Monday, 31 December 2012

JUMPA 7 BLOGGER SPORTING+SEGAR


 baiklah seperti yang di janji kan entry<< ini>>..
kali ni ayu nak meng'review' 7 blogger 
yang ayu jumpa masa Gathering GSF Sabtu lepas..hehe

Bersama DEQLA

Ni kali kedua ayu jumpa deqla..sebelum ni dalam entri ni<<sini>>..memang sangat kecik ni..siap boleh dukung lagi<<ini memang tipu eh..hehe..deqla memang seorang yang sporting..bakat terpendam suara dia sedap boleh dimakan hingga menjilat jari..hehe..masa time gathering,ayu tidur 1 chalet n siap sebelah deqla lagi.hehe.bez sembang dengan deqla ada saja dia nak cakap n memang tak boring!

Bersama K.YUE

Ini first time ayu jumpa dan tengok k.Yue sebab dalam blog dia pun memang xda sangat dia interframe gambar..hehe..nasib masa dia datang dekat BTS tu dia dah kenal ayu n deqla..hehe..K.yue pun memang seorang yang sangat ramah dan mudah mesra..mula jumpa pun dah start sembang macam dah kenal lama.hehe..best sangat dapat kenal k.Yue..anak sulung jugak ni..so may be ciri2 kami tu ada jugak lah yang samakan.hehe.sweet kan K.yue?tak macam 25 tahun lebih kurang Deqla jugak..hihi

Bersama MAMA ARINA

Big boss GSF..akhirnya dapat jugak jumpa Mama Arina.teringin sangat nak tengok Alesya.tercapai jugak..Mama pula memang sporting.suka ketawa saja..manis ja orangnya..peramah sudah tentu GSF semuanya suka cakap..hihi..lemah lembut tapi aktif!ada saja idea dia..patut Alesya pun aktif tengok mama dia lah..hihi..entah bila pula kita boleh jumpa kan..huhu

Bersama NUR

Blogger keempat ni Nur..Mama cakap suara Nur macam Linda Onn..hihi..akhirnya terbukti dengar suara Nur macam rock2 sikit..bila nyanyi mak aiiii cair habis,..sedap ooo..boleh makan macam Deqla gak..bakat terpendam ni..hihi..Nur memang sporting..ada saja dia nak cakap dan buat lawak..kesimpulannya tak yah risau dok sebelah Nur gerenti tahu nak sembang apa..hehe..Nur pun anak sulung jugak,dan terbukti tengok Nur pun agak lasak gak ni..hihi


Bersama AI

Ini orang kampung ni..hehe...Ai namanya..asal Perlis jugak..ni kali kedua ayu jumpa ai..sebelum ni jumpa dekat entri <<sini>>..Ai pun memang sempoi...main cakap ja dia...ini pun pelawak jugak ni..boleh geng dengan Jagau..hihi..jangan marah eh Ai...nanti kan kena......haha..sambung sndiri eh..hihi..Ai pun memang sporting and ada ja idea dia macam Mama jugak..memang dilahirkan dengan lambakan idea kot eh..hihi..

Bersama KAK M

Ini orang pulau ni..sebelum sampai Melaka kena berenang dulu mendarat dekat Kuala Perlis baru sampai Melaka..hihi..Kak M pun memng sporting dan peramah...suka ketawa jugak ni..ada ja benda dia nak cakap dan buat lawak..tak kering gusi duduk dengan dorang ni tau.hehe..masa pergi Melaka Kak M bawak Khalish sangat comel ini pun ikut muka ibunya jugak..hehe..lembut ja Kak M ni..muka suci kan Kak M kan..hihi

Bersama K.LELA

Last sekali jumpa Kak Lela...masa datang ke Melaka hari tu Kak Lela pergi dengan Alesya n Hubby nya..dapat jugak jumpa Alesya yang cute macam Mama dia jugak..hehe..muka copy paste jugak ni..hihi..K.Lela memang lembut,cakap pun lembut ja..rasa K.Lela ni tak pandai marah,lemah lembut sopan santun semua ada..btul tak kak?hehe..K.Lela pun sporting jugak malam Sabtu tu siap boleh karaoke lagi..hihi..bila lah dapat jumpa lagi kan kak?ingat eh kenduri nanti turun Perlis tau!hihi



Bersama Alesya anak Kak Lela dan juga Alesya anak Mama Arina..geram sangat dengan dua2 Alesya ni..muka copy paste mama dorang ja..macam nak cubit2..hihi..Alesya yang sorang garang sikit..mula2 tak nak pun datang dekat..yang sorang lagi pula suka buat hal sendiri..kontra dekat situ..nama ja sama..hihi..apa pun dua2 cute mute!!macam nak culik ja..hehe..gambar dengan Khalish ada dekat kamera Kak Yue..tidak boleh letakkan jugak..huhu..K.yue nanti dah transfer bagi erk..hihi


  
Inilah kenangan manis bagi penutup 2012..berjumpa ramai blogger setelah setahun berblog..sangat best!moga lepas ni dapat jumpa lebih ramai blogger lagi..dah macam kawan rapat dah bila jumpa..alhamdulillah berjumpa dan semakin akrab moga ia berkekalan hingga akhirnya..

1st Gathering Group Segar Follower

Alhamdulillah pertemuan pertama GSF akhirnya berjaya juga walaupun tak semua yang dapat hadir,8 orang ahli yang pergi tetap meriah menggamatkan suasana..29/12/12(Sabtu) menjadi sejarah apabila pertama kali bertemu di alam nyata buat kami.

Sebelum bertolak Sabtu pagi tu,ayu menunggu Deqla dan K.yue di TBS,Bandar Tasik Selatan sebab dah janji bertolak sekali dan berjumpa Dya sekali sebab Dya nak ambil baju GSF dekat Deqla..sedih Dya tak dapat join sebab ada hal..tak apa lah lain kali ada rezeki kita buat lagi eh..hehe

ni bukti kami jumpa haritu..hehe


Akhirnya kami naik bas ke Melaka pukul 10 pagi dan sampai pukul 12 tengah hari.Sampai ja terus makan dulu dekat Melaka Sentral sambil tunggu Mama Arina nak datang ambil kitaorang.Lepas makan ja kami terus cari Mama sebab dia cakap dah sampai..dekat 1 terminal tu jugak kami tawaf sebab tak jumpa kereta Mama..haha..dan akhirnya jumpa jugak Mama..mula2 segan jugak first time nak jumpa kan..hihi..nak naik kereta pun lawan bertolak tak nak naik dulu..haha

Lepastu kami pun bertolak ke Kak Long Chalet..geng utara dah sampai semalam lagi..Kak M, Ai dan Nur..dan akhirnya kami berjumpa dalam keadaan yang tidak di sangka2..tak apalah kan benda nak jadi bukan kita boleh elak..Kun Fa Ya Kun..maka jadilah ia..alhamdulillah semuanya dlaam keadaan tenang dan tiada apa yang berlaku.Kami pun bertolak ke Kak Long Chalet.

Sampai saja Kak Long Chalet dalam pukul 4 lebih tak salah terus siap dan bermula lah game kami..hehe..entri Ayu tak banyak bukti gambar, yang banyak tangkap pun Hubby Mama dan K.Yue..nanti bila GSF yang pergi up entri ayu bagi link dorang eh.hehe

ini group A(Mama,Deqla,K.Yue,Niza{adik sepupu mama},Ai)

Group B (K.Lela,Siti{adik mama},K.M,Nur,Ayu)

Ini adalah game yang pertama..tapi tak ingat nama pa..haha
kena kepit belon dan passing dekat ahli kumpulan

Ini game kedua tak salah cari gula2 dalam tepung
game ketiga tunggu ahli lain update eh..gambar tak da..hehe

haha..gambar ni paling comel...masing2 gelak tengok muka kawan2..hihi

ini game terahir yang sempat kami main..hehe
makan tembikai dan roti,grup yang habis dulu dikira menang.hehe
tak tahan tengok muka Ai n K.yu..haha

Mama control ayu..haha

K.lela yang sopan santun..hihi

nampak betapa besar buah yang kena makan..
cepat K.M..haha
tembikai lebih besar dari Deqla..hihi

inilah hasilnya..grup yang memang ofkos B!..cayalah..hihi


Hampir Magrib jugak kami bermain dan sebelah malam nya ada sesi BBQ,Karaoke dan penyampaian hadiah.selepas settle semua,kami berborak ramai2 dekat bilik geng Utara sampai dekat pukul 3 pagi!hebat bercerita sampai tak ingat nak tidur..haha.memang best sangat happening ja dapat jumpa semua..


 Sesi karok...suara Nur mantap!hihi

Deqla ambil feel..hihi..suara deqla dah tahu memag sedap di makan..hihi

mama yang menjadi juri sedap ja makan..haha
mama buat surprise birthday hubbynya,sweet sangat..hehe



ini sesi penyampaian hadiah...
terima kasih buat Dya kirim keychain,
K.waniey juga kirim hadiah..dan buat hubby mama sponsor hamper..


Sesi tukar hadiah..hehe...
tunggu dorang update entry masing2 eh sapa dapat hdiah sapa..
yang pasti Ayu dapat hadiah dari Nur!
tq sangat Nur,suka rama2 tu;-)



Pagi Ahad kami just berkumpul sembang2,tangkap gambar dan bersurai dekat pukul 11 jugak..sebak sangat waktu semua pakat nangis,nasib boleh steady lagi tau kalau tak berguguran teresak-esak nangis..hehe..tapi serius best sangat dan rasa macam dah kenal lama macam2 kami kongsi walaupun sekejap..nanti kita buat lagi eh?hehe

peace...rindu saat ini ;-(

 ni sebelum sesi sebak,happy la lagi..hehe


Untuk GSF yang pergi cepat up entri eh..
sebab anda semua banyak gambarkan.,
so up cepat2 eh


Ok next entri ayu review  pasal 7 blogger sporting+segar  yang ayu jumpa ni beserta gambar eh?.hehe..stay tuned!hehe

Friday, 28 December 2012

Urusan paling penting dalam DUNIA



SOLAT

Dalam menempuh urusan harian kita SOLAT paling utama
kerana bila kita terpisah dengan DUNIA, SOLAT perkara pertama yang dihisab
moga hari ini lebih baik dari semalam moga amalan kita bertambah
untuk bekalan ke 'sana' yang kekal abadi
Dunia hanya satu persinggahan.....

aku mengingatkan kamu bererti aku mengingatkan diriku jua
kerana aku hanya insan biasa yang juga tidak lari dari 
melakukan kesalahan juga kesilapan
muhasabah diri....

Thursday, 27 December 2012

25 Random Facts About Ayu

Alhamdulillah diberi sedikit kelapangan untuk menyiapkan entry ni..hehe..rasa bersalah pula sebab ramai blogger taq ayu untuk segmen yang sama..dan terbaru Cik Sue taq ayu..untuk tanpa membuangkan masa anda membaca meh tengok 25 perkara tentang ayu ni..hihi..baca sampai habis tau!jangan MALAS!!haha


1.Ayu anak tunggal perempuan dalam keluarga dan ada 3 adik lelaki merangkap bodyguard..haha

2.Lahir di Pulau Pinang membesar di Perlis dan sekarang bekerja di Selangor

3.warna feveret adalah BIRU..sedang jatuh cinta dengan maroon,pink,purple..hehe

4.belum berkahwin lagi dan inshaallah akan berkahwin..tunggu announce ya.tapi buka sekarang.haha

5.mempunyai pipi yang kembung dan muka yang boolat..haha..ini fakta!

6.Suka minum air ais dan bergula.habit ni tak dapat buang lagi.huhu

7.suka gigit kuku,dan alhamdulillah bila usia 23 tahun ni dapat hilang ketagihan ni..hehe

8.Suka bergambar sana sini sinun..haha..itulah perempuan kan.pantang nampak kamera.hehe

9.Suka berangan,suka senyum sorang2,nangis sorang2..semua sorang2..hehe..shopping pun kadang2 suka sorang2 gak..senang nak tawaf banyak kali..hihi

10.Suka mekap,kadang2 kalau lama tak mekap duk umah pun mekap gak lepas gian.haha..tapi kalau malas apa pun tak boleh.haha

11.suka pendam perasaan.contohnya kalau marah ka,sedih ka lebih suka diamkan diri n nangis lepas sembahyang pastu senyum.inshaallah dah amalkan memang lepas tu semangat kembali ;-)

12.Suka baca kata2 motivasi untuk hidup lebih positif dan happy..hehe

13.tabiat buruk suka picit kerawat.sekarang baru nak menyesal setelah parut dah tutup muka..hahaha

14.sangat suka baby n memang pantang nampak mesti rasa nak pegang..hihi..naluri ibu kah?haha

15.suka berkawan walaupun tak kenal lagi tapi rasa nak kenal..serius sejak berblog ni lagi lah eksaited kalau boleh nak jumpa semua..haha

16.tak sabar nak kahwin!haha ini namanya gatal.tapi tak da plak yang nak masuk minang.haha

17.mudah tersentuh.tengok orang susah ka,orang minta sedekah ka,pasal ibu bapa ka..mudah sangat nak mengalir air mata..huhu

18.Seorang yang lasak walaupun tengok lembut tapi kalau ada aktiviti lasak memang suka join ;-)

19.teringin nak jadi polis tapi tinggi tak lepas 154cm ja.haha

20.Suka makan tomyam,laksa,sotong kangkung..kira apa saja makanan bedal ja kecuali tempoyak n sewaktu dengannya.hehe

21.hobi yang tak boleh dipisahkan adalah tidur..hihi..memang feveret ni..so jangan bagi ayu lelapkan mata nanti lesap pi Hongkong.hehe

22.kereta idaman adalah....Kia Forte..wow sporty tu.tapi tau tak dapat miliki pun masuk mimpi pun jadilah.haha

23.suka shopping baju..kadang2 dah penuh almari pun rasa tak da baju lagi..haha

24.sangat takut binatang.kucing ok lagi..tapi yang lain tak boleh pegang..ikan nak pegang pun takut.haha..ini fakta ya..hehe

25.last sekali ayu seorang yang simple dan pemalu,nak cakap pun malu..haha..kalau jumpa ayu senyum jelah eh..haha..lawak ja..ikut keadaan jugak.kalau orang happening ayu ok ja.hihi



opppsssss dah habis dah ingat banyak lagi nak cita..hihi..kasi can orang lain plak lah...so korang semua kalau nak cerita pasal diri anda memang patut sangat senaraikan ya..boleh kenal lagi rapat.so dah baca kan??sekarang giliran kawan-kawan lah pulak ya ;-)

Wajah siapa di cermin itu??


Hari ni datang lewat ke ofis dalam 9.30 pagi baru gerak,
9.40 baru sampai..dekat ja pun.haha..
sepatutnya masuk kerja pukul 8.30 pagi
 tapi hari ni aku terjaga awal pukul 5 pagi dah bangun 
gara-gara sakit perut..
dah longlai dah badan dekat 4-5 kali pergi toilet..
penat ooo..sapa pernah rasa??hehe...

nasib aku dah sms bos awal2 cakap masuk lambat sikit..
dia memang ok ja..hehe..bila masuk kerja staff bahagian aku
 plak nak pergi Banting so tak da sapa lah kat ofis,
tinggal lah aku seorang..
aku tak nak ikut sebab penat terasa lagi boleh lah relax sikit..hehe..
so inilah kerja nya..haha

v
v
v
v
v
v
v
v


muka penat..pucat benor datang kerja.hehe

eh blog sapakah dibelakang itu??haha
baru menyingah tadi..hehe

pipi yang kembong tu abaikan lah eh...hehe

sedih lah plak tengok pic ni..apa pun nak tampal gak..haha
terjadi sesuatu kat mata aku tu..
opsss jangan sebut berjangkit tak tahu erk..hehe







KataAyu:nanti sambung bw tak sempat habis plak.kerja dah panggil.huhu

Tawakal & Doa



Setiap apa yang kita usaha kan sedaya mungkin
akhirnya kita doa dan tawakal kepada Nya..
InshaAllah moga dimakbulkan dipermudahkan segala urusan kita...





KataAyu:hari ni keja tak banyak ;-)

Wednesday, 26 December 2012

Gathering GSF 29 Disember 2012


Keterujaan semakin terasa pertemuan kali pertama bersama Family GSF...
tak sabar rasanya nak bertentang mata..
Dunia Maya hampir ke Dunia Nyata..hehe...
Moga perancangan untuk bersua muka dirahmatiNya
 dan semoga perjalanan semua untuk ke Melaka nanti dipermudahkan..

Akhirnya buat pertama kali pertemuan Family GSF ini
 akan berlangsung di Kak Long Chalet Resort
Moga semuanya berjalan lancar tingaal 3 hari lagi untuk ke sana

terkini Family GSF dah ada baju..
bolehlah kita pakai ramai-ramai nanti..hehe
moga Gathering nanti menjadi kenangan terindah untuk tahun ini

Jutaan terima kasih buat Mama Arina dan Deqla Manjew
atas persiapan tempat pertemuan dan tempahan baju GSF
jasa anda amat dihargai oleh kami semua ahli GSF..hehe
Moga Allah permudahkan segala urusan kita..Amin



Moga nanti berpeluang jumpa lebih ramai lagi blogger.
Ada ka yang sudi??hehe


Ucaplah ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah....umur kita masih panjang
masih diberi kesihatan yang baik..masih diberi nafas
setiap kali bangun dari tidur ucaplah
ALHAMDULILLAH...
moga hidup kita sentiasa diberkati..AMIN





kataAyu:harini kerja dah banyak.huhu

Monday, 24 December 2012

BE yang ke empat ;-)




BE4 muncul..tapi aku tak sedar pun baru ja naik dekat Nuffnang
bila tengok dekat blog tak da punagaknya dia menyorot kot eh??hehe

apa pun thank you sempat meletakkan iklan Sunway Education dekat sini..hehe
moga lama lah lekat ya,walaupun iklannya taknak muncul lagi..haha





KataAyu:BW kali kedua plak lepas ni..hehe

My page ;-)


Hari ni Monday ku tak blues..hehe..banyak yang cuti cam kes Deqla jugak ;-)...
dan dengan ketidaksibukan ini..ayu nak umumkan My Page di facebook..hehe..
sebenarnya dah lama buat cuma tak rasmikan lagi..haha






mohon kawan-kawan untuk LIKE..hihi
saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan..hehe
klik dekat image atas ya ;-)..

kalau ada yang ada PAGE gitau ayu ya...nanti boleh menge''LIKE''hehe
Inshaallah moga ukhwah terus kuat antara kita..
dan boleh lah ayu letak link kawan-kawan dekat PAGE
nanti jugak...


Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar




AMIN

Sama-sama kita doakan untuk mendapat yang terbaik di Dunia dan Akhirat



KataAyu:harini tak blues..hehe

Saturday, 22 December 2012

Selamat Hari Lahir Abang!


Hari ni 22 Disember 2012 genap birthday
 Abang aku yang ke 22 tahun!!
adik pertama bawah aku,beza usia kami setahun ja..hehe..
aku,mama dan abah ja panggil dia Abang..
adik yang lagi dua orang pangil GG..

latest picture muka kami tak sama kan??hehe


Kepada adik ku Mohd Tarmizi B. Mohd Suyuti
Selamat Hari Lahir yang ke 22 tahun
semoga dimurahkan rezeki,panjang umur,
diberkati dunia akhirat..Amin...

kumpul duit sama jangan boros ja memanjang
nanti nak kahwin senang..haha
boleh nasihat gitu??hehe





KataAyu:hujung minggu  yang hanya di rumah..hehe

Friday, 21 December 2012

Planning cuti 2013 untuk kahwin

\

Excited benar nak cuti tahun depan..
siap planning dari awal sampai hujung tahun..haha..
maklumlah nak kahwin..hehe..tapi Tuhan menentukan segalanya kan..
kita hanya mampu merancang..moga dimakbulkan segala perancangan kita..
cuti tahun ni ada baki lagi 3 hari so bawak ke tahun hadapan..
yang pasti bulan 5 kena ambil cuti..nak tawin la..hihi

Sorry ter'excited' sangat nak cuti terover plak..
sebenarnya tahun depan banyak kenduri kawan Diploma dulu..hehe
itu yang pasal kena planning awal..bukan aku yang kahwin ya..haha
bagi kawan2 kahwin dulu..

dan ishaallah tahun depan jugak kena ambil banyak cuti
kalau planning sambung belajar tu approve..huhu
kira agak busy jugak 2013 nanti ni
ada yang nak panggil kenduri tak??
kalau dekat boleh la pergi nanti..hehe





Kata Ayu:kerja tak banyak tapi mood  melayang..huhu..
nanti ayu balas jejak ya..nak tangkap mood..haha

Hari Lahir Ibu Qalief!!!


hari ni 21 Dismber 2012 genap 26 tahun usia
muda lagi kan?Qalief pun dah besar..hihi
lepas ni baby girl plak eh Sis..hehe

so dear ayu curik pic..hihi

ini masa Kak Waniey kahwin dulu comel kan?secocok!!hihi
ayu curik pic ni sebab suka..manis ja nampak
bila la kita boleh ketemu plak ni??hehe

Buat Sis Waniey :

Selamat Hari Lahir buat Kak Waniey
moga terus bahagia disamping hubby tercinta dan anakanda Qalief
dimurahkan rezeki,dapat baby girl plak.hihi
semoga dipanjangkan umur..
semoga segala impian K.Waniey tercapai..
Amin

jom pakat pi wish kat K.Waniey..hehe

Thursday, 20 December 2012

Jangan bersangka buruk!



Setuju sangat dengan kata-kata ini..
sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..
setiap apa yang terjadi pasti ada punyai sebab dan hikmahnya...
hanya Dia yang tahu...

apa yang bakal terjadi hari esok rahsiaNya..
kepahitan hari ni untuk kemanisan hari esok
sama-sama kita muhasabah diri ;-)




KataAyu:agak busy..kena merangkak bw..hehe

Tuesday, 18 December 2012

Terima Kasih Daun Keladi!!!

Nasiblah Sabtu lepas aku balik kampung..
merasa jugak buka hadiah yang dapat dekat rumah
sebab letak alamat kampungkan...
terkejut mula tu..eh sapa yang hantar hadiah kat aku eh??
tak da petanda dari sesapa pun..hehe

jeng..jeng..jeng....hadiah dari K.Niena@Blogger CintaItuMisteri
memang misteri benar K.Niena tak bagi tahu pun..
pandai buat surprise ya!itu yang suka tu..hehe



Inilah hadiah K.Niena,Inai dari Tanah Suci Makkah
sebelum ni,Mak dan Ayah K.Niena mengerjakan haji
alhamdulillah selamat pergi dan balik...
moga bertambah rezeki K.Niena sekeluarga..Amin...



dapat2 terus pakai  tau..ni pic yang dah 4 hari pakai..
kalau tengok dekat rasa macam pakai inai daunlah.
jadi warna merah!Mama ayu pun suka..hehe
tapi lupa plak nak snap pic dia..hihi
yang inai tak pernah lekang dari tangan suka lah dia dapat inai lagi



yang kedua plak baru ja aku ambil tadi dekat ofis..
ni yan geram dah sampai lama tapi tak dapat info pun..
nasiblah tadi ada hal tidak berkurun lah dorang tak bagitau..huhu

ini dari Cik Yui kita,yang kreatif bab kraf ni..hihi
terima kasih Yui,bagi keychain bear dan kerongsang bunga
kena plak sesuai pakai baju purple pink hari ni..hehe


dan akhirnya jadi bear comey tersemat 
dekat pendrive pink ayu..hehe


terima kasih sekali lagi ya Yui dan K.niena..
sudi bagi cenderahati..comey belaka..hehe

Terima kasih daun keladi,
Jangan lupa bagi lagi..haha
melawak je tau ;-)