Monday 5 March 2012

Kad kahwin ada ayat suci jangan dibuang merata-rata - Jakim




KUALA LUMPUR 5 Mac - Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad-kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.
Beliau berkata, tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat-ayat al-Quran.
"Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.
Namun Othman berkata, pihak yang terlibat meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimanapun ia patut dielakkan.
"Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja,” jelasnya. - BERNAMA





p/s : ooo..baru cek tau..huhuhu

4 comments:

M@W@R Q@SeH said...

baru tau jgk..betul gak kn...ermmm

are_lin@yu said...

mawar: tula kak..sebelum ni tak tahu..heeee..

Unknown said...

betol tu. jgn dibuat main2. kad kawen deqla, deqla simpan lg. siap berbaki. hihi

are_lin@yu said...

wahh beznya letak dalam frame deqla..kenangan terindah tu..heee