Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab
bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam
Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan
Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“ | Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, | “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan
aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung
kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu
seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda
selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala
telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi
keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka
yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan
melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
|
” |
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang
Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru
akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Jika kita lupa tentang semalam,
puasalah pada hari ini.
moga amalan kita diterimaNya.
Dikesempatan ini,aku ingin memohon ampun dan maaf
jika terdapat salah silap,terasa hati sepanjang perkenalan kita ini ;-)
15 comments:
takpe, deqla maafkan ayu...hihi..perkongsian yg baik ni dear.. thanks for sharing maring... =)
subhanaALLAH...untunglah siapa yang dapat habiskan masa dengan membaca yasin dan alquran mlm tadi...
maafkan saya jugak ye ayu :)
salam nifsu syaaban. mohon ampun zahir batin juge. ;)
semoga kita semua beroleh kberkatan dariNya.
nice share ye ayu.tq :) suke membacenye..
Cendol pn mntk maap kalo ade ape2 je bnde yg mnyinggung perasaan ayu ye :)
salam,,
semoga hari ini dan seterusnya akan lebih baik.
solehah pn nk mintak maaf klu da wt salah silap kat ayu.sedihnye xdpt puasa arini.solehah ABC :(
Salam Nisfu Syaaban..
http://misszberceloteh.blogspot.com/
Maaf diterima..Maaf zahir batin juga untuk AYu..:)
ayu di tag :
http://cintauntukkita.blogspot.com/2012/07/giveaway-from-dayah-snow-heukau-can.html
salam nisfu syaaban...minta maaf juga yer klu ada salah silap
mintaa maaf juga=)nurul puasa harinie tapi puasa ganti..huhu.tak baca quranpun sbb leka ngan anak2...
malam yg penuh keberkatan. salam nisfu syaaban ayu. maafkan cik na juga. :)
saya pun mintak maaf kalau ada sakitkan hati ye~ :)
Post a Comment