Tuesday, 22 January 2013

Biodata Nabi Muhammad S.A.W




Biodata Nabi Muhammad S.A.W :

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Tarikh Lahir Nabi: 12 Rabiulawal Tahun Gajah 



Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:

  • Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
  • Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah: 

  • Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. 
  • Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
  • Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
  • Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
  • Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
  • Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
 

  • Berkata benar (siddiq) 
  • Boleh dipercayai (amanah)
  • Penyampai ajaran Islam (tabliq)
  • Bijaksana (fatanah)
Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
 

  • Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) 
  • Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
  • Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
  • Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
  • Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
  • Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)


Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah: 

  • Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” 
  • Pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
  • Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata:“Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau:“Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku." Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”


Begitulah kisah dan biodata Nabi kita..... Semoga kita belajar dan mengingati sirah dan sunnah Nabi supaya menjadi amalan dan panduan dalam hidup kita....





43 comments:

nazayiena said...

Perkongsian yang amat2 berharga,tq.

Unknown said...

bagus ni sy sndri pun lupa bab2 ni

Ruse Sulaiman said...

Nice entry.. salam Maulidur Rasul. Selawat ke atas Nabi.

Nyue said...

perkara yg di kecil kita diajar utk mengetahuinya...

Thanks for sharing ayu...bleh igt balik, xsemua yg tahu tu..kita igt..

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgus entry ni..skurgnya mngingtkan kembali..

Kakzakie Purvit said...

Sewajarnya kita kena tahu sirah junjungan kita rasulullah s.a.w.

BERT said...

ada yg dah terlupa.. bile baca balik baru teringat...

Ratu Hatiku said...

suka baa kisah2 nabi nie...

Unknown said...

nana ada jumpa biodata nabi ni,print siap2..betul tu,semoga kita sama2 mengingati sirah nabi dan mengikut sunnahnya....amin...

Unknown said...

terima ksh ayu ats perkongsian ni.. boleh la kite berkenalan dgn Rasulullah dgn lebih dekat lagi kan.. alhamdulillah.. =)

Pn Ayu said...

jom berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW :)

kayyana said...

salam maulidur rasul.. InsyaAllah..

Anonymous said...

bagusnyer info mcm ni kdg2 boleh terlupa kita !

kurus said...

TQ sharing dikk
ramai juga isteri rasullullah ye ..

Unknown said...

pengetahuan ttg nabi kita

Unknown said...

sama-sama menghayati ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.. Jangan tau cuti umum je..

Cik Rose said...

terima kasih Ayu, kongsikan ini. amat berguna :)

Mrs Velentine said...

khamis ni MV ikur perarakan maulidur rasul

Azee Hana said...

maklumat yang bagus..=]

Unknown said...

jom selawat ke atas Nabi kita

KNZeq.SHOP said...

tak ingat lah dh komen ke idak...hehe mohon share ye

combi said...

thanks for sharing..kekadang lupe ngn kisah nabi kite sndr :)

Pen Biru said...

assalam..thanks for sharing

emarieys said...

alhamdulillah...thanks sharing

fieda said...

bagusnya ayu share info ni..dapat tambah ilmu..

nanieydotcom said...

Lengkap!!!! Thanks ayu share.. :)

boni kacak said...

bagus entri ni ayu.. kalau tak , asyik biodata artis tu artis ni je.. :)

LYAfrina said...

tq for sharing ayu

Miss N™ said...

terbaik ayu...
hampir terlupa susur galur keluarga kekasih kita...

entry ini menyegarkan kembali ingatan...

Cik Ai said...

flash kembali..
kdg2 bila dh lama terlupa..huhu
nice entry Ayu :)

lelamaisara said...

peribadi rasulullah memang tiada tolok bandingnye..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

great info ayu...thumbs up ayu

Jna marcello said...

nice sharinggg =)

haryati said...

tq share ayu...

Kekzamanis said...

Banyak info yang dulunya kurang tau, sekarang dah tau bila baca biodata ni.. Thanks ayu for sharing! ^_^

dya nasir said...

Salam maulidur rasul ayu.. jom selawat..:)

Cikrosecute said...

thanks for share ayu..

sHaRiNa eLyaNa said...

thnks for sharing :)

QasehnyaRania said...

bagus ni utk tatapan selain utk peringatan diri juga ni.sbb dah lama tinggal alam skolah kan..'kdang2 kena refresh blik ;D

dieyna said...

Sharing is caring... info yang baik

Chic Na said...

banyak yg cikna tak tau rupanya. perkongsian ilmu yg bagus. ;)

Miss Syahbanu said...

perkongsian terbaik..nice entry =)

norhasnizakhalid said...

salam maulidur rasul ..

dan selamat bercuti.. :)