Friday, 30 August 2013

Merdeka kah kita?






Salam Jumaat semua..

Alhamdulillah esok kita akan sambut kemerdekaan negara yang ke 56 tahun..banyak erti kemerdekaan bagi kita kan?dari skop yang besar sangat bererti bagi semua kita rakyat Malaysia kan.syukur

dari sudut diri sendiri,sudahkah kita merdeka?tanpa kita sedar kadang2 minda kita di jajah. banyak faktor dan banyak benda2 yang boleh buatkan kita alpa dan leka dan tanpa kita sedar diri kita belum merdeka

kalau kita tak dapat melawan nafsu pun kadang tak merdeka jugak kan.contoh tak boleh kalau tak makan MCD.arghh maknanya minda kita sudah setting(yg ni cntoh tau,tuan blog pun tak makan dah.hehe).kalau berjaya lawan nafsu kita yes!syaitan kalah dan kita merdeka!hehe..betul tak?

dan macam2 lagi lah,so inshaallah belajar untuk merdekakan diri dari sekarang!                      

sekadar pendapat kerdil tuan blog yang banyak khilaf ;-(

Thursday, 29 August 2013

Perlu di cari atau di nanti?






Salam Khamis semua..


 Dugaan = Usaha + Doa + Tawakkal

kekuatan itu perlu dicari, jalan perlu  di terokai agar masalah selesai kemudian hari ;-)
inshaallah moga urusan dunia dan akhirat kita dipermudahkanNya..Amin


p/s:#ingatan bersama..tengah berjalan ke blog korang ;-P

Monday, 26 August 2013

Harta dunia Akhirat






Salam Isnin semua..moga kita sentiasa dirahmati dan dilindungiNya..

Tingginya darjat seorang ibu,syurga anak lelaki tetap
 padanya walaupun telah berkahwin
Tingginya kasih seorang ayah tetap menganggap 
anak perempuannyaanak kecil yang masih perlukan bimbingannya..
kasih ibu ayah membawa ke SYURGA..

bagaimana pun ibu dan ayah kita,mereka tetap harta paling berharga yang kita ada.tanpa mereka kita bukan siapa2..berjaya dan bahagianya kita hari ni hasil doa mereka.

kadang terbayang sendiri macam mana nak hadapi kalau tak ada mak dan ayah.perasaan tu tak dapat nak gambar..baru kita sedar betapa sayangnya kita pada mereka.kalau bergaduh pun mesti tak sedap hati ;-(

sedekahkan Al-Fatihah pada kedua2 ibu bapa kita sama ada masih hidup atau pun meninggal dunia inshallah moga segala doa mak dan ayah kita termakbul.AMIN

Friday, 23 August 2013

Ular oh Ular!






Salam Jumaat semua..sebelum tu ingin memohon maaf ada lagi rumah korang yang tak sempat nak terjah.nanti ayu curi2 terjah eh.hehe

masa dekat kampung hari tu 3 hari turut2 mimpi ular.kadang fikir lawak jugak ayu ni penakut sikit setiap kali mimpi ular mesti terjaga sebab takut betul2 ada.haha..

tapi yang menakutkan dalam mimpi tu ular tu patuk ayu dan ada orang cakap,''eh ular ni bahaya ni..ular ni siva''..nak tergelak pun ada apalah yang siva tu..pastu masuk kerja tanya lah member ofis sebab dia orang india,dia cakap siva tu maksudnya tuhan..

hah sudah tuhan dorang ke tu.haish macam2.kadang mimpi ayu macam2 ngarut2 pun ada.sampai tergelak kalau teringat.

mimpi mainan tidur kan.tak nak pikir sangat lah.huhu..kadang2 kalau mimpi petanda tu betul2 jadi.mintak2 apa pun yang baik2 saja kan ;-)

Thursday, 22 August 2013

Hantaran Kahwin






Salam Khamis semua..baru sempat nak jenguk blog..mood tu tinggi tapi masa tu kurang.acaner tu?hehe.berbalik pada hantaran kahwin.eh jangan ingat ayu dah nak kahwin tau.belum tiba masa yang sesuai lagi.hehe..di sebabkan ramai member2 ayu plan nak tunang lah,kahwin lah dalam masa terdekat ni sesaja nak survey pasal hantaran pulak..hehe

kalau nak ikut average hantaran mungkin pada masa ni antara RM8000-RM10000.bergantung pada family jugak kan.tapi setakat yang ayu dengar2 dalam average tu lah..kalau lebih dari tu logik tak?yelah barang2 kan mahal sekarang ni,hantaran pun makin meningkat.hehe.sesetengah tu yang dah kenal lama dapatlah berbincang kan nak letak berapa.kalau mahal sangat lambat pulak kahwin kan.jenuh gitu.

tapi kalau ikut mak ayah ayu memang tak bagi tunang lama2 ni.macam2 boleh jadi kan.kalau boleh 2-3 bulan terus kahwin.amacam ok tak?hehe..ini pun bukan dalam planning lagi ya.banyak benda lagi nak selesaikan.haha..bab hantaran ni memang urusan mak ayah tapi bagi ayu kita jugak boleh bagi pandangan asalkan menjaga maruah pihak lelaki dan perempuan.agak yang patut2 ok lah kalau terover logik pun tak boleh jugak kan.

apa pendapat korang?



p/s:Al Fatihah dan Salam Takziah buat keluarga,kemalangan maut bas dari Genting.sedih dengar berita semalam.

Monday, 19 August 2013

Hidup sebagai Perantau



Salam 12 Syawal semua.alhamdulillah semalam selamat sampai di bumi Serdang.hari ni dah masuk kerja..aduhai lama cuti masuk kerja pun tak semangat.mood ada dekat kampung lagi ni..macam mana eh?hehe

mohon mood bertukar cepat!hehe..so kena buat kerja cepat2 bolehlah lupa pasal kampung.kadang sedih jadi perantau ni,kadang best jugak bila nak balik kampung ja eksaited gila,tapi hidup mesti diteruskan walau apa yang jadi kan.huhu

ramai yang dah start kerja kan?nak ambil mood kerja korang sikit boleh?hehe..
 

Wednesday, 7 August 2013

Salam Aidilfitri dari Ayu






Salam 29 Ramadhan...

inshaallah esok kita akan menyambut Syawal setelah sebulan berpuasa...moga ramadhan dan syawal ini yang terbaik buat kita semua

di kesempatan itu,ayu ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya di sepanjang kita kenal,sepanjang ber blog ini ada kata2 atau apa saja yang mengguris hati dan perasaan semua.harap dimaafkan lah ya ;-)..0-0 eh?hehe

Tuesday, 6 August 2013

Kuih Raya feveret Ayu





Salam 28 Ramadhan..

hampir sebulan kita berpuasa,mesti ada yang ramai dah buat kuih raya ataupun beli kan.ayu macam biasa sejak2 merantau ni tak sempat tolong mak buat kuih raya.sempat buat yang biasa2 ja bawak balik.hehe.se saja nak rasa mood raya.huhu

ayu jenis tak kisah sangat kuih raya ada ataupun tak.kira tak cari sangat.tapi feveret ayu dulu sampai sekarang 1 ni memang tak dapat lepas..hehe

 cornflake madu

kalau mama buat suka letak kacang and kelapa parut kot orang panggil.dah luap dah.memang sedap. ;-)..dan biskut2 lain yang rangup2 ayu suka jugak makan kira bedal jala mana yang sedap ;-)

korang pulak?
                                                                                                                                                      

Monday, 5 August 2013

Cuti Raya yang panjang



Salam 27 Ramadhan...

Alhamdulillah 3 hari lagi nak sambut Syawal..moga ibadah kita di terima Allah SWT..

inshaallah petang ni bertolak balik ke Perlis lepas kerja.plannya nak balik Selasa atau Rabu,tapi disebabkan balik dengan orang terpaksa lah ikut cuti orang tu kan.hehe..

cuti ayu start 6 Ogos-18 Ogos 2013..lamanya..macam orang cuti nak kahwin pulak.haha..tak pelah dah lulus kan.kita cuti jelah..kalau kampung dekat ok ja.di sebabkan jauh cuti laam2 baru rasa berbaloikan..

macam biasa ayu beraya dekat Penang,malam raya tolak balik Penang,dalam 5 hari camtu balik Perlis pulak ;-)  doakan ayu selamat balik ke kampung ya ;-)

korang cuti lama tak?

Sunday, 4 August 2013

Makanan feveret Ramadhan kali ini








Alhamdulillah 26 Ramadhan 2013 dah kita.cepatnyaaa pejam celik dah di penghujung Ramadhan.moga ibadah dan amalan kita sepanjang bulan yang mulia ini di terima Allah SWT.

time bulan puasa ni selalu nya tak da sangat yang ayu mengidam.macam ayam percik ke atau apa2 yang susah nak jumpa bulan lain kan.janji buka puasa ada nasi dan lauk cukup untuk ayu.kuih2 tak ada pun tak pa.hehe

tapi yang kerap beli tahun Nasi Ayam Berempah.rasanya 3-4 kali jugak beli.sebab tak tau nak makan apa.yang lain tu pergi kedai pesan ayam paprik,ayam goreng kunyit,telur bungkus,sambal udang.itu jelah kot yang selalu rotate makan bulan puasa ni.hehe

tapi ada 1 menu yang first time ayu cuba.tak sangka pulak sedap.dapat jugak lah beli 2x bulan puasa ni
 tauhu bakar

first time try memang nak lagi.hehe..dekat serdang ni RM3.00 ja.banyak pulak tu.kiranya makan ni tanpa nasi pun dah kenyang ;-)

apa pulak menu ramdhan korang?

Saturday, 3 August 2013

2 BE baru




 

 Salam 25 ramadhan..alhamdulillah dapat 2 BE baru lagi..dulu nak dapat 1 pun susah..mungkin angin baik kot Nuffnang rajin bagi pulak.haha..


kalau air ni memang suka beli dan minum korang?

Twisties Traxxobeats..

haahh??apa ni..yang ni memang tak tau..kalau keropol twisties tu taulah memang sedap di makan.hihi


Friday, 2 August 2013

Bercuti di Hatyai 2hari 1malam






Salam 24 Ramadhan..Alhamdulillah hari tu masa balik kampung sempat lah pergi bercuti dengan family walaupun sekejap ja terasa masa penuh dengan family.hehe..

Jumaat petang bertolak ke Hatyai,balik petang Sabtu..hatyai dari rumah ayu dalam 1 jam ja.so pergi dengan kereta pun boleh.tujuan pergi se saja ja nak pergi night market dekat sana..memang murah..sempatlah rembat baju dengan kasut.

 ni lah suasana night market Hatyai

 future model ni..hehe


 ni lagi sorang,bab berlakon no 1.hehe
yang belakang tu tak berlakon eh.hehe

 tengok tu,geram budak ni,ada ja style dia.hehe

bab hotel dekat sana memang murah ada tv,peti ais,katil double n single,balkoni lagi baru RM80 untuk 1 malam..

Thursday, 1 August 2013

Iftar di Office



Salam khamis semua...Alhamdulillah 23 ramadhan dah hari ni..cepat kan masa berlalu..kejap ja rasa..semalam kena pergi seminar dekat Carey island.hari ni sambunglah kerja yang makin bertambah dekat ofis.huhu..terasa macam terabai dah blog dan BW sekarang.huhu..inshaallah nanti senang2 ayu ke rumah korang erk ;-)

Alhamdulillah hari ni jimat duit dapat makan free lagi..iftar dekat ofis harini..kalau nak ikutkan memang ramai chinese,tapi ramai2 tunggu untuk berbuka sama.sebab jarang pakai baju kurung keciwi sikit pakai hari ni.hehe

posa2 pun pipi tu tak posa..nak kembong jugak.hihi

nampak tak?pinky harini.hehe..tertiba rasa eh napa nampak demokkk erk sedangkan makan kontrol dah ni..berat pun turunlah sikit dalam 2kg.tapi nampak demokk pulak..hehe..perasan turun berat ja ni..


kataAyu:jom2 sambung kerja kejap ;-)