Tuesday, 20 March 2012

Selaput Dara dan KESUCIAN Wanita..


 
Ada hal menarik tentang kehidupan wanita.

Apakah itu? Iaitu tentang selaput dara.

Selaput ini merupakan selaput nipis yang dianugerahkan Allah khusus untuk perempuan. Selaput ini apabila terkoyak akibatnya mengeluarkan darah. 

Biasanya, darah itu keluar akibat hubungan suami isteri sebagaimana lazimnya. Itulah sebabnya selaput ini juga dipakai sebagai lambang keperawanan perempuan.

Tetapi jangan salah anggap, memang selaput ini sangat nipis, jadi tidak semestinya selaput ini terkoyak kerana hubungan suami isteri. Boleh sahaja selaput dara ini terkoyak kerana kita jatuh tergelincir dari pokok. 

Selain nipis, selaput ini juga bervariasi. Setiap perempuan memiliki selaput dara yang berbeza kekenyalan dan morfologi (bentuk).

Mungkin, kalau terlalu kenyal, seseorang perempuan selaput daranya tidak koyak seumur hidup. So, sungguh tidak adil jika seorang lelaki melihat kesucian isterinya cuma hanya dari perdarahan selaput dara.

Dan sungguh tidak adil juga kaum wanita yang berlagak memperjuangkan nasib perempuan tetapi mereka membiarkan pelacuran tumbuh subur, berganti-ganti pasangan atau kebebasan yang jahiliah lainnya. 

Membiarkan selaput dara itu rosak ditangan kedurjanaan dan zina.

Sungguh indah islam yang memuliakan perempuan.

Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah:

“Wanita itu dinikahi kerana empat aspek: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh kerana itu, pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya engkau akan beruntung.”

Beginilah ISLAM menilai perempuan. Suci dan terhormat.

Bukan sekadar selembar selaput yang menjadikannya suci, bukan kecantikan yang membuatnya tinggi. Hanya agama, iaitu akhlak yang memancarkan keimanan. Luar biasa! Cuma ISLAM yang indah sebegini!

Sumber: Page Pencinta Kejernihan

p/s : perkongsian ilmu..;-)

17 comments:

M@W@R Q@SeH said...

Jika elok terjaga tinggilah maruah diri seseorang itu...

are_lin@yu said...

MawarQaseh: betul tu akak..;-)

Mrs Aya said...

nice sharing dear..

are_lin@yu said...

Cik Aya: sharing is caring..hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

itula..byk perkara leh jd membuatkan ia koyak atau rosak.

are_lin@yu said...

Miss yuI : kalau kes lain blh d maafkan jgn kita trpdya sblum kwin..hehe

Siti Suhaila said...

Lelaki tak patut pandang rendah pada wanita yang tidak memiliki dara lagi.. kerana lelaki bukan ada selaput dara hehehe :D mereka tak rasa betapa susahnya jadi wanita.. aurat kena jaga lebih dari dorang.. kita kena melahirkan anak.. sampai jaga anak pun kita jugak :D

are_lin@yu said...

Siti Suhaila: itulah kita lbih dri dorang..dpt rsa pnglmn lbh dr dorang..;-)

Unknown said...

begitulah indahnya Islam dan Islam juga memartabatkan kaum wanita... salam kunjungan balas.

are_lin@yu said...

Santri T.P.I.N.I : hargailah kaum wanita..;-)

9n0L4 said...

jagelah sebaik²nye kan. bagus entri ni. ;)

Nadiah said...

salam kena..follow blog awak ye...

bebeldotsorang said...

Wanita perlulah diperlihara dan memperlihara..

are_lin@yu said...

9n0L4 : hehe kna jga sampai masanya..;-)

Nadiah : tq nadiah..t ayu follow balik;-)

bebeldotsorang : beul..ayu setuju sangat,;-)

Cik Farhana said...

Hye ! Jenjalan cne .. balas kunjungan .. Nice entry ! done follow u dear ~ thanks

are_lin@yu said...

Cik Farhana : ok dear..i will terjah u..hehe

Unknown said...

deqla dah 2 tahun lalu hilang dara..haha.. :p