Thursday 26 July 2012

Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena

Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena


Perkahwinan Muda


Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.
Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.
Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang.

Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton.
Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.

Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.

Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.
Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.

Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?

Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.
Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.

Mengapa berkahwin muda?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.

Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.

Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.
Wallahualam.

 Kata Ayu:Mesti kawan-kawan dah tengokkan,ayu pun dah tengok,memang meriah..apa pun berbalik pada niat.sekurang-kurangnya mereka buat apa sekarang dah halal.bab tanggunjawab kalau masing2 dah faham ok.nafkah??PAMA atau sendiri tu tanya dorang erk..hehe..JODOH,AJAL,MAUT ditangan Tuhan ;-)

21 comments:

Cendol said...

mude sgt2 nye pn.tapi tak pe la..dh kawen pn

Anonymous said...

dah tertulis jodoh dorang cepat kan..:)

Mrs Velentine said...

mendoakan yg terbaek buat rumahtangga mereka

mummyrinazone beauty said...

diwajibkan kawin untuk mengelak maksiat dan fitnah=)

Unknown said...

mereka dan keluarga mereka mungkin ada sebab tersendiri kan..doakan yg terbaik sj untuk mereka..

Unknown said...

haha.. entri kita sama la pulok..tp deqla buat ayat sndri...apa yg kuar dlm kpala hotak...hihi...deqla sokong perkahwinan mereka..tak perlu timbul pun isu kenapa kawen muda la apa la...dah jodoh depa!

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgusla depa kawin awal..ok kan..suka tgk cmtu..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

dh tgk mmg meriah....ntah la nk komen pun xtau dh jodoh depa kan hihi

Anonymous said...

Agreed! lagipun dah jodoh dorang, ape salahnya. soal perbelanjaan semua tu, biar dorang yang uruskan sendiri. benda-benda macam tu kan lagi mengajar dorang erti kehidupan. doakan yang terbaik saja. :)

Liyana Anuar said...

saya pun ada tengok gak video tu..tp, kalau dah kawen boleh sekolah lagi ke?

ada komen kat video tu kata diorang dah tak sekolah?

Unknown said...

Sapa dorang ni?

Asyiqin Haulisah said...

kita doakan yg terbaik utk jodoh mereka. Amin.

Anonymous said...

ada tengok aritu videonya, meriah. cantik pula tu pengantin :) PAMA kan ade. sementara nak kerja. orang cakap rezeki lepas kawin ni lain. :) mana kite tau. :) moga2 mereka bahagia selamanya. amin

Masha Meisters said...

apepun mesti ada kebaikan dan kekuranganyer...org tua dulu2 pun kawen awal jugak... :)

~Cik Sweety~ said...

semua berbalik pada diri sendiri..tau handle, selamatlah rumah tangga.. moga mereka kekal hingga ke akhir hayat..

Chic Na said...

ok je kot. semuanya dah ditakdirkan utk mereka kan. :)

Cik Rose said...

moga berbahagia di dunia dan akhirat :)

UmmiSyarni said...

Kawen muda utk elak fitnah n benda yg tak elok.semoga berjaya mengharungi kehidupan berumahtangga sehingga akhir hayat.

Si Matatajam said...

Semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz... Kita mendoakan kebahagian depa dunia dan akhirat.. Tu lagi baik....

9n0L4 said...

Berkahwin bukanlah ubat kuat untuk mengelak maksiat kemaluan seperti zina, ia hanyalah satu bentuk penyempurnaan tuntutan fitrah. NAMUN apabila fitrah sudah dicemari oleh NAFSU, kahwin TIDAK mampu mencegah maksiat, hatta berkahwin empat sekalipun. Yang mampu mencegah zina adalah IMAN DI HATI dan FIKIRAN. Jika itu dicapai, tanpa berkahwin, seseorang itu MAMPU jauhi maksiat. Puasa mampu mencegah maksiat bukan kerana tidak makan minum, NAMUN kerana keimanan seseorang itu bertambah, lalu kuatlah taqwa & fikiran akhiratnya. sekadar pendapat. :)

Miss N™ said...

memang muda, tapi tindakan org tua diorg ni betul..xnak ank kelembah mksiat, jadi kwinkan terus..
rasanya sebelum di nikahkan diorg dah di beritahu tentang tangjawab suami dan isteri..lagipun ada belajarkan kat sekolah..budak2 sekarang ni lebih cerdik ..bukan mcm kita dulu..umur 14 tahun pun duk main masak2 lagi..hiihih