Thursday, 8 March 2012

Jatuh.




Saat hati sedang di landa ribut taufan 
yang tak mahu berhenti. 
Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa 
dan mengamuk dengan semua yang ada. 
 Saat fikiran berserabut seperti 
benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. 
Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam 
tanpa warna yang menyerikannya.
Saat itu datang pelangi yang mencuri
 masuk dalam pandangan. 
Saat itu datang matahari 
seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan.
 Saat itu jugalah datang si burung berkicauan 
mematikan lamunan bahawa raksasa itu 
 hanya wujud dalam bayangan.
Apabila hati bersulamkan
 suramnya awan gelap di awangan,
 Allah datangkan cahaya rembulan
 dari kejauhan untuk bantuan 
berjalan supaya tidak jatuh
 terhempas dek kegelapan.
 Datangnya dalam bentuk tulisan. 
 Yang diilhamkan oleh Tuhan
 kepada mahluknya yang berlainan.

Matahari ;

Sesungguhnya Nabi telah bersabda;

"Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."
Pelangi ;


Ketika Allah merindui akan hambanya,
 Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa
 melalui malaikat Jibril 
yang isinya adalah ujian. 
Dalam hadis Qudsi Allah berfirman;

"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
 
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)

Rembulan ;

Allah mengujimu kerana Allah menyayangimu, maka senyumlah!

"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
 
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Mana mungkin senyuman tidak datang bertandang. Mana mungkin hati tidak tenang. Mana mungkin akal fikiran tidak lapang. Mana mungkin dunia tidak menjadi sang terbang bebas lagak helang. Mana mungkin.

"Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik pada Allah."
-Salim A Fillah

p/s : sangat tersentuh baca artikel ini..Ujian turun kerana Allah sayangkan kita..;-)

2 comments:

Unknown said...

rajen betol ayu hapdate blog..huhu..tengs 4 da info ye ayu... =)

are_lin@yu said...

bila terbaca something yg bgus trngin nk kongsi..hehe..welcome deqla..;-)