12 negara dijangka sertai Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012
PUTRAJAYA: Sebanyak 12 negara dijangka menyertai edisi keempat Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2012, yang dijadualkan pada 15 hingga 18 Mac ini di Monumen Alaf Baru, di sini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata antara negara terbabit ialah Perancis, Amerika Syarikat, Poland dan Belanda.
"Bertemakan "1Dunia, 1Malaysia, 1Pesta", orang ramai berpeluang menyaksikan 25 belon udara panas memenuhi ruang angkasa Putrajaya sepanjang pesta berlangsung," katanya pada sidang media prapelancaran pesta, di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif penganjur, AKA Ballons Sdn Bhd, Khairudin Abdul Rani, berkata terdapat beberapa aktiviti baru tahun ini seperti sukan ragbi sentuh, pesta basikal, aktiviti sukan air dan zon sukan lasak.
"Pada pesta kali ini juga kita akan dapat melihat kembali acara 'cahaya malam', di mana belon udara panas akan menyertai pertunjukan lampu dan bunyi pada 17 Mac, yang berakhir dengan pertunjukan bunga api," katanya.
Beliau juga menganggarkan jumlah pengunjung pada pesta kali ini melebihi kehadiran kira-kira 250,000 orang pada tahun lalu. - BERNAMA
p/s ; jom tengok!!!
7 comments:
deqla keje kat putrajaya...pesta belon ni pun dkt2 ngan opis deqla jew.. huhu
wahh bezlah deqla jalan kaki ja g sana..hehe
hai and telah di tag, jom join! hehe
http://cintauntukkita.blogspot.com/2012/03/segmen-saya-nak-doodle-apit.html
kawan2 kat grup 89 rancang nak pegi tau.. punya jeless!! waaaa
Jom lah fatin..ayu pn plan nk p sbtu ni..
wah amcam best ni! nak pegi putrajaya la nnt..teehee
t.housemaid:: jom2 kita g..hehe
Post a Comment