Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan
untuk bernafas pada Jumaat kali ni.
Moga kita semua di panjangkan umur ,
dimurahkan rezeki,
diberkatiNya dalam apa jua yang kita lakukan.
Dengan limpah rezeki yang diberiNya jangan sesekali kita melupakanNya.
Bila saat kita diuji jangan kita melatah menyalahkanNya.
Insan kerdil seperti kita takkan sesekali lari dari diuji dan diduga.
Kadangkala bila kita diulit kegembiraan,
kesenangan kita lupa padaNya
tapi bila ujian melanda kita mula merintih padaNya.
tak malu kah kita??
sepatutnya kita kena malu dengan tindakan kita itu.
Sedarlah kita setiap ujian yang datang itu kerana
Dia sayangkan kita,
Dia rindu rintihan kita padaNya,
Dia ingin kita mengingatiNya.
Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini
berfikir sejenak berapa saat,minit,jam
yang kita luangkan sehari untuk bersamaNya..
Hidup ini bukan didunia sahaja disana juga perlukan bekalan.
”Allah tidak akan mencepatkan walaupun sesaat
andai tiba masa kita,
Allah juga tidak akan melambatkan walaupun sesaat
bila tiba waktunya.
p/s;ingat mengingati amalan mulia..;-)
6 comments:
terima kasih kerana mengigatkan...moga akhlak kita dicintaiNya...
M@W@R Q@SeH : sama2 akak..;-)
gud sharing ayu.. ingat ingat sesama kita buat kita selalu beringat dan teringat :))
BERT :hehe..gud sharing jugak..sebarkan berita..hehe
entry yg menarik...THANKS ayu... :)
@ deqla manjew ; hehe welcome Deqla comey;-)
Post a Comment