Sebelum semuanya berubah,aku terkenangkan saat pertama kali aku mengenali S.
dengan caranya yang lembut membuatkan aku jatuh hati padanya.
S banyak mengajar aku erti kehidupan.S jugak banyak membimbing aku.
banyak sangat ilmu yang aku dapat ketika bersama S,
sehingga aku sangat serasi dengannya.
S jugak membuatkan aku mengenali siapa diriku.
Namun tanpa disangka S ingin meninggalkan
aku disaat aku masih perlukan bimbingannya.
Baginya sudah banyak ilmu ku dapat,
tapi bagiku ilmu tetap kurang masih banyak aku mahu belajar darinya.
S mahu aku berdikari ,tapi dapatku rasakan aku
belum bersedia tanpa S disisi.
Disaat S semakin menjauhi aku,tanpaku sangka R kembali padaku,
sebelum aku pernah mengenali R,tetapi aku tidak dapat menilai R sepenuhnya.
R tiba tepat pada masanya saat aku bersedih S akan tinggalkan aku,
R seakan penggantinya.lama kelamaan aku semakin rapat dengan R.
R banyak mengajar aku menilai diriku,kemana arah tujuku,
R jugak mengajar aku erti kesabaran,pengorbanan sehingga
kurasakan R sebati dengan jiwaku.
Betapa tenangnya aku bersama R tanpa ada gangguan,
memang banyak ilmu yang R bagi kepadaku
.banyak pengajaran yang aku dapat dari R.
R jugak seperti S saat aku bahagia bersamanya R ingin mengundur diri..
apalah nasibku ditinggalkan S dan R.betapa sedihnya aku.
Ntah bila kita akan bertemu lagi...
Ku harapkan Kau panjangkan usiaku untukku bertemu S dan R lagi.
.dapatkah kawan2 teka apa S dan R....
teka dulu baru tengok jawapan tau...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
S - Syaaban
R- Ramadhan
Lebih kurang 8 atau 9 hari lagi kita akan bertemu Ramadhan....
Sekejap saja setahun berlalu.tahun lepas masuk kerja 1 Ramadhan jugak..
moga Ramadhan kali ini membawa rahmat lagi buat ktia..Amin ;-)
''Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapatku lalui dengan sempurna.......''
22 comments:
hahaha...tertipu seketika
susah jugak nak faham bila umur dah naik ni he he
sayup hati...
semoga dipanjangkan usia bertemu Ramadhan..=)
insyaallah dengan IzinNya..
gila2 nyue bajet kisah cinta yg tragis...ahaahahhahaha......
deqla x baca habis dah scroll down..hahaha.. selamat berpuasa ayu.. :)
xsbr menanti =)
heeh kyra pun tak hbis bca.. trus scroll bwah.. bru nk teka td syaban n ramadhan.. ececeh..hehe:)
baiklah!!! entri ni sangat kreatif!! ehehe.. saya mati2 ingat tentang boyprend
Memang Terbaik trick ko Kali ni Ayu... Akak baru ja nak bersimpati tadi ha ha...Cuba menyelami perasaan la katakan.. Tp sekali terkena... Ya akak pun rindukan R... Semoga akak dpjgkan usia bertemu R kali ni ..
skroll bawah terus sbb xsbr.. lepas tu naik semula baca :) heee
selamat datang 'R'...
dya tertipu..haha.. semoga ramadhan kali ini penuh makna
pandai dah buat entry suspen ye... hahaha...terhibur baca entry ni... ok, semoga kedatangan ramadhan memberi beribu2 makna pada kita,dan semoga kita dpt menyudahkan pose ramadhan ini.
moga pengisian ramadhan kali ini lbh bermakna
suspend jer.
tak sabar nak jumpa R :)
tipah tertipu bang! tergamak kau A!!!!!
salah teka dah tadi..alahai...
rindunya nak masuk ramadhan..:)
hohohoh...saspenndedd jekk.. selamat hari ramadhan yea..
kemain lagi ayu bermadah pujangga kan. huhuhu.. selamat menyambut ramadhan gak.
ingtkan siapalahkan..
rupanya ramadha dan syaaban.
bila baca semula, sebak pula rasa hati ni ayu..huhuhuhu
dah agak dah..hehe~ ;)
road to Ramadhan. tak lame lagi dah. ;)
Post a Comment