ANGGOTA polis memeriksa kereta yang meragut dua nyawa pelajar UiTM di Arau, Perlis semalam.
KANGAR – “Norhafiza ada beritahu jiran kononnya mahu pergi ke satu tempat jauh, namun tidak dinyatakan tempat itu.”
Demikian kata ibu
Norhafiza Zafarullah, 20, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau yang maut bersama seorang lagi rakannya manakala dua lagi cedera parah setelah kereta yang dinaiki terhumban ke dalam Terusan Arau di Kampung Belat Batu, Tambun Tulang di sini.
Ibu mangsa, Hariah Ismail, 43, berkata, ada sedikit perubahan terhadap anaknya itu terutama apabila Norhafiza menjadi pendiam ketika pulang ke rumah Jumaat lalu.
“Saya terima takdir ini (kematian Norhafiza) dan tabah untuk menghadapinya,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Turut terbunuh dalam kemalangan pukul 7.50 pagi itu ialah pemandu kereta Proton Wira, Azmir Syazwan Suhaimi, 21, manakala dua rakan mereka iaitu Mohamad Faiq Roslan, 20, dan Norshazarwani Ainie Ahmad, 20, cedera parah.
inilah kisah kawan ayu yang berlaku 4 tahun lepas..memang mereka naiki kereta 2 lelaki dan 2 perempuan.tapi arwah fiza langsung tak kenal arwah met(syazwan).arwah hanya tumpang untuk pulan ke rumahnya dekat Penang.dan ditakdirkan mereka meninggal bersama dalam perjalanan pulang ke UiTM Perlis,2 lagi sahabatku selamat tapi seorang patah kedua belah kaki.alhamdulillah semangatnya kuat tak sampai setahun dah boleh berjalan.dan seorang lagi tak silap ayu patah tangan.yang sedihnya masa kejadian ni banyak dengar kisah2 yang tak sedap.ada jugak saluran akhbar yang tak betul.ramai mengatakan mereka ni pasangan kekasih.pastu pergi berseronoklah.macam2 lagi lah..yang mana sempat kami betul kan kami betulkan.apa yang terjadi hanya Allah sahaja yang tahu.moga roh mereka tenang disana..ALFATIHAH..
Minggu lepas banyak mendengar berita kematian saudara terdekat,tarikh yang sama dengan arwah met (22/2/13,JUMAAT) kakak pada abah meninggal.nasib sempat jumpa 2 minggu sebelum arwah meninggal..moga insan yang pergi dulu sebelum kita bersama orang2 yang beriman.AL-FATIHAH..