Tanpaku sangka boleh plak aku melatah
yang lagi malu tu aku melatah
dalam panggung! tak pernah terjadi tau
kisah ni terjadi minggu lepas
sempat pergi tengok cita 8 Jam
selalu tengok filem aksi
kali ni nak tengok camna
hero idaman malaya beraksi pulok..hehe
kau lah buat aku melatah tau..
waduhh malu betul,boleh plak terlatah kat situ.hmm
time aku melatah tu,scene Sam lari dari orang jahat
pastu ada mak cik tengah cuci baju
dorang melompat kat situ sampai ada yang jatuh..
masalahnya aku sorang ja yang terkejut
siap melatah lagi kat situ.
''oh! mak kau!''
nasib slow,sempat aku tutup mulut..haha
8 Jam
meh nak cerita sikit pasal 8 Jam
filem ni mengisahkan Alang Budiman
yang kematian emaknya lakonan Lydiawati
kerana dibunuh Ah Long.
kemudian Alang dimasukkan ke rumah kebajikan
di situ Alang berkawan rapat dengan Julia
sehingga besar mereka memang rapat
mereka terpisah apabila mak saudara Julia
mengambilnya dari rumah kebajikan itu
kehilangan Julia membuatkan Alang tak menentu
dia pulang ke tempat asalnya..chow kit tak salah aku
alang seorang yang agresif,tak boleh langsung orang cari pasal
pasti dibelasahnya,agak baran sikapnya
sweet kan ;-)
secara kebetulan dia bertemu Julia kembali
mereka kembali bercinta
Julia sama-sama membantu Alang di pasar
memang sweet lah dorang dalam cerita ni
banyak aksi bergaduh dalam cerita ni
kerana ada yang tak puas hati dengan Alang
memang dia tak kacau orang,tapi taknak bayar wang
yang dikutip setiap peniaga oleh Ah Long
last sekali Alang mati di tali gantung
cerita ni banyak imbas kembali,
kenapa dia membunuh?
siapa dia bunuh?
ni dah nak ending dah ;-)
nilah dialog yang buat aku tergelak..hehe
''Satu malaysia nak tahu kenapa aku bunuh dia''
korang nak tahu siapa dia bunuh?
Julia lah,kekasih dia..
nak tahu kenapa,cepat pergi tengok..hehe
untuk cerita ni aku bagi 3.5 dari 5 bintang
oklah bagi aku,ada jalan cerita,
cuma imbas kembali tu yang buat tak menyengat sikit
bagi aku lah..huhu
19 comments:
ohoho...da p tengok=)))
3.5??
ok la tu..
kite tgk online jela, x p wayang punye...heheheheh
ada peluang nak tgk juga :)
imagine part ayu melatah then tutup mulut :) sweet.. :) heee
Aine Ainun: ok kot kan 3.5..hehe
Zaidalifah Hussin :pergilah tgk sis,penuh aksi..hehe
laaa~ ingatkan melatah selame 8 jam . muahahaha. bahaye sungguh! akekekeh
dye g bunuh julia kekasih dye? ei....sakit pulak hati kite ni...! pasal????? eish....xpuas hati aku ni...
melatah sebut yg elok2 tak paa...jgn mencarut sudah...heheee
hehehehe..
melatah ayu rupanya..hihi
ramai yg ckp best..teringinlah nak tgk..:)
tak tgk lg citer nie.hukhuk
la...die bunuh pulak julia tu..kenape2 kenape...memng nak tau ni....nanti r nak p tgok...:p
kuat melatah ayu ni? deqla pun.. tapi deqla x sebut "o mak kau".. deqla sebut "ooo ciputttt libuttt... " hahhaha... entah, camne leh kuar perkataan tu... apa maknanya pun deqla xtau..haha.. btl2 kejadian ni...bukan dibuat2.. mlm ni insyaallah nk tgk 8 jam..kalo hubby blk keje awal laa.. :)
uishhh xsabo gak ni nk tengok hihihi
nak tgk onlinejer nnt.tak pueh ati gak nape dia bunuh kekasih dia sendiri
Haha cerita ni 3 bintang je bagi out of 5 ;)
Akak ni lagi la dik oi...terkejut ja siap la dok melatah bagai. Hi hi... Malu betoi...
haha.. mesti kelakar kan masa tu. nasib sempat tutup mulut. :)
saya dah tgh semalam..baru nak buat review, ayu dah buat pulak..hehe~ :P
ala tak tengok! tggu download je la nanti. kekeke
hehe spoiler betul
Post a Comment