja yang tinggi namun ia tetap menawarkan pulangan yang menguntungkan.


KUALA LUMPUR - Peluang melabur dalam bentuk simpanan emas tidak harus dilepaskan memandangkan ia mencatat kenaikan harga purata sebanyak 27 peratus setahun dan bakal menggandakan nilai harta pelabur.Penasihat korporat Serambi Emas Sdn. Bhd. (Serambi Emas), Datuk Salleh Majid berkata, ini merupakan salah salah portfolio pelaburan yang menguntungkan khususnya bagi masyarakat Melayu yang masih ketinggalan daripada aspek memiliki aset kekayaan.Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia) itu menjelaskan, cara belian emas yang menguntungkan ialah dengan menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.Menurutnya, kaedah itu dapat mengelakkan daripada sebarang kecurian atau unsur-unsur penipuan memandangkan ketulenan emas itu disahkan oleh pihak ketiga.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Twilight saga Breaking Dawn dah keluar!!!!

24 November 2o11 cita ni dah keluar..huhuhu..tapi kena tunda hujung minggu baru leh tengok..huhu..so pas tengok baru boleh komen..hehe..pa pn sapa2 yang minat cepat gi tengok..yang tak best nya yang ni Part 1..maknanya mesti cita ni tergantung and da sambungan..huhu..awat la buat lagu ni..kalau direct habiskan ja kan senang..ni nanti kena tengok sambungan lagi kalau tak tak lengkap la..huhu..pa pun tu taktik orang buat filem..hehe..mesti nak untung...

Happy Friday...;-)

Jumaat datang lagi..yeaayyy...ari yang paling aku tunggu dalam seminggu..haha..yela ari jumaat kan last kerja..mesti lah suka..hehe..tambah2 minggu ni 3 hari cuti..lagi lah bertambah suka..;-)..Isnin ni cuti tau sempena awal muharram...huhu..





Thursday 24 November 2011

Manusia Insan Biasa

"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

Dah takdir bukan rezeki kita

Malaysia kalah di tangan Syria 2-0...tapi aku puji jugak dorg tetap mengganas tapi nak buat macam mana tenaga pemain Syria lebih lagi tambah kelebihan dorg semua besar2 and speed lenih laju..tu yang tak boleh watpa..huhu..gi pun maybe sebab letih pun belum hilang lagi tu yang kita tak menang..tapi tak pela janji semangat kesukanan tetap ada..

KATA ORANG, robot pun boleh kehabisan bateri sekiranya ‘dilenjan’ habis-habisan.
Namun, lain pula ceritanya dengan skuad Olimpik Malaysia yang tampil dengan persembahan bertenaga meskipun gagal menjinakkan Syria apabila tewas 0-2 pada perlawanan kedua aksi kelayakan Olimpik pusingan akhir Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.
Kudrat anak-anak buah Ong Kim Swee yang masih keletihan selepas mempertahankan pingat emas Sukan SEA ternyata dipuji apabila mendapat ‘tonik semangat’ daripada lebih 20,000 penyokong yang memberikan tepukan bergemuruh sebaik perlawanan tamat.
Malah sebelum sepak mula, pasukan Syria yang tiba di Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas berbanding Harimau Muda yang hanya tiba dari Jakarta kelmarin dilihat seolah-olah beraksi di tempat sendiri apabila turut menerima sambutan hangat penyokong tuan rumah, situasi yang cukup berbeza yang diterima pasukan negara ketika di Stadium Gelora Bung Karno pada temasya Sukan SEA sebelum ini.
Kim Swee juga dilihat melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya apabila meletakkan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digugurkan daripada skuad emas sebelum ini untuk bergandingan bersama Fandi Othman, K. Gurusamy dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah sementara Mohammad Zubir Azmi, Amer Saidin, Mohamad Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli menerajui benteng pertahanan negara.
Pasukan Harimau Muda yang mengasak seawal minit pertama kempunan menjaringkan gol pendahuluan apabila percubaan penyerang kontroversi, Ahmad Fakri Saaraini melambung tinggi meskipun kesilapan penjaga gol Syria, Ibrahim Alma gagal mengeluarkan bola dengan kemas dari kawasan penalti.
Syria yang dikendalikan jurulatih Immad Khankan kembali bangkit mengasak sebelum memperoleh peluang terbaik lima minit kemudian namun percubaan terus M. Zakaria Al Omari terus ke dakapan kapten Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Khairul Fahmi sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menangkap kemas percubaan penyerang kelab Al-Iltihad, Mohammad Fares pada minit ke-10 sebelum menepis percubaan Mardek Mardkian enam minit kemudian.
Peluang terbaik Malaysia untuk mendahului hadir selepas itu apabila Wan Zack dilihat beberapa kali gagal memanfaatkan hantaran cantik Nazmi Faiz dari tengah padang, sementara tandukan Thamil Arasu sedikit sipi pada masa kecederaan bagi menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat tanpa jaringan ketika tamat separuh masa pertama.
Malaysia yang cuba meneruskan penguasaan sebaik babak kedua bersambung dikejutkan dengan gol pendahuluan pelawat menerusi tandukan S. Solaiman pada minit ke-51.
Gol itu ternyata menyuntik semangat Syria yang kembali menggandakan asakan, namun kecemerlangan Khairul Fahmi menjaga gawang wajar dipuji termasuk menggagalkan percubaan Mohammad Zbida dan Mohammed Fares beberapa minit selepas itu.
Penyerang gantian Syria, Nassouh Nakkdahli yang masuk menggantikan Mardkian akhirnya menamatkan mimpi ngeri tuan rumah apabila mudah menolak masuk gol kedua kira-kira tiga minit sebelum perlawanan tamat.
Malaysia kini menghuni tangga kedua tercorot kumpulan sementara Jepun kekal menerajui Kumpulan C setelah menjinakkan Bahrain 2-0 dalam satu lagi perlawanan semalam.
Malaysia akan melayan kunjungan Bahrain di stadium sama Ahad ini.Kosmo.Online

Wednesday 23 November 2011

Teka-teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya

(Teka Teki ) :

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"

Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


info dari;- sinarpedoman

mengantuk....tapi tak boleh tidur...

haa??camna tu??nak tidur camna aku kat ofis lagi..huhu..kalau kat umaah dah tidur lama dah ni..minggu ni bos tak da so kerja pun kurang la..huhu..banyak ngadap PC ni ja..pastu jengok2 blog orang..hehe..kalau kat PC benda first aku wat sampai kerja tengok berita online la..jimat cikit duit..tanpa beli paper tapi kita tahu apa yang berlaku kat dunia hari ini..walaupun kerja dalam labs dunia luar kena ambil tau gak..haha.so ubat untuk hilang mengantuk ni..kita jangan fikir sangat ngantok..aik,camna tu??maksudnya kat mind set kita la kalau kita tak fikir confirm tak ngantok..xcaya try buat..hehe..yang kedua,..bangun and xcercise cikit..bila otot2 semua dah gerak confirm tak ngantuk..last sekali jangan duduk saja try cari kerja..yang bertambah2 la tak ngantuk sebab kita da kerja..hehe

Malam ni BOLA lagi!!!yeayyy..

Entah sejak bila aku jadi minat bola..haha..tapi padanlah adik2 aku  semua laki..so time kat umah dulu memang cita2 laki ja kena tengok..time tu paling tak miss Wrestling la WWF ..hehe...tapi bila dah dok kat umah sewa ni..aka2 umah ni lak gila bola..so aku join sekaki dua kaki la..haha..malam ni penentuan dalam sukan Olimpik lak..Malaysia vs Syria..yup aku yakin 200%..dengan izin Allah kita pasti menang!!!sokong Harimau malaya!!!

Tahun baru Islam

Tak lama lagi kita umat Islam akan menyambut tahun baru Islam ( 1 Muharram 1433 ).Maknanya 28 November 2011 kita akan cuti sebab tahun baru Islam jatuh pada hari Ahad.Sedikit info tahun baru islam....

MUHARAM 

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. 

Peristiwa penting Bulan Muharram :

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

putus cinta??sakit ke??

kalau cakap pasal putus cinta..tak payah cakap la..sapa2 yang alaminya yang tau betapa sakitnya putus cinta..so kena la pandai cari ubatnya..aku dulu da jugak pengalaman ni tapi alhamdulillah apa yang aku lalui sekarang lebih baik dari dulu..pengalaman ni lah yang mematangkan aku sekarang dan lebih menghargai hidup ini..cayalah putus cinta memang pahit tapi kejap ja lepas tu kita akan rasa kemanisannya..cuma satu ja kita perlu bersabar..

Sinopsis Tentang Dhia (Akasia) lakonan Ady Putra & Nora Danish

Para pelakon dalam drama Tentang Dhia (26 episod) ni ialah Ady Putra, Nora Danish, Tasha Shila, Ako Mustapha, Izreen Asminda dan ramai lagi. Akan ditayangkan pada 9 November jam 7 malam di tv3.
Sinopsis cerita Tentang Dhia:


Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.


Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang  anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.


Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.


Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi  dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.


Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.


Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.


Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian  kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).


Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak? Ok sama sama nantikan drama Akasia Tentang Dhia , 26 episod di TV3 jam 7 malam









info dari :-

Read more: http://nurizspace.com/2011/11/sinopsis-tentang-dhia-akasia-ady-putra-nora-danish.html#ixzz1eUFFz351

Selasa datang lagi!!!!!



Hari ni kat tempat kerja tak banyak sangat kerja aku.pagi ja aku sibuk cikit,petang dah relax dah.kerja aku updates diary ni ja,,sebab dulu aku suka tulis pa ja yang jadi kat dalam buku..so sekarang dunia dah maju,aku pun maju jugak..hehehe..aku taip ja kat cini..macam biasa lau ari selasa balik kerja dah siap2 kan diri semua..apa lagi tengok tv la..
mula2 kol 7.00 ptg tengok cita Tentang Dhia..kadang2 miss jugak cita ni..pastu kol 9.00 mlm tengok cita Cinta Elyssa..haa yang ni aku tak miss..hehehe..sbab cita dia bez n aku suka..pastu boring2 teruslah tengok Edisi Khas..boring2 leh la jugak gelak dengan lawak Johan tu..huhuhu..hari Selasa lah jadual aku depan TV padat cikit..hehehe..tapi sekarang dah minat cita My Princess kol 8.30 mlm kat TV8 so isnin-jumaat wajib lah tengok cita..akak kat umah aku la punya pasal..dia yang start tengok cita ni..aku pun dah terikut dah..hehe..memang bez..hehehe..yang penting hero dia hensem..haha..pagi tadi sempat aku buka Hot.fm dulu sebelum mai kerja..wahhh memang semangat Harimau Malaya lah..abis bercorang  muka DJ Hot..paling aku kelakar muka Faizal Ismail..lawak gila dah macam harimau..hahaha..tapi pa pun memang bez la semalam tengok bola..riuh rendah umah aku semua enjoy siap jerit2 lagi..haha..happening gila..masalah tak faham pun rules bola sepak pantang Nampak gol ja terus menjerit..hahaha..yang silap pun menjerit jugak tu yang tak tahan..bagi aku Malaysia memang patut dapat gol lebih lagi..tapi Fakri tu asyik lepas peluang ja dah sampai depan pintu gol mesti tak menjadi masalah banyak kali kot tu yang aku tak boleh terima..kat penalty pun dia tak skor gol tu yang geram tu..hmmm..tapi tak pe lah..nasib Malaysia menang jugak..puas hati aku dapat kalahkan indonesia..memang aku tak suka sebab depa ni jahat..pandai2 ja aku erk..tapi memang betul pun..benci3….satu lagi yang bez aku terdengar iklan Hot.fm Twilight breaking dawn kat pawagam 24 November 2011 ni!!!!!..bez2 tak sabar nak tengok,preview dia macam bez..nak ajak Anip gi tengok lah..huhuhu

Apa pilihan hidup aku????



Tiba2 benda ni terlintas kat fikiran aku…sebenarnya aku sendiri pun tak tau..bukan tak nak fikir..tapi selalu jalan yang aku pilih pastu aku menyesal..sedangkan tu yang terbaik untuk aku..huhuhu..memang tak boleh nak buang perasaan tu kat aku..bila aku pilih nak teruskan macam2 pulak aku pikir..aku keliru..huhu..ikut kata hati tak kena ikut kata orang pun tak kena..last sekali aku tetap brada di jalan yang aku pilih and jalan yang satu lagi aku terpaksa biarkan berlalu saja.huhu..tapi aku nak jalan tu jugak..lau boleh dua2 aku nak..adat manusia tamak..huhuuhu..untuk dapatkan sesuatu kita terpaksa korbankan sesuatu..itu yang aku tak sanggup sebab dua2 benda yang baik untuk aku.. kalau boleh tak nak hilang dua2..huhuhu..tinggal lagi 2 bulan lebih lagi untuk aku betul2 fikir and pilih satu keputusan yang muktamad..sampai sekarang still 50-50 lagi..setiap jalan yang lurus pasti ada cabangya,setiap cabang pasti ada cabarannya. Hidup manusia tidak pernah terlepas daripada ujian Allah.Cuma bergantung kepada kita sendiri bagaimana untuk kita harunginya.jika kuat hati kita untk menempuhnya maka cabaran itu pasti akan menjadi mudah.setiap usaha pasti ada  hasilnya..setiap permulaan pasti ada akhirnya.bersabarlah menghadapi dugaan itu dengan hati yang tenang.bak kata abah aku berfikiran positif itu yang penting.
Apa yang perlu aku buat sekarang adalah ………….
  • ·       sembahyang hajat mintak petunjuk dari Allah S.W.T,
  • ·       positifkan minda,kuatkan hati dengan apa yang dipilih,
  • ·       jangan menyesal jalan yang telah aku reject,
  • ·       focus pada yang aku pilih,
  • ·       teruskan dan majukan hidup dengan apa yang aku pilih..xda2 nak sedih pilihan satu lagi dah!!!ingat!!!!






Tuesday 22 November 2011

syabas Malaysia!!!!saya bangga jadi rakyat Malaysia..yeaaayyyhoooo...

Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama



JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.
Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.
Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat
Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita.
Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.
Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.
Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .
Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!
 

Monday 21 November 2011

bila filem twilight breaking dawn nak keluar..huhu

sabtu lepas masa tengok movie Immortals...da iklan filem twilight yang baru ni..tajuk dia breaking dawn..huhu..macam bez ja..huhu.tapi tak tau bila keluar..coming soon ja tulis..may be tak lama lagi la kot erk..hehhe...keja tengok movie ja aku ni..boring sangat sabtu ahad tak tau nak wat pa..huhu..
then disebabkan boring sangat dok umah..ari Ahad 20.11.2011 aku gi interview untuk part time teacher kat pusat tuisyen..huhu..macam2 gak dia tanya tapi ok la orang dia ramai..hehehe..tengok gaya macam nak dapat ja..hehe..tapi tak tau lagi cuma sign agreement ja..lau pa2 baru dia call aku..huhu..mintak2 dapat dari dok umah boring2 boleh gak cari side income...akak kat umah aku yang rekemen sebab dia nak pindah dah..so dia tak jadi wat part time tu dia suh aku cuba..huhuhu..aku pun try jala..macam bez ja..gi pun tak banyak masa guna sekali kelas sejam ja..hehehe,..n harga dia pun ok..lau tingkatan 1-5..sejam lh dapat RM10,RM15,RM20 and RM25..ikut bilangan student..so relax cikit la dari keja kt kedai mkn ka kn..gi pun aku minat nak mengajar ni..hehe..tak ganggu masa aku kerja sama..aku mntak weekdays malam ngan sabtu ahad tu pun pagi ja..da la masa aku rest lagi..hehehe..untuk darjah 1-6 aku mintak gak..tapi bayaran dia murah cikit..tapi aku tak kisah sangat janji lepas makan ok la..masa pun bukan tep2 ari...boleh gak aku cari pengalaman tu yang penting..hehehe..tunggu jala..lau dapat leh gak cari duit lebih..then aku balik dalam pukul 11 pagi gak kot..then tghari tu aku keluar ngan Anip...Anip ni my sweetheart la..hehe..mula2 g Mines ja..dia la mengidam nak ngurut sangat..hehe..dah jadi macam mama aku dah..g s.market ja nak urut guna kerusi urut Gintell tu..hhehe,,gi pun murah ja..RM1 untuk 3minit..tapi rasa jp ja kan..tak pala lepas ngidam..hhehe..pasni aku nak beli jala kerusi tu..tapi RM3000++ bebssss..hehehe..pastu pusing2 ja kt Mines tu..dah tak tau nak p mana..disebabkan dah lama tak makan keowteow celup kt Bangi tu..aku pun ajaklah Anip g..hehe..nak lepas ngidam dah sebulan lebih tak gi..makanan kat citu wat aku rasa macam dok kat Perlis ja..sebab rasa dia macam masakan Thai yang selalu aku makan masa time kat umah..n yang penting sedap3...hehe,,rindu kat umah..hukhuk..

immortals

haa ni nak cita apa yang aku wat hjung minggu lepas....jeng..jeng..jeng..hehe
disebabkan dah seminggu tak berjumpa buah hati..so sabtu lepas dia mai kat aku..hehe..seperti biasa dah tak tahu nak gi mana area selangor ni..hehe
mula2 ingat nak gi pc fair kat UPM tapi rupa2nya dah abis dah pun..huhuhu..then aku lak teringin nak manak nasi beriani..hahaha..penangan kat ofis aku la ari tu wat sambutan Deepavali..depa order nasi beryani kt Legends..sedap..nyum nyum memang sedap..huhu..sampai ngidam..haha..then my sweetheart pun cakap jomla dia bawak makan kat Nasi Beryani Gam kat Putrajaya...dekat ja pun ngan umah aku rupanya..then pas makan terkejut gak aku RM24..hahaha..makan ciput ja pun..aku ngn Hubby amik ayam masak merah ngan dalca ja..tapi besala nama pun nasi beryani..hehe..yang penting aku puas makan nasi kandar lagi..huhu..pastu ktaorang g la jalan2 kt Alamanda..tak rancang pun nak tengok wayang..tapi my sweetheart berkenan nak tengok cita Immortals..aku go on ja..hehehe..masuk la tengok kol 3.30 ptg...
pendapat aku movie ok la..bez gak..macam cita epik..aku minat cita camni..walaupun macam ngeri2 cikit..bagi aku la..heheheh..aku bagi 7/10 untuk filem ni...ending pun ok gak..menarik...tapi xda banyak lawan sangat macam cita titans..huhu..

Friday 18 November 2011

tak sabar nak tengok filem Ombak Rindu

Novel ni best harap filem dia pun bez gak..ingat g zaman sekolah masa tu dok kt hostel..member yang rajin dok cita pasal cita ni..nak baca malas..hehehe..tapi jalan cerita dia best..da sedih,epy,kelakar pun da..hehehe..tak sabar nak tengok..huhu..yang lagi bez Aaron Aziz jadi hero..hihi.



.

Malaysia vs Indonesia (aku suka Malaysia menang..hahaha)

Harimau Muda tunjuk kejaguhan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (duduk dua dari kanan) bersorak gembira di bilik penginapannya di Nusa Dua, Bali malam tadi ketika menyaksikan perlawanan secara langsung antara Malaysia dan Indonesia. Najib berada di Bali kerana menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.



JAKARTA – Panas, dramatik dan penuh mendebarkan!
Itu yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi yang menyaksikan Harimau Muda berjaya membenam ego Indonesia hasil kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011.
Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Muda mara ke saingan separuh akhir apabila mengungguli Kumpulan A dengan mengumpul sepuluh mata – satu mata di hadapan Indonesia yang turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.
Namun yang paling mencuri tumpuan pada aksi malam tadi ialah apabila jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee diarahkan meninggalkan bangku simpanan pemain pada minit ke-68 selepas beliau didakwa mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan, Fahad Alkassar dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Tampil di hadapan hampir 100,000 penyokong fanatik Indonesia, Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaiknya dengan Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan berada di benteng pertahanan, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.
Bahagian tengah pula dijana kapten Baddrol Bakhtiar sambil dibantu empat pemain – Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor sementara Izzaq Faris Ramlan bergerak solo di jentera serangan.
Sang Garuda Muda pula tidak menurunkan beberapa tonggak utamanya dalam kesebelasan utama seperti penggempur berbisa, Patrich Wanggai dan Octovianus Maniani.
Seawal minit keempat, Baddrol terlebih dahulu menguji benteng Sang Garuda Muda yang diterajui penjaga gol, Andritany Ardhiyasa. Bagaimanapun, rembatan Baddrol dari luar kotak penalti berjaya dinafikan Andritany.
Ketika perlawanan baru memasuki minit ke-14, pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Syahrul Azwari Ibrahim.
PENYERANG Malaysia, Izzaq Faris Ramlan dikawal rapi oleh pertahanan Indonesia, Seftia Hadi (kiri) pada pertemuan di Jakarta malam tadi.


Baru tiga minit berada di tengah padang, Syahrul mula menunjukkan bisanya apabila berjaya merobek gawang Indonesia menerusi satu serangan balas pada minit ke-17.
Gol tersebut ternyata menyemarakkan barisan Harimau Muda menggempur kubu tuan rumah. Pada minit ke-22, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berpeluang menguji benteng Indonesia, namun percubaannya gagal menghasilkan gol.
Dengan sesekali Indonesia mengacah kubu Harimau Muda, Baddrol dan rakan-rakan sepasukannya jelas sekali berjaya menyerap tekanan dengan terus melancarkan beberapa serangan ke gawang Indonesia. Namun, tiada sebarang tambahan gol dicipta kedua-dua pasukan.
Pada minit ke-56, Izzaq dilayangkan kad kuning selepas mengasari Andritany dalam kawasan penalti. Dua minit kemudian, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan pemain tengah, K. Gurusamy dan digantikan dengan Irfan.
Biarpun beberapa percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan, namun tiada gol dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup oleh Fahad.
Dengan kemenangan itu, Harimau Muda akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar, manakala Indonesia berdepan juara Kumpulan B, Vietnam pada aksi separuh akhir esok (19 November).
Dalam pada itu Kim Swee ketika ditemui berkata, dia gembira dengan karaktor yang ditunjukkan skuad muda negara pada perlawanan tersebut.
“Mereka bukan sahaja berdepan dengan pemain Indonesia tetapi juga ribuan penyokong fanatik tuan rumah. Kemenangan ini tidak bermakna jika kita gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangai pada Sukan SEA 2009 di Laos,” katanya.
sumber dari Kosmo Online