Thursday 5 April 2012

Hati yang sedih...


Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba.
 Walau sepahit mana sekalipun, 
hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.

Jika hari ini kita susah, usah merungut 
kerana ada yang kehidupannya 
 kurang bernasib baik dari kita. 

Jangan kita memandang orang yang berada di atas,
 kelak kita sendiri yang akan binasa 
kerana terlalu menginginkan hidup yang mewah.

Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita
 dengan penuh hikmah kerana 
ia akan menjadikan kita lebih bersyukur
 kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.

Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya.
 Allah S.W.T maha bijaksana 
dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. 
Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa
 dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.

Anggap musibah yang melanda 
sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan
 dan ketaqwaan hamba-hambanya.

Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami  berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)

Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. 
Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. 



Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan 
kita kuat dan matang. 

Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.

Mungkin selami ini kita lalai dalam mengingatinya.
 Dengan ujian yang melanda,
 akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa
 dan kembali kepada jalan yang diredhai.

Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.

Firman Allah S.W.T :
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)

Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda 
kerana apabila Allah menguji hambanya,
 itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. 
 Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan
 kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. 

Katakan lah pada diri 
"masih ada hari esok untuk aku".
Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat 
dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.

Walau apa pun ujian yang melanda,
 ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita 
selagi kita ingat kepada-Nya.

 Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini
 kerana Allah itu dekat dengan kita. 
Dekatkan lah diri kita kepada Allah 
dengan mendirikian solat dan berzikir. 
Cari teman untuk berkongsi masalah.

Ikhlaskan hati dan redha 
dalam menghadapi musibah itu 
akan menjadikan kita tenang.
 Renungkan kembali, 
mungkin musibah yang melanda 
adalah kifarah dosa kita yang lalu.
 TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.

Bersabar dalam menghadapi musibah,
 itu adalah yang terbaik.
 Jangan terburu-buru membuat sesuatu 
yang boleh memudaratkan diri sendiri.
 Isi masa yang terluang 
dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, 
membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus.
 Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.

Jangan berputus asa dalam memohon rahmat 
dan keampunan Allah S.W.T. 
 Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, 
Keluarga akan hancur akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur.


 Kata Ayu : sesungguhnya hatiku tengah sedih..moga tangisan dalam hati ini tidak berpanjangan..baca artikel ni membuatkanku munasabahkan diri..;-)

5 comments:

'idun sa'idun said...

sabar byk2 ya ayu.. akak paham sgt mcm mana rasa hati tgh sedih tu.. kalau bole ayu cuba amalkan selawat tafrijiyyah.. Ada akak post kat blog selawat ni.. Insya Allah bila diamalkan hati akan jadi tenang..

Nour Adieb said...

La Tahzan :D

BERT said...

kesabaran itu sangat manis bila kita dapat hikmah disebalik kejadian :))

ejulz said...

tq.. entry sgt berguna di saat ini.. Allah menurunkan musibah sbb Allah sayang hambaNya itu.. bagi mengingatinya..

Noor Fatin said...

sabar banyak2 k ayu. Allah sedang menduga ayu. sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar, smg diberi kekuatan :)