Anda dilanda ujian hidup yang menekan jiwa? Anda tertekan emosi dek keperitan yang menimpa? Anda resah dan gelisah kerana cabaran yang melanda?
Bacalah kata-kata semangat ini wahai sahabat. Semoga dirimu tenang dan tabah sentiasa. Aamiiinn insyaAllah.
Sahabat,
- Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
- Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
- Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
- Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
- Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.
Sahabat,
- Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
- Kerana apa…?
- Kerana harapan adalah masa hadapan…Kerana harapan adalah sumber kekuatan.
- Kerana apa…?
- Kerana doa adalah pintu kebaikan…Dan kerana doa adalah senjata orang beriman.
Sahabat,
- Tenang-tenangkanlah dirimu.
- Belajar-belajarlah pasrah dan redho atas segala ketentuanNya.
- Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
- Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.
- Sabarlah dengan ujian hidupmu.
- Kerana akhirat itu yang lebih utama.
Artikel ini dari : pakarhorto
7 comments:
apa yang allah rancangkan untuk kita adalah yang terbaik.. :)
yup betul tu aisyah..;-)
kita xkan pernah dapat lari dari dugaan :(
hanya dengan Allah kita dapat ketabahan dan ketenangan tu..
Kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah x akan menguji hambaNya jika x mampu hambaNya hadapi~~yakini semua yang terjadi...pasti punya hikmah yang tersendiri
Fatin : aha betul tu fatin..yang penting kita kena kuat dan tabah...;-)
mawarqaseh ; yup setiap dugaan yg datang pasti ada hikmah kdg2 hikmah itu lbh indah dari derita yg kita alami..;-)
ini sangat nice..:')
perkongsian bersama..;-)
Post a Comment