Friday, 10 August 2012

Kembar 4 setelah 3 tahun menanti cahaya mata..

Lahirkan Kembar Empat Setelah 3 Tahun Menanti Anak Bazilah Redha Biarpun Masuk ICU


Kehadiran zuriat sememangnya menjadi detik yang amat dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri, apatah lagi setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Begitu jugalah kepada sepasang suami isteri, Mohd Sazalee Mohd Hilal, 35, dan Nor Bazilah Amin, 27 tahun. Tiga tahun mereka menunggu cahaya mata yang akan menyerikan kehidupan mereka dan pelbagai kaedah dilakukan untuk tujuan tersebut.

Tidak sahaja mencuba kaedah tradisional seperti berurut, Nor Bazilah juga mengambil pemakanan tambahan. Bagaimanapun usahanya tidak ber jaya. Hanya setelah bertemu dengan pakar perubatan, dimaklumkan bahawa dia mengalami masalah gangguan hormon, sekaligus berlakunya pertambahan berat badan.

“Menurut doktor, jika saya mahu mengandung, saya perlu menurunkan berat badan terlebih dahulu. Itu yang saya usahakan. Dalam masa yang sama, saya disarankan untuk mengikuti prosedur ‘Intra Uterine Insemination’ (IUI), namun saya redha dengan sebarang kemungkinan. Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, kerana bimbang ia tidak berjaya.Selanjut disini...

Mereka Mudah Dijaga
Bukan satu tugas mudah membesarkan empat orang bayi dalam satu-satu masa. Begitulah tanggapan kebanyakan pihak. Bagaimanapun kenyataan tersebut kurang dipersetujui oleh ibu bapa Bazilah yang banyak memainkan peranan dalam proses pembesaran empat cucunya ini.Selanjutnya disini



Kalau macam ni memang berbaloi kan penantian 3 tahun dapat 4 orang anak..
rezeki di tangan Tuhan..hanya Dia yang mengetahui..
hanya Dia saja yang tahu bila kita bersedia mempunyai cahaya mata ;-)
salam 21 Ramadhan semua ;-)

25 comments:

Mooniqueen said...

Ya Allah, bestnya.... Kembar 2 pun dh suke sgt...

:: Mrs.Eady :: said...

Allah yang maha mengetahui kannn...

Nurul Husna Mohd Hassan said...

comel2 :)

p/s : peratus untuk tak dapat tu lebih tinggi sebenarnya bagi calon simpanan lantikan ni.

Deqla manjew said...

itu la, ada hikmah atas apa yg berlaku.. Allah berikan 4 sekaligus berkat kesabaran mereka menantikan cahaya mata.. moga2 ada juga hikmah buat deqla.. hihi..comel kembar ni smua..

dayah SnoW Heuka said...

fuyo0!!.. alaaa cam takot jek mslh berat bdn plus mslh hormon kite pon ad mslh tuh gak.. wahh kene jg makan betol2 niyh :( naty kawen ta da zuriat lak :(

Cik Nur said...

rezeki ALLAH... :)
seronokkan dapat ank kembar..!

Sally Yatiey said...

Bestnya dapat kembar 4! :) hee.
Comel2 ^.^

ShimaSalleh said...

Comelnya...
Mereka mampu sebab tu Allah kasi 4 terus! :)

nur anis said...

kembar 4..wahhhh...sekali terus dapat 4..comel pulak tu..geramnya..:)

Ayu Iman said...

sunggup comey 4kembar..:)

Ayu Iman said...

sunggup comey 4kembar..:)

Ayu Iman said...

sunggup comey 4kembar..:)

9n0L4 said...

masha Allah. bestnye. skali je dpt 4 org. ;)

Masz Sidek said...

comelnye...

kayyana said...

perghhh.. rezeki btul..klu cmni tutup kilanglah.. 4 tu kembar... alhamdulillah.. rezeki die..

Che Rosliza Che mat said...

Bestnya dapat kembar 4..berbaloi-baloi...

Chic Na said...

Ya Allah comel2 nya kembar ni. maha besar kuasa Allah.

Fieza Ghulam said...

subhanallah!xsia2 menanti..ade hikmahnye..bukn tugas mudah tuu nk jage.huhu

jemput bace new entry sy :D
http://sayadalahaku.blogspot.com/2012/08/kisah-peribahasa-dgn-ank-buah-aku.html

Izara4eva™ said...

wah seronokkan.. rezeki 1x dpt byk terus :)

Yana Libra said...

banyaknye.sekaligus dapat 4..hehe..rezeki dia~ :)

Wanieys said...

dapat 4 sekaligus...rezeki tu...sesungguhnya Allah S.W.T tahu apa yg terbaik untuk hambanya

wan nurul hezrina said...

3 gurl 1 boy..mak aii bertuah sungguh..3 tahun tak lama sedara nurul 9 thun tapi sorangjer baru.huhu

QasehnyaRania said...

bestkan..dah baca hari kat dalam majlah apa ntah...
nanti doakan ciksu dapat kembaq juga yer ...

ros_reeza said...

Alhamdulillah.. rezeki kan.. comelnya kembar4 ni :)

AJ AidaJohari said...

Allah...seronoknya dpt kembar 3.. saya pun sudah 2 thn cuba untuk hamil.sama ngn masalaha awak, hormon tak cukup. Awak buat berapa cycle baru bjaya iui ni? saya pun dlm perancangn dari puasa aritu tp tertangguh2. InsyaAllah dec ni..doakan saya..klu kembar lagi seronok..^_^