Wednesday, 23 January 2013

Hari ni last update blog..


Hari ni  23/1/13@11 Rabiulawal 1434..
Hari last  update blog kesayangan ni..hehe..
esok dah start cuti sampai 3/2/13..
kalau balik Perlis susah sikit nak update line internet pun slow sesangat..
so pas cuti lah dapat balas jejak n update eh..

tapi mungkin tak se ligat dulu lagi BW kot..
dah beralih bos ni kerja pun banyak..
mungkin ada masa terluang baru dapat online kan..
tapi jangan risau lambat pun pasti ayu terjah kawan2 jugak.;)..
ada yang cuti jugak tak?Selamat bercuti untuk semua..
doakan perjalanan ayu selamat pergi dah balik eh...
Jumaat ni baru balik naik tren..jom2 g KL Central..hehe

Esok Maulud Nabi...
Salam Maulidur Rasul semua...
moga kita sentiasa dilindungi dan mendapat keberkatan dari Nya..
Amin...

WW: Terharu!





Antara baju yang masih mama simpan dengan baik
walaupun anak dara nya dah 24 tahun sekarang
baju masa umur 4,5,6 tahun still ada lagi ;)

rindu zaman kecik2.. ;)






KataAyu:Last day kerja tak sabar nak balik peluk mama..huhu

Tuesday, 22 January 2013

Biodata Nabi Muhammad S.A.W




Biodata Nabi Muhammad S.A.W :

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Tarikh Lahir Nabi: 12 Rabiulawal Tahun Gajah 



Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:

  • Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
  • Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah: 

  • Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. 
  • Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
  • Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
  • Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
  • Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
  • Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
 

  • Berkata benar (siddiq) 
  • Boleh dipercayai (amanah)
  • Penyampai ajaran Islam (tabliq)
  • Bijaksana (fatanah)
Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
 

  • Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) 
  • Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
  • Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
  • Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
  • Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
  • Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)


Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah: 

  • Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” 
  • Pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
  • Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata:“Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau:“Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku." Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”


Begitulah kisah dan biodata Nabi kita..... Semoga kita belajar dan mengingati sirah dan sunnah Nabi supaya menjadi amalan dan panduan dalam hidup kita....





Monday, 21 January 2013

Stok Charcoal Mask dah ada..

Salam Isnin semua..
hari ini tak buzy sangat nak kena bayar hutang BW la..hehe..
Ok Sabtu lepas sempat ambil stok Charcoal Mask 
tapi tak ambil banyak pun setakat yang dah order dengan ambil extra sikit..
so kalau ada yang cuba boleh contact ayu ya..
itu ja nak bagitau..hehe..
Semoga Monday kawan2 tak blues2 ya..;)


entry Charcoal mask ;>


Kalau ada yang nak order boleh contact ayu
010-3737834







KataAyu:Untuk GSF yang pergi Melaka hari tu,inshaallah ada masa ayu post cenderahati hari ni ya ;)

Friday, 18 January 2013

6 Pesanan Imam Ghazali

18/1/2013@6 Rabiulawal 1434


Muhasabah diri..
Salam Jumaat semua ;)

6 hari lagi Maulud Nabi kita ;)





KataAyu:hari ni buzy farewell utk bos n meeting..
mungkin lambat terjah atau ayu ganti isnin eh..hehe

Thursday, 17 January 2013

Bercuti dari Berblogging

Fuh harini aku nak mengisytiharkan cuti lah..
mood hilang so nak mintak cuti boleh???haha...
acah mak labu ja tu bak kata Jagau..;)..
ok mood okla sikit dari sebelum2 ni..
maybe terbawak2 sebab bos nak tinggal aku sama kot..
terfikir siapakah nak bela nasib aku pasni??huhu..
kot2 jela..manalah tau sebab tu mood aku hilang..hehe..

aku pun nak cuti panjang gakla memandang kan
 hujung tahun lepas tak ambil cuti pun..
aku nak claim cuti untuk minggu depan dari
 26 Januari - 3 Februari 2013..lama tak??hehe..
tak lama pun kejap ja..balik rumah ada ja aktiviti nanti..
hari2 sentiasa penuh..haha..dengan nak balik Penang lagi..
tu yang eksaited nak cuti ni..hehe..

dah habis pasal cuti sekarang nak cerita pasal sambung study pulak
tengah konfius sebenarnya..aku tak minat sains
tapi macam terpaksa ja sambung sains sebabnya
tak banyak U yang tawarkan PJJ,kos pun terhad
and sains related dengan kerja..ohhh tidak!
tetapi apa kan daya..tu yang tak apply2 lagi..haha

motif sambung??pun ke laut..sebabnya tak nak buang masa ja
tumpang tak kahwin lagi tak da komitmen lagi
itu jela motif aku..huhu..tapi 4 tahun gak la kalau sambung.he3
pendapat kawan2??huhu..buntu ;(


mutiara kata :

Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, 
semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

Wednesday, 16 January 2013

WW:Aku adalah Aku




Comel tak???hehe
tq Shu buatkan untuk ayu..suka2 sangat2 suka..camna tu??hehe


mutiara kata :

ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Tuesday, 15 January 2013

Semangat yang hilang


Hari ni ada 1 azam baru nak mencari
 semangat yang hilang entah kemana..
mood dah ke laut tak tau fikir apa..merudum jauh ja sekarang ni..
rasa lemah ja badan..semangat kerja hilang.blogging hialng..
haish kalau biarkan lama2 gini boleh kena buang kerja ni..
so hari ni tetap azam baru mencari semangat 
yang hilang tu tak kiralah kat mana..haha..
hati kena kuat lah gitu..kalau tak azam tiggal azam ja lah..
mulakan dengan langkah yang pertama!Jom!hehe


''Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah''



KataAyu:otw ke rumah korang naik basikal tau,tu yang lambat sikit.hehe

Monday, 14 January 2013

Erti hidup..

Salam 14/1/2013 @ 2 Rabiulawal 1434 semua

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, 
agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira& berketawa, 
adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata,
 kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, 
tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...
sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...
sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...
sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...

10 hari lagi Maulud Nabi...





KataAyu:bw hari Jumaat lepas kena ganti hari ni..pening2 lalat diet tak menjadi.haha

Friday, 11 January 2013

Salam Jumaat


Alhamdulillah syukur kita masih bernafas di hari Jumaat kedua pada tahun ni
moga kita terus diberkati dan dipermudahkan segala urusan


Salam Jumaat untuk semua ;)

Thursday, 10 January 2013

Blur + Lemau

entahlah kenapa dengan hari ini..menulis ke laut..buat kerja pun ke laut jugak..apa ntah lagi kalau sembang dengan orang..sampai bos aku terang 2-3 kali pun aku tanya lagi..blur2 ja rasa..maklumat lambat sampai ke otak..haha..haddooiii parah dah gini..sampai aku sendiri pun perasan kenapa hari ni blur ja rasa eh..pelik tapi benar! haha


ni lah muka orang blur hari ni..sampai tangkap pic pun aku rasa blur2..haha..mungkin fikiran aku tengah rungsing kot..perut dah buncit,semua tempat membesar pulak..parah dah ni..ni lah akibat kerja tak banyak,membungkang ja dekat rumah tambah makan pulak makin kuat!

serius seluar semua ketat..sangat tak selesa!!warrgghhh..macam mana ni..tapi makan n exercise tak control2 jugak..haish..ada kah masa untuk aku membesar sekarang??haha..tepuk dada tanya hati ;)





kataAyu:target malam ni tak nak beli makan..berjaya atau tidak?haha

Taip padam Taip padam

Aduii Adui Aduii...hahaha..pinjam dialog Khalish anak K.M kejap..itu lah yang jadi dekat aku pagi ni..asal nak buat entri taip sekerat aku padam taip sekerat aku padam..ntah bapa kali padam lah..haha..

idea ada mood tak ada..macam2 nak cerita pun tak jadi cerita..haish..macam2 betul..ini yang tak padam sebab tu terjadi gak entri...nak tunjuk korang satu pic ni..korang kenal tak??



Subhanaallah cantikkan dia..ciptaan Allah memang tiada tandingannya...lepas terpegun tengok pic dia..selalu jugak search nak tengok lagi..hikhik..tak jemu mata memandang..ini perempuan yang cakap belum lelaki kan?hehe

inilah Lynda Roslan..model tudung untuk Radiusite yang tengah femes amos tu..tunang kepada Aizul Marcello abang kepada blogger popular tu Irine Nadia..memang cantik kan??nak tengok lagi??korang search la eh..hihi..



kataAyu:mood ke laut daa...entri pun ke laut..haha

Wednesday, 9 January 2013

Birthday Mummy's Khalish!!


Alhamdulillah hari ini 9 Januari 2012 seorang lagi
 family GSF menyambut hari lahirnya..
dah pernah jumpa ibu Khalish ni masa Gathering haritu..
memang sweet sangat2..lemah lembut sopan santun..
memang ibu mithali lah..hihi


''Selamat Hari Lahir Kak M!!!
semoga panjang umur,dimurahkan rezeki K.M
bahagia bersama hubby dan Khalish
moga segala impian K.M tercapai ya ;-)
Amin....''







KataAyu:hutang bw banyak uwaaarrgghhh..

Monday, 7 January 2013

Buat sahabat Alam Maya




Mengenali anda semua satu kenangan yang terindah...
moga ukhwah yang terbina antara kita terus teguh
moga hidup kita sentiasa dirahmati Yang Maha Esa..





KataAyu:esok off bw kena pergi Shah Alam,Rabu kembali balas jejak eh.hehe

Monday ku BLUES

Fuh kiri fuh kanan..Alhamdulillah minggu kedua 2013 masuk kerja tak banyak sangat kerja..sebab bos ayu hujung bulan ni dah berhenti kerja..so kena tukar bos la lepas ni..ini kerja first aku dan dia juga bos pertama aku..memang best sangat sebab dia baik dan jaga kebajikan pekerja walaupun dia cina..huhu..bos lepas ni tak tau la camna plak..eh melalut teremosi plak..

sebenarnya nak cita hari ni aku buzy sangat bukan dengan kerja tapi dengan BW..hihi..banyak yang tertangguh tapi selalu ok ja..hari ni terasa penat pulak mcam kena jogging..haha..mau tak nya dekat 5o blog jugak lah singgah sesi pertama saja..haha..lepas ni sesi kedua plak..pas makan la eh..mana2 yang ayu tak terjah lagi sabar ya..pasti ayu kunjung pasni..hihi..

hari ni lapar nasi ayam..jom gi makan jom!mentang2 tak da kerja nak keluar awal plak kan..hehe..sebelum tu nak ucap terima kasih kepada rakan blogger..kerana anda yang rajin masuk blog ayu kini dah 50 000 views..alhamdulillah..tapi tak dalah banyak macam blog kawan2..hihi.terima kasih ya sudi berkawan dengan ayu ni ha..hehe..meh kasi tempek sikit..jutan terima kasih kepada anda kalau ini RM sekarang jugak kahwin..haha

kalau lah RM50ribu..kiah kayo ni..hihi


oklah nanti ayu sambung berjogging ke blog kawan2 lagi..nak pergi isi minyak jap..perut dah bunyi krok krok krok..hehe..happy lunch semua!

Friday, 4 January 2013

Doakan kami ;-)


27 Disember 2012 genap 4 tahun usia perkenalan antara aku dan dia..
kawan saja tak couple..hehe..couple baru ja 2 tahun setengah..
setahun setengah lagi  sesaja ja nak uji..haha..

kalau boleh memang tak nak kawan lama2 nak terus kahwin.
.gatal benor kan..hehe..tak dalah perancangan tu ada Allah saja yang menentukan..
En Anip pun still belajar lagi..so apa pun kenalah tunggu dia habis belajar..
restu mak ayah dah ada cuma biarlah masa yang tentukan..
doakan Ayu dan en Anip ya kawan-kawan..
inshaallah kalau ada jodoh..datang lah Perlis tau..hehe

kita hanya merancang Tuhan yang menentukan..
jodoh pertemuan ajal maut hanya Dia saja yang tahu
apa yang boleh kita buat usaha doa dan tawakal
moga segala yang kita rancang dimakbulkanNya..
harap Allah makbulkan doa Ayu yang satu ini suatu hari nanti..




Moga aku rusuk kirimu yang hilang
moga aku makmum mu nanti




doaku padaMu Ya Allah...

Dari Ayu untuk Anip ;-)

Pahala Pasangan yang HALAL




Banyaknya PAHALA orag yang dah kahwin ni..nak jugakkk!!hihi
seronokkan dapat buat banyak PAHALA bila dah kahwin.
Inshaallah doakan kami yang tak kahwin ni suatu hari nanti
dapat cipta PAHALA ni jugak ya..Amin


Salam Jumaat buat Muslimin dan Muslimat ;)

Thursday, 3 January 2013

Sayangnya Dia pada kita



Setuju sangat....dugaan yang datang sebenarnya untuk menguatkan kita
menguji keimanan kita,kerana Allah sayangkan kita
mengingatkan kita yang lupa padaNya..

Sesungguhnya Dia tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNya
Dia yang memberi ujian,Dia juga yang akan membantu
betapa Allah sayang kita....

bersabar dan tempuh dugaan dengan tenang...
redha dengan apa yang jadi..
Inshaallah kemanisan akan muncul dalam hidup kita ;-)




KataAyu:Kerja banyak.huhu

Wednesday, 2 January 2013

Cenderahati dari 6 blogger awesome!


Rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari kan..hehe..alhamdulillah masa Gathering haritu buka saja dapat jumpa blogger2 segar ni tapi dapat macam2 saguhati pulak tu..terharu sangat..maklumlah diri ni pergi bawak diri ja..maaf ya korang..inshaallah nanti ayu postkan saguhati korang ya..ingat nak bagi charcoal mask sorang 1 hari tu..tapi tak cukuplah..ada 4 ja dekat ayu.inshaallah kalau ada stok ayu post kan dekat yang teringin nak pakai..kalau tak cukup..ayu ganti hadiah lain lah yer..huhu..ok baiklah mari ayu tunjuk saguhati yang ayu dapat.

Rama-Rama dari NUR..hehe

ini hadiah utama yang ayu dapat time untuk pertukaran hadiah kitaorang cabut nombor,dan ayu dapat no 1,pemilik hadiah nombor 1 pula dari Nur..hehe..so rama-rama ni dah bertukar tuan lah jadinya..hehe..tq Nur..suka rama-rama ni first time ayu tengok..dah letak atas katil pun..hihi..setiap hari dapat tengok..hehe..hadiah ayu sapa yang dapat ya??haha


Dari Mama Arina pula,ayu dapat keychain dari bandung dan Sabah serta tudung bawal warna pelangi..nanti nak pakailah..hihi....Dari Kak M pula dapat minyak gamat dan kipas comey..dah rasmi pun minyak gamat tu..luka kat lutut sikit masa seronok kat Melaka haritu ..hihi..dah berjasa pun pada ayu ka..hehe..terima kasih buat Mama dan Kak M ;-)



Dapat 2 hadiah dari Nur,ni yang saguhati pula Nur bagi beg yang warna pink tu..sebelum balik lagi dah guna letak barang2 saguhati..hihi...yang bawah tu pula dari Kak Lela,dapat kepik kuku,pen dan cermin..comel Kak Lela letak dalam uncang tu rasa macam pergi kenduri kahwinpula..hihi..tak rasmi lagi hadiah ni..sayang ja nak buka..hihi..terima kasih banyak2 buat Nur dan Kak Lela..;-)



Hadiah yang terakhir dari Ai,dapat kerongsang sepasang yang sangat cantik!Ai pi Padang ka??hihi...dah rasmi pun masa hari nak balik tu..tu yang nampak berseri tu..ada kerongsang Ai..haha..dan yang tepi tu pula dari Dya..walaupun tak dapat datang sempat lagi Dya kirim keychain dari genting highland..hehe...Syukran buat Ai dan Dya ya ;-)


Moga rezeki korang semua dimurahkan olehNya,terasa pantas sangat masa berlalu kan ;-)..tunggu ya..nanti ayu post kan cenderahati untuk korang semua..hari tu bawak tangan tadah hadiah ja..haha..nanti abang posmen hulurkan dekat korang pula ya..hihi