Atikel untuk perkongsian..kerana penyakit sekarang tidak mengenal usia....;-)...
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
(Hadis Riwayat Bukhari)
Tekanan darah tinggi (atau ‘high blood pressure/ hypertension’) merupakan satu penyakit yang sentiasa kita dengari dalam masyarakat kita, tidak kisah di Malaysia atau di Jordan sendiri. Penyakit ini merupakan penyakit yang dapat dilihat komplikasinya setelah bertahun-tahun kita menghidapnya secara senyap. Penyakit ini sangat berbahaya kerana dapat merosakkan saluran darah kita dan organ dalaman.
Kenapa doktor selalu menasihati agar sentiasa membuat pemeriksaan tekanan darah secara berkala? Kerana penyakit ini tidak kita ketahui selagi kita tidak membuat pemeriksaan tekanan darah di pusat kesihatan. Secara normalnya, tekanan darah kita ialah 120/80 mmHg, (bacaan yg selalunya dibuat oleh pemeriksa kesihatan.)
Sekiranya tekanan darah itu lebih daripada 140/90 mmHg, ianya akan dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi. Apakah yang menyebabkan penyakit ini berbahaya kerana penyakit ini akan merosakkan kebanyakan system dalam badan kita kerana organ-organ dalam badan kita tidak dapat menampung tekanan yang dibawa oleh darah di dalam saluran darah yang berfungsi untuk membekalkan oksigen dan sebagainya.
Bagaimana tekanan darah boleh meninggi?
Tekanan darah boleh menjadi tinggi atas berapa faktor.
Antaranya :
- Merokok
- Obesiti
- Terlalu banyak garam dalam diet pemakanan
- Kurang bersenam
- Stress
- Alkoholik
- Berumur (salur darah kurang fleksibel dalam membawa tekanan darah)
- Genetik
- Keluarga terdekat mempunyai sejarah tekanan darah tinggi
- Buah pinggang berpenyakit
- Masalah adrenal atau thyroid
Komplikasi
Terdapat banyak permasalahan sekiranya tekanan darah kita melebihi tahap sepatutnya lebih-lebih lagi sekiranya penghidap menghidapinya dalam masa yang panjang (kronik).
- Saluran darah arteri menjadi rosak dan akan menyebabkan atherosclerosis. Perkara ini akan menyebabkan salur darah akan tersekat disebabkan tindak balas bahan yang ada dalam darah dengan salur darah yang rosak.
- Aneurisme (aneurysm) iaitu salur darah akan membesar dan sekiranya salur darah tidak mampu untuk menahan tekanan kemungkinan akan menyebabkan salur darah pecah .
- Penyakit jantung. Seperti yang kita tahu jantung adalah organ paling penting dalam mengepam darah ke seluruh badan. Sekiranya tekanan darah tinggi, banyak tenaga yang diperlukan oleh jantung untuk bekerja. Komplikasi yang biasa kita lihat adalah cardiomyopathy iaitu sel-sel jantung menajdi besar kerana ingin menampung tekanan darah. Sekiranya berlanjutan, jantung akan agar berfungsi (heart failure)
- Strok.
- Masalah buah pinggang,
- Sindrom metabolik badan, dipercayai bahawa salah satu punca permasalahan ini berlaku adalah disebabkan tekanan darah tinggi yang berlaku. Penyakit ini adalah satu kumpulan tanda iaitu :
Kadar kolestrol dalam darah yang tinggi, kurang HDL, insulin dalam darah tinggi dan diameter pinggang melebihi kadar yang sepatutnya. Tanda-tanda ini akan menyebabkan strok, kencing manis dan sakit jantung.
Rawatan dan pencegahan
Dalam pepatah arab ada menyebut, memelihara itu lebih baik daripada mengubati ataupun seperti yg kira ketahui mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya. Merawat tekanan darah tinggi ini, kita seharusnya mengawal pemakanan dan mengambil diet yang seimbang. Kita juga haruslah mengutamakan kesihatan dengan melakukan senaman. Akal yang baik datang daripada badan yang sihat. Sekiranya tekanan darah tinggi ini tidak dapat dikawal beberapa ubat akan diberikan supaya tekanan darah itu dapat dikawal oleh pesakit bagi mengelakkan organ-organ dalam badan rosak.
Tuntasnya, sebagai umat islam, kesihatan itu adalah satu pinjaman daripada Allah untuk kita sebagai hambanya berlumba-lumba dalam melakukan ibadah dan menjadi khalifah yang terbaik di atas muka bumi ini.Kepentingan menjaga kesihatan itu sangat dititik beratkan dalam Islam. Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (iman). Hal ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
“Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman).”- (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Wallahualam.
Muhammad Faiq Nabil Ramli
Tahun 4 Perubatan
Jordan University of Science and Technology.
sumber dari : ismajordan
6 comments:
bagus informasi ni..buka semua org boleh tahu..bnyk yg ambil remeh temeh pasal high blood pressure..=)
nice sharing..
dalam ahli keluarga saya mmg ramai yg ade penyakit ni..hurmm
Saya mEmang suka Menuliz: 2la fmly ayu pn da...sbb tkt skrg mda2 pn blh dpt...;-)
Teenager housemaid: 2la kn..kita pn kna brjga-jga..;-)
Sangat2 berinformasi la ...best2 ..
perkongsian yg bagus^^
chemija : sharing is caring...;-)
Post a Comment