Friday 13 April 2012

9 Benda Allah Tidak Akan Tanya




1. Allah (SWT) takkan tanya apakah jenis kereta yang kita pandu:

Tapi Dia akan soal berapa banyak orang yang kita tumpangkan 
bila mereka tiada kenderaan
.
2. Allah (SWT) takkan tanya berapa kaki persegi luas rumah kita:

Tapi Dia akan soal kita berapa ramaikah orang yang dijemput hadir
 ke rumah kita

3. Allah (SWT) takkan tanya berapa banyak pakaian yang kita ada dalam almari:

Tapi Dia akan tanya berapa ramai orang miskin yang kita tolong berikan
 pakaian
.
4. Allah (SWT) takkan tanya berapa gaji tertinggi kita pernah dapat:

Tapi Dia akan tanya bagaimana cara kita mendapatkan gaji tersebut

5.Allah (SWT) takkan tanya apa jenis pekerjaan anda;

Tapi Dia akan tanya adakah kita telah melakukan kerja kita dengan 
sebaik mungkin?



6. Allah (SWT) takkan tanya berapa ramai kawan yang kita ada;

Dia akan tanya dengan siapa kita berkawan itu.

7. Allah (SWT) takkan tanya dikawasan kejiranan manakah kita tinggal;

Tapi Dia akan soal bagaimana kita melayan jiran tetangga kita

8. Allah (SWT) takkan tanya apakah warna kulit kita;

Tapi Dia akan soal bagaimanakah akhlak kita.

9. Allah (SWT) takkan tanya mengapa kita lambat untuk meminta ampun dariNya;

Dia Maha Penyayang akan menerima taubat kita dan akan membawa kita ke Syurga, 
bukan ke pintu Neraka.

 “Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)


Kata Ayu: Perkongsian untuk kita bersama.;-)

7 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

thnx berkngsi dear.

Unknown said...

perkongsian yg menarik...nice.ayu

BERT said...

nice sharing di hari jumaat yang mulia :))

Makwe Kintan said...

NICE!!..sy suka...~__^

Unknown said...

nice sharing.. 1000x LIKE

Arina Shamsul said...

subhanallah..terima kasih atas perkongsian yang baik ini dear :)

Noor Fatin said...

menarik! ;D