
1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering 
dinasihati oleh mana-mana ibu untuk  dijauhi.
 Pada awalnya, perhubungan dengan 
wanita sebegini sememangnya  menyeronokan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. 
Perasaan selalu  mencuba sesuatu yang bagus, 
tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud  sempadan. 
Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar,
 tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi
 yang akan meletus tanpa apa-apa amaran
 ketika anda menjangka semuanya erkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah 
kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi 
bom jangka dalam emosi  kemarahan malah
 emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
3. Wanita si Gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang
 melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.
Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak
 seperti seorang yang  mengajarnya untuk menjadi 
wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan
 yang  penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu, 
gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang 
menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
4. Wanita si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya 
sebagai jalan untuk  mempopularkan atau 
menguntungkan dirinya semata-mata, 
lebih-lebih lagi  jika dia mempunyai keinginan 
besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya  diri kita.
5. Wanita si Penggapai.
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan 
lebih dari apa kita miliki dan  dia menyukai keadaan demikian,
 ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa dia suka? 
Dia memilih pasangan yang bukan dalam 
kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.
Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal,
 dan kita  dilihat sebagi punca terbazir
 masanya sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya 
adalah untuk kebahagian bersama.
6. Wanita yang Tercedera.
Hubungan yang terjejas menjadikan
 wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.
Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya 
sementara baginya untuk  memikirkan kesilapannya,
 apa yang terjadi, 
siapakah dia dan apa yang  perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, 
kita mendengar segala kisah  buruknya. 
Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, 
hari  ini dan esok.
Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita,
 tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.
 






 




 






 








10 comments:
habis nk jadi wanita yg mcm mana yer? hihihi..
Relevennya dlm kehidupan kita kena pilih sendiri dan mahu yg mana satu..
jdlah dri sndiri.. yg tak elok diperbaiki..yg elok dikekalkan =)
agreed ngn nuyui.. tambah yg baik, kikis yg kureng baik.. :) heeee
kakzakie ckp tu pun betul... kite yg tentukan apa yg kite nk. the power of making decision is our ownself (ckp omputih sikit)
cik ayu nak jadi wanita cemane pla yee?? cer citerr..(^_^)
nak jadi camne nih! jadi wanita idaman suami! yehhh! sama2 kita berubah menjadi baik ;)
saya ni wanita jenis apa ye...huhu...bercampur baur dalam kategori kategori tu..:)
hmm macam takde lam senarai je.. hehe.. saya nak jadi wanita terbaek untuk suami gitu.. insyallah.. aminn
nahuzubilamin zalik..jauhkan lah perangai cm tu kan...hehe
insyallah, smg terjauh semua ni dari diri kita.
Post a Comment