
Join segmen lagi..kali ni dari dear
C'jai lak
tersahut dekat shoutbox,hari ni ayu menunaikan janji ;-)
Kenangan Ramadhan yang Ayu tak boleh lupa ialah.....
Peristiwa ni berlaku lebih kurang 3-4 tahun lepas lah kot..
masa tu mama dah buka kedai kek,
memang kenangan ni dah jadi kenangan manis Ayu plak..
sangat rindu saat itu kerana kami berdua berpeluang pergi
terawih sekali sebelum ni Ayu duduk asrama,pastu
masuk U plak memang tak berpeluang pergi terawih dengan mama
alhamdulillah tahun tu dapat jugak..
selesai sahaja terawih,mama dapat tempahan kek masa ni..
nak tak nak kena buat jugak malam tu.
bayangkanlah kami dua beranak berkampung kat kedai mama
dari pukul 11 malam hingga hampir 3 pagi..
nak selesaikan tempahan tu..
dalam bulan puasa lak tu..memang kenangan yang tak dapat dilupakanlah ;-)
Alang-alang selesai pun dah lewat,
kami pun bersahur bersama lah..
indahnya dapat bersama mama
sangat rindu maklumlah sekarang merantau lagi ;-(
Ayu jarang ada masa dengan family,
sebab tu kalau saat-saat dengan mama ke abah ka,
memang terasa sebak..dari umur 13 tahun
asyik merantau ja..memang masa tu kurang sangat..
tulis entri ni terasa sebak pulak,
tahun ni Ramadhan merantau lagi ;-(
itulah kenangan Ayu dalam bulan Ramadhan bersama mama tercinta
yang tak dapat Ayu lupakan sampai sekarang ;-)
Salam Ramadhan ;-)
(nak letak gambar mama ada dalam nset tak bak USB plak..hehe)
Kenangan kawan-kawan pulak macam mana???
Jomlah meriahkan segmen C'Jai ni ;-)
taq Anda yang baca
WAJIB suppport cepat!!hehe
(paksaan ni,hihi)
tamat pada 22 Julai 2012