Friday, 29 March 2013

Alhamdulillah,Jumaat lagi



Salam Jumaat...Alhamdulillah syukur kita diberi peluang bernafas lagi pada Jumaat kali ini..rasa rindu sangat dekat blog and nak bw..huhu..rindu zaman kemeriahan dulu..hehe..memang sekarang buzy betul nak jenguk blog pun tak sempat..

Inshaallah ada kelapangan ayu singgah ya..jangan majuk tau..hehe..sekejap ja rasa minggu ni..esok dah cuti yeayy!!!..korang pergi mana??ayu dah dapat hobby baru lak..nanti ayu update..hehe..

minggu depan paling best nak balik Perlis kejap..hehe..rasa lama dah tak balik...aktiviti pun siap dah plan dengan mama..hehe..asyik tanya ja bila nak balik..;-)..ada nak pesan apa2 kan??;-)

minggu ni rasa nak buat macam2..semua benda nak try.. tak tau jadi ke tak..hehe..teringin nak keluar jalan2 jugak..haishhh macam2 la plak..tengok2 yang betul nya dok umah goyang kaki ja..haha



Alhamdulillah..moga memberi manfaat pada kita semua..
Salam Jumaat ;-)

Wednesday, 27 March 2013

Vene Slimming Lotion







Losyen perlansingan badan mengandungi pati rumpai laut (phyllacantha fibrosa)
yang bertindak jauh ke dalam kulit untuk memecahkan
selulit dan lemak di bawah kulit melalui proses 'lipolisis'.
Dengan penggunaan losyen ini,toksin yang menyebabkan 
penyimpanan lebihan air dan pengumpulan selulit/lemak juga
akan di keluarkan seterusnya membantu anda mendapatkan bentuk 
badan(lengan,peha,pinggul) yang menarik dan tegang.









Penggunaan yang konsisten membantu :

• memecahkan lemak
• menghilangkan selulit
• menurunkan berat badan
• melangsing dan mencantikkan bentuk badan
• melembut dan menyegarkan kulit
• membuang lebihan angin dalam badan
• mengurangkan rasa sakit senggugut/sakit sendi




Ciri-ciri Vene Slimming Lotion:

• kesan serta merta
• Bebas Paraben (kimia pengawet)
• tidak melekit
• tidak terlalu panas
• berbau wangi
• boleh diguna bila-bila masa
• mudah digunakan
• menggunakan bahan yang halal




Cara Penggunaan Vene Slimming Lotion



-Sapu secukup losyen dan urut pada bahagian-bahagian yang ingin
dikurangkan lemak seperti pada abdomen (perut dan badan), punggung,
paha dan lengan. Urut perlahan-lahan dari bawah ke atas dalam masa 1-3minit.
Sebaik-baiknya sapukan losyen dua kali sehariselepas mandi.

-Vene Losyen juga boleh digunakan untuk mengurangkan lemak pada
bahagian dagu dan leher. Sapuan yang nipis dengan urutan ringan dari
 bawah ke atas untuk mendapatkan bentuk yang diingini.

-Tindak balas losyen akan lebih berkesan apabila liang-liang roma
 badan terbuka iaitu semasa kita berpeluh atau selepas mandi air
hangat. Pada ketika ini, rasa hangatlosyen akan lebih dirasai.

-Untuk pengguna yang pertama kali menggunakan Vene Losyen adalah
dinasihati supaya menggunakannya sedikit dahulu untuk membiasakan
kulit sebelum sapuan yang lebih banyak.

-Vene Losyen boleh digunakan bersama-sama dengan korset,
girdle atau alat-alat bantuan senaman (seperti slimming belt).

-Sapu Vene Losyen untuk membantu melegakan senggugut dan
sakit sendi yang ringan.



untuk order sila klik dan isi maklumat di web di bawah



<<VeneSlimming Lotion>>

boleh terus order,settle isi borang dan pembayaran mereka akan terus pos
segala pertanyaan boleh msg 0103737834(ayu)




ayu pakai jugak..tapi bila period pain,alhamdulillah memang mujarab.sekejap ja dah baik.kalau untuk kurus penggunaan harus konsisten kena sungguh ya ;-)

Monday, 25 March 2013

Happy Belated Birthday Adik Kina ;-)




23 March 2013..ada besday gurlz lagi..hehe..muda lagi adik ni.baru masuk 20 tahun kan?still belajar lagi kan?hehe..buzy bebenor kan,ayu pun pernah rasa masa kat zaman u dulu..banyak aktiviti kena ikut kena buat..huhu..yang penting sabar ya..teruskan semangat!!chaiyok2!!hehe..lupa nak gitau Kina pun ada buat bisnes jual tudung..bolehlah terjah blog Kina untuk tengok ;-)



yang mana 1 kina?hehe


Wish untuk Kina :

Selamat Hari Lahir Kina...
semoga panjang umur,murah rezeki,
dipermudahkan urusan,diberkatiNya
moga berjaya dunia akhirat
dan dimakbulkan segala impian Kina
Amin...


Kek Strawberry special untuk Kina..
ambil lah ye..hihi

Thursday, 21 March 2013

Kek Pertamaku..

Salam Khamis semua..lewat bersiaran hari ni..pagi2 masuk terus buat kerja..sekarang baru relax sikit..petang ni sambung lagi..sambil belek2 henset tadi terjumpa kek yang pertama ayu pernah buat dulu..tak salah 5 tahun lepas..wahh dah lama tu..teruja tengok hasil tangan sendiri terus snap pic..hihi...kek-kek yang lepas tu tak eksaited dah nak tangkap gambar,semua ada dalam koleksi mama kat rumah..huhu..



decoration pertama ;-)

 perisa strawberry dan coklat ;-)


memang mula-mula cuak jugak nak buat sebab tak da pengalaman langsung..tapi berkat kepercayaan mama terhasil jugaklah kek ni..simple je kan?tak dalah cantik mana tapi sebabkan hasil yang pertama terus teruja..lepas tu barulah betul2 minat try kek2 yang lain..hehe..berkat doa mama jugak kot..sebabnya dulu anak dara dia ni bab2 ni memang tak minat langsung..hihi..sekali cuba nak try lagi pulak..hehe

lepas tu,masa mama dengan abah pergi umrah..kena jugaklah jaga kedai 2 minggu..time ni lah rasa mencabar sangat..macam orang dah kahwin..mana nak kena jaga rumah jaga kedai..masa ni lah dugaan banyak dengan tiba2 pekerja berhenti..memang rasa down sangat kena buat kek buat roti,tempahan lagi..aduhai..berat kena pikul sorang2..huhu

nasiblah ada member tolong..ringan sikit beban..memang nak jadi businesswomen hati kena kuat!semangat pun kena kuat!time ni lah ayu belajar jenis2 kek dan design sebabnya tak leh harap sapa dah..kalau tak bungkus kedai tu nanti haa jenuh nak menjawab dengan mama..hehe..

siang malam tau buat kek..ada yang jadi ada yang tak..tu lah bangkit bangunmula2 nak belajar ni..alhamdulillah sekarang boleh lah sikir2 sebab tu setiap kali balik kampung member pun tak sempat jumpa..dok sibuk try resepi ja..hihi





ni lah kek kahwin pertama yang ayu buat,simple je kan?orang baru nak belajar..hihi..nanti ada masa ayu kongsikan gambar-gambar yang lain..masa buat kek ni pun tengah kekok lagi 5 tahun yang lepas jugak ni..hihi..tu yang nampak macam ada yang tak kena tu..haha

inshaallah kalau ada rezeki mama nak buka cawangan kedua kedai kek ni..kali ni guna nama ayu pula..AyuLna's Bakery..ok tak?hihi..doakan usaha mama ayu berjaya eh..lepas ni ingat plan nak buat online plak..plan2 kayuh..usaha satu2 dulu..hihi..

itulah cerita pengalaman ayu..hehe..


kataAyu:plan2 nak balas BW.huhu 

Wednesday, 20 March 2013

Kecelaruan melanda

Salam Rabu semua..sebelum tu ayu mohon maaf ya semalam tak dapat jenguk rumah korang..huhu..sekarang dah buzy sangat kerja pun dah banyak kena betul2 fokus sebab bulan 5 dah review..mana projek yang tak berjaya kena kaji betul2 kena bagi berjaya jugak..tidak KPI sikit lah tahun ni..hihi..banyak besar ja projek kan?haha..

rasanya lepas ni mungkin ayu tak dapat BW hari2..tapi jangan risau eh lambat pun ayu terjah jugak..mungkin update pun tak dalah sekerap dulu mana sempat ayu buat.huhu..tiba2 rasa sedih plak..hehe.. apa pun ayu hargai sangat kunjungan korang yang selalu singgah blog ayu..ayu pasti balas tapi lambat sikit ya..

oppsss berkenaan tajuk tu sekang memang tengah pening sikit..ada ayu gitau dah apply untuk sambung belajar kan?tiba2 datang plak dalam fikiran ni rasa nak tukar bidang..wah tiba2 ja kan..hehe..memang dari mula dah ada angan2 tak nak kerja 'makan gaji' selamanya..

cadang tu nak teruskan bidang bakery sambung dari mama ayu.ingatak ambil kursus2 untuk tambahkan lagi ilmu yang ada kan.tapi tula tengah pening nak sambung belajar bidang sains,nak buka kedai atau nak pilih dua2?arghhh tiap2 hari pikir..tapi tak nampak petunjuk lagi sekarang..harap2 dapatlah buat pilihan nanti..jalan selamat kena ambil dua2 pilihan tu..tapi tula..ntah apa la dalam otak ni pikir..ada cadangan tak?huhu..ayu ni kadang2 tak tetap pendirian bila dah pilih pasti dok teringat pilihan yang tak pilih tu..huhu..

apa pun bidang yang pilih pasti kena ada ilmu kan.pastu hala tuju masa depan.kalau nak lebih berjaya memang ayu nak pilih dua2..kira nanti boleh pilih mana bidang betul2 ayu yakin..confirm super duper buzy lah kalau kedua2 nya ayu buat kan..hehe..tapi tula..tak tau apa yang bermain dalam fikiran ni.runsing ja bila pikir balik.moga Allah bagi petunjuk untuk jalan yang harus ayu pilih..huhu..

sekarang ayu ikut ja..kalau ada rezeki belajar sambung dulu la kan..sambil tu belajar jugak yang bakery tu..ilmu jugak kan..mana2 pun ok..kah2..itu jala mampu oikir buat masa sekarang..kalau tak buzy tak namanya hiduplah kan..


KataAyu:rehat kejap..terjah mana sempat ;-)

Tuesday, 19 March 2013

Perkataan mulia yang perlu di ucap setiap hari



Alhamdulillah masih lagi bernafas pada hari ini..
semoga apa yang kita lakukan kita sentiasa diberkatiNya



KataAyu:Inna lillahi wa inna ilahi rajiun.Al fatihah buat ayah K.yue.moga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang2 yang beriman..

Monday, 18 March 2013

Sweet 22 Dya Bunga!!!

17.3.13 semalam ada besday girl lagi...alhamdulillah dah 2 kali dapat jumpa Dya yang comel ni..muda lagi orangnya..sesuai dengan umur..hehe..bab karok suara Dya memang mantoppss..memang boleh jadi artis ni..hihi..boleh kalau nak lawan Jac..hehe..


Sweet kan dya ;-)

Doa Buat Dya ;

Selamat hari lahir yang ke 22 Dya..
semoga Dya terus berjaya dalam pelajaran
di permudahkan urusan dunia akhirat
diberkati dalam apa jua yang Dya buat
dipanjangkan umur,murah rezeki
terus diberikan kekuatan ;-)
AMIN




KataAyu:superduper buzy..huhu

16.3.13 ~ Happy Belated Birthday Mak Dara dan Si Dara..



Alhamdulillah dapat jugak datang ofis pagi ni,terlewat banyak kot pukul 10 lebih baru datang..maklumlah sakit datang mengejut..hehe..ok sebelum terlambat ayu nak ucapkan selamat hari lahir buat 2 ahli GSF yang berkongsi tarikh lahir ni...



♥:: Mama Qhayra Bercerita ✿◕‿◕✿

pertama sekali buat Mama Qhayra yang coeml ni..tak percaya??
sila terjha ya..tidak tak turun lah kecomelan kat Qhayra..hehe...
baru umur 27 tahun kan DQ?..
mudanya Qhayra pun dah besar dah boleh jadi kawan DQ..hehe

U Are My Sunshine !

yang kedua buat Cendol..Cendol sekarang pergi oversea sambung study 
dekat Mesir kalau tak silap ayu..huhu..wish jauh dari Malaysia ni..hehe



Doa buat DQ dan Cendol :

Selamat Hari Lahir buat DQ dan Cendol
semoga dipanjangkan umur,murah rezeki,
dirahmati Allah tak kira di mana berada,
dipermudahkan segala urusan duniawi dan akhirat,
sentiasa bahagia di samping orang yang tersayang.
AMIN




kataAyu:ada lagi seorang besday girl yang comey ni..hehe

Friday, 15 March 2013

Kenangan tak boleh DELETE!

Salam Jumaat semua.....

Kata-kata ni ayu ambil dari seorang ustaz masa study dekat UiTM dulu..memang kelakar Ustaz tu.tapi apa yang dia cakap ada betulnya.apa yang terjadi pada masa lampau kita sama ada pahit atau manis memang tak dapat delete dari kotak memori fikiran kita ni..

apa yang boleh kita buat yang buruk ambil jadikan pedoman.yang baik jadikan perangsang untuk kita terus jadi insan yang lebih baik.hidup untuk masa hadapan.masa yang lalu jadikan panduan.setiap apa yang berlaku adalah proses mematangkan diri kita. moga kita tidak terus hanyut dengan masa lalu.

cuba bangun dari mimpi untuk merealisasikan impian hidup kita.selagi kita bernyawa selagi itu kita berpeluang mengubah hidup kita.percaya apa yang di takdirkan untuk kita dan berusaha majukan diri untk tempuh hari yang mendatang.

jangan terus menangis dengan kenangan pahit,jangan terus tersenyum dengan kenangan manis.yang lebih penting adalah apa yang kita usahakan untuk masa depan.Kenangan tetap kenangan ta boleh delete atau dikembalikan ;)





KataAyu:busy day..;-)..esok kena handle treasurehunt dekat Putrajaya..maaf ya..ada kelapangan ayu terjah ok..hehe

Thursday, 14 March 2013

18 Cara Untuk Khusyuk Solat


perkongsian kita bersama..
Salam Khamis...




KataAyu:dah mula busy utk treasurehunt Sabtu ni..
sory eh,lambat melawat ;-)

Wednesday, 13 March 2013

Selamat Hari Lahir Cik Rose Cute

Besday Kakak Cute lah harini..hehe..baru ku tahu setelah buka fb and blog Deqla tadi...so tak terlambat lagilah kan..13.3.13..sweet tarikh hari ni..sesuai dengan Kakak Cute kita Cik Rose sorang ni.. ;-)...

orangnya kreatif,tangan berseni,mana taknya peng'edit' blog ni..memang mahirlah bab2 coding2 ni ye kak? ;-)..kalau ada yang nak tempah bolehlah contact Cik Rose..banyak dah blog blogger yang dia edit..tak caya?pergi terjah eh..hehe

jom terjah Kak Rose jom!


Doa buat Kak Rose :

Selamat Hari Lahir buat Kak Rose..
semoga dipanjangkan umur,
murah rezeki,dipermudahkan urusan dunia akhirat
dimakbulkan segala impian akak,
bahgia di samping anak2 dan hubby tersayang ;-)
AMIN





KataAyu:maaf ya lambat melawat ;-)

Ingat mati??

Alhamdulillah syukur kita masih dihidupkan kembali pagi ni...sejak akhir2 ni asyik dengar berita kematian ja..tiba2 terfikir,Ya Allah masihkah hidup aku untuk melihat hari esok?airmata ku mengalir..sungguh itu rahsia Allah tiada siapa yang tahu melainkanNya...bersediakah aku menempuh alam di sana?aku mula menghitung hari2 ku,dosa pahala ku..Ya Allah ternyata aku hambaMu yang lemah..menggigil aku memikirkannya..


mengingati mati itu sunat..menginsafkan kita atas dosa2 yang telah kita lakukan..menguatkan keimanan kita..inshaallah..moga kita istiqamah dalam menjadi insan menjadi hambaNya yang lebih baik..perjalanan masih panjang..dunia satu persinggahan..di 'sana' lah yang abadi..


''bekerjalah untuk duniamu seakan kau hidup selamanya..
beramallah untuk akhiratmu seakan hari esok kau tiada''






Mohon betulkan yang mana salah silap ayu ya.andai ada kata2 ayu yang silap dan salah hukumnya.

Tuesday, 12 March 2013

Orang yang Sabar



Bersabarlah hadapi dugaan dan ujian dariNya..pasti ada hikmah yang mendatang..






Kata Ayu:kepada anynomous,kalau awak salah faham boleh tanya,tak perlu nak marah2 dekat  blog saya ok ;-)..kita bijak sebelum kata fikir habis2 dulu akibatnya,siapa kita nak menentukan hukuman utk hambaNya.moga Allah turunkan hidayah buat kita semua ;-)

Monday, 11 March 2013

Selamat Ulangtahun Deqla Manjew!!


Hari 11 Mac 2013 bessay seorang lagi family GSF..
sapa tak kenal dia kan?yang kecik molek ni..hehe..
dah 2 kali jumpa Deqla..
orangnya memang sweet kecik molek,comey..
semua cukuplah..hehe..arini deqla dah masuk 3 series kan?hehe..
tapi jangan risau umur hanya angka orangnya sweet 17 lagi..hihi


deqla pic terkinikan?hehe..sory tercuri..hehe

kan dah kata comey kan?
tak macam 30 pun kan?hehe
inilah orang panggil awek muda..hihi
oppss idok lah boleh ngorat..
nanti hubbynya lempang naya ja.hehe


Doa Buat DEQLA :

Selamat Hari Lahir Deqla
Semoga di pangjangkan umur,murah rezeki
diberkatiNya,dimakbulkan segala impian Deqla
semoga Allah makbulkan doa dan usaha Deqla 
untuk mendapat Baby comel ;)
dan semoga bahagia selalu disamping hubby deqla ;)





KataAyu:maaf ya semua hanya mampu melawat
beberapa blog ja..huhu..blues benar..hehe

Happy Belated Birthday Mama LYA

oppsss terlambat wish birthday buat mama cute n comel ni..hehe..
semalam 10 Mac 2013..
kelahiran Kak Lya@ Mama Asya..
Mak dan anak sama comel kan?hehe..
suka tengok senyuman Ka Lya dan Asya..sweet!

Sory K.lya tersengaja curi pic..hihi



Doa Buat K.lya :

Selamat Hari Lahir K.lya..
moga dimurahkan rezeki,dipanjang umur
diberi kesihatan yang baik.
dikuatkan semangan menghadapi ujianNya
semoga terus diberi kekuatan demi hubby dan asya tersayang ;)
AMIN





KataAyu:ada besday seseorang lagi lah arini..hehe
nanti ayu up entry eh yang comey omey tu??hehe

Friday, 8 March 2013

Berkatkah rezekiku??

lama tunggu ustaz..hehe..

Salam Jumaat semua..hari ni sempat pergi ke majlis ilmu yang diceramahkan oelh Ustaz Don Daniyal..alhamdulillah memang ramai sangat yang pergi tadi moga ilmu yang di sampai kan bermanfaat buat semua.

apa yang dapat disimpulkan ceramah Ustaz Don lebih kepada cerita nabi-nabi yang sarat dengan mesej dan penuh pedoman untuk ktia semua..

eksaited nak tengok depan2 sebenarnya..hehe

pengisian tentang tajuk Berkatkah rezekiku? jika berkat rezeki kita tu pasti ianya akan bertambah bukan dari segi duit atau harta semata-mata..boleh jadi kesihatan,keluarga bahagia,hati yang tenang,anak2 yang berjaya..bermacam bentuk berkat tu..biarlah gaji kita sedikit janji mencukupi setiap bulan,dari gaji yang banyak tapi tak pernah cukup2..

masa tu muhasabah balik lah,mungkin ada yang tak kena dalam hidup kita.sama jugak jika hati tak tenang,fikir balik apa yang pernah kita lakukan mungkin ada salah silap yang kita terlepas pandang..apa pun berbalik pada hukum Allah SWT

satu yang Ustaz tekankan,buat apa yang nabi suruh,tinggal apa yang dilarang..dan boleh buat apa yang nabi sendiri tak pernah buat selagi tak lari dari hukum agama..

Berkat atau tidak rezeki kita hanya kita yang boelh menilainya sendiri kan?



KataAyu..salam jumaat semua..sory tak dapat terjah..kena masuk meeting pulak

Thursday, 7 March 2013

Opppsss Dulu dan Kini


Dapat teka siapa kat atas ni??hehe..nampak tak ke 'blur' ran gambar tu?epik punya gambar ni..rasa masa ni umur 4 tahun kot..tak ingat dah..hehe..yang pasti kakak dan adik yang main bersama masa kecik2 dulu..sebab kami tak da..semua orang tak nak kawna sebab kami ni terlebih comey!kahkahkah...

entahla apa ceritanya,yang tahu dulu memang kawan berdua ja dengan adik sorang ni..lepas pindah ke Perlis baru pandai cari kawan..rindunya zaman kecik2 dulu..cepat betul masa berlalu..


itu zaman kecik2..sekarang budak kenit tu dah besar dah hah..dah sesuai jadi mak orang dah ;)...bezakan?dulu pipi tak kembung sekarang manyak kembung,dulu mata bulat sekarang ta kbulat sangat..hehe..dulu rambut perang oo sekarang rambut sikit,tak boleh nak panjang..haha..yang sama dulu dan kini tetap blur ja..haha



haaa ni mamat sorang lagi..dulu dan kini yang menjadi kawan sepermainan ku masa kecik..sapa lagi adik ku yang hennncemm ni lah..itu orang kata,kak dia tak kata pun eh..sebab mamat ni susah sikit bab puji sorok bawah meja nanti..haha..tak tau apa yang sama..perangai kot,dari kecik 'berangin ja' panas sikit tak boleh,yang bezanya maybe penyabar sikit kot sekrang..maklumlah dah tua..hehe


itulah kisah kami 2 beradik..yang lagi 2 adik lelaki tu lahir zaman millenium dah..hehe




Pesanan Ayu..

Hari ni rasa free sikit kerja tak banyak macam semalam..boleh terjah teratak kawan-kawan..macam tak percaya ja semalam dalam sejarah tak bw langsung..huhu..


habis kerja dah 4 lebih..terasa penat terasa terasa pening terus rehat tanpa bw..hehe..rasanya hari ni boleh kot bw semangat dah ada ni..perut pun dah kenyang..hehe

opsss terlupa nak bagi tau,yang entry semalam tu kan..pasal nak resign..ramai yang salah paham rupanya..hihi..ayu pun tersilap tulis kot sebab tak baca balik kan..sebenarnya bulan 7 ni resign sebagai AJK Aktiviti ja..hehe..kerja belum masanya lagi.still mencari kerja lain..hihi

itulah saja pesanan dan iklan untuk pagi ni..;)..tunggu ya,sempat ayu terjah rumah korang!



KataAyu:semangat esok nak pergi ceramah Ustaz Don.;)

Wednesday, 6 March 2013

Saat-saat busy

fuhh baru selesai meeting AJK untuk aktiviti company untuk tahun 2012/2013..di sebabkan ayu AJK untuk aktiviti..so kena jalankan aktiviti jela kerjanya..ini bukan kerja dapat gaji eh..tak sabar tunggu saat letak jawatan bulan 7 ni..hihi..


next aktiviti ialah Treasure Hunt yang kena ganti dinner..sebab Head RnD yang baru tak nak buat dinner.dia arah buat aktiviti yang semua kena terlibat tanpa duduk saja ja..haha..haish macam2 komen negatif yang dapat bila first time tak da dinner ni..tapi nak buat macam mana arahan bos kan..

so minggu depan 16/3/2013 Treasure Hunt diadakan di Wetland Putrajaya..agak sibuk lah..dengan nak prepare hadiah,tempat,makan lagi..nasib dah bahagi tugas..

hari-hari yang sangat busy sebelum semua ni berakhir,mintak2 lah aktiviti kali ni berjaya..yang best hadiah  lucky draw menarik!haraplah dapat 1..hihi

itulah sebabnya ayu busy sebelum jawatan di tukar ganti..nanti ayu terjah korang eh..Salam Rabu!!

Tuesday, 5 March 2013

Kasut ZALORA dah sampai!


jeng..jeng..jeng..hehe

Salam Selasa semua..ingat tak Jumaat lepas ayu ada buat entry pasal voucher RM50 dari ZALORA kan?hari tu jugak order kasut ZALORA tu..


ingat sampai hari ni..rupanya semalam lagi dah sampai..cepatkan?Jumaat order..Isnin sampai..tak payah lama2 nak tunggu order..hehe

apa lagi,eksaited la nak try kan..dapat2 ja terus try..hehe..

pink gitu..hehe

saiz pun memang ok dengan ayu..padan!warna n corak memang sebijik dalam pic..kira tip top lah semua sama..hehe

itulah pengalaman membeli dengan ZALORA. bagi ayu service ok..order pun cepat..nanti kalau ada berkenan boleh lah shopping lagi..hehe

TQ ZALORA!!!!!



Monday, 4 March 2013

Happy Birthday Pak Jagau..

Hari ini birthday seorang lagi ahli GSF...paling macho segak bergaya ni..hihi...sapa lagi kalau bukan pemilik blog Karukord Jagau..sweet 19 ke Jagau??hehe...

entry blog nya memang buat orang menangis kerana penat bergelak..tak caya??g baca sendiri eh..hehe

so hari ni aku hadiahkan ko kek 3 tingkat eh Jagau?ko potong jela bahagian mana ko nak eh?hehe


ko suka kaler hijau kan jagau??hehe

ucapan untuk Jagau :


Selamat Hari Lahir Jagau...
semoga murah rezeki kamu,
panjang untuk kamu,
dipermudahkan segala urusan dunia akhirat
diberkati dan dirahmatiNya..
dimakbulkan segala impian..
AMIN..





KataAyu..lambat sikit singgah teratak semua ya..
buzy..huhu

Friday, 1 March 2013

Shopping With ZALORA...

Semalam ada dapat email dari ZALORA..alhamdulillah rezeki tahun 2013...ramai jugak blogger dapat voucher RM50 ni kan? so harini ayu claim voucher ZALORA tu..first time tau shopping dengan ZALORA ni..nak rasa jugakkan macam mana pengalaman berurusan dengan ZALORA..selalu baca blog orang ja..hehe

bagi ayu email yang di jawab oleh zalora memang pantas.sekejap ja pertanyaan ayu dah dijawab.dalam 1 hari terus dah dapat kod voucher untuk shopping..hehe..itu yang lagi eksaited.

terus pergi godek2 ZALORA..kalau sebelum ni cuci mata ja..sekarang turn memilih pulak..hehe..ingat sekejap ja nak pilih..tapi disebabkan harga ok jugak kira mampu beli memang lama jugak lah nak pilih-pilih.

haddooiii rambang betul mata tak tau nak pilih yang mana...Blouse cantik..kasut pun cantik2...memang banyak kali jugak kena buat pilihan...di sebabkan baru ja lepas shopping baju..so untuk kali ni shopping lah kasut pulak...


Koumi Koumi
Multi Colors Stripes Ballerina Flats


Inilah pilihan hati ayu..hehe..ada 4 warna sebenarnya kasut ni..biru dan pink jadi pilihan..warna-warna yang lain boleh tengok kat sini -->>Koumi Koumi

Di sebabkan sejak akhir2 ni banyak beli baju warna pink..so pink jugaklah pilihan hati..hehe...cantik tak? ;-)...tak sabar pulak nak tunggu sampai nanti..hehe..nanti dah sampai kita tengok ya..senang pilih kasut bertutup..boleh datang kerja sama..so memang sesuai sangatlah pilihan hati ni ;-)

masa godek-godek ZALORA tadi..baru perasan kebanyakkan barangannya ada diskaun sekarang..yang paling best bawah RM50 tu cantik2 jugak semuanya..sempat tengok untuk blouse dengan kasut ja tadi..tak boleh tengok banyak2 tak tau nak pilih yang mana nanti..hihi

lepas ni bolehlah selalu intai ZALORA,sebab boleh katakan ayu ni agak cerewet kalau nak beli barang.kena betul berkenan kat mata ni.haha..bila tengok barang ZALORA kira banyak yang berkenan dengan harga mampu milik..

yang tengah semangat nak shopping tu boleh lah pergi terjah website ZALORA.. ;-) kot-kot ada yang berkenan di hati ;-)



You are The Great Daddy!!

Hari ni hari Jumaat 1.3.13@18RabiulAkhir 1434 hari istimewa buat My Abah...walaupun anakmu jauh doaku kirimkan buatmu Abah..walau apa pun yag terjadi ayu tetap sayang abah..dan sayang tu tak pernah pudar walaupun sedikit..setiap hari doa ku titipkan moga keluarga kita sentiasa disinari sinar bahagia bersama selamanya..


Kasih ibu sampai ke syurga
Kasih ayah sepanjang masa
lahirnya aku ke dunia kerana kasih sayangmu
cintamu membuatkan aku melihat dunia
tanpa kasih sayang cintamu tiada aku di dunia

kasih abah membawa ceria
sayang abah buat ayu bahagia
cinta abah tiada pudarnya
tanpa abah tiada ayu di dunia
kerana abah ayu berjaya
jasa abah terlalu besar

terima kasih percaya pada anak abah ini
untuk ayu tempoh liku hidup ini
jauhnya kita sekarang 
sesaat tidak pernah ayu lupa..

terima kasih abah untuk segalanya.....
ayu sayang abah!!!!!!



Selamat Hari Lahir Abah!
moga abah sentiasa sihat,panjang umur
murah rezeki,moga segala impian Abah tercapai
semoga keluarga kita sentiasa bahagia dan kekal
selamanya hingga ke Syurga..Amin


Surpise for My Abah dah kirim ;)
terjahan baru nak bermula..hehe