Wednesday, 15 February 2012

Kata-kata semangat disaat ujian datang melanda




Anda dilanda ujian hidup yang menekan jiwa? Anda tertekan emosi dek keperitan yang menimpa? Anda resah dan gelisah kerana cabaran yang melanda?
Bacalah kata-kata semangat ini wahai sahabat. Semoga dirimu tenang dan tabah sentiasa. Aamiiinn insyaAllah. ;)
Sahabat,
  • Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
  • Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
  • Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
  • Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
  • Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

Sahabat,

  • Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
  • Kerana apa…?
  • Kerana harapan adalah masa hadapan…Kerana harapan adalah sumber kekuatan.
  • Kerana apa…?
  • Kerana doa adalah pintu kebaikan…Dan kerana doa adalah senjata orang beriman.

Sahabat,

  • Tenang-tenangkanlah dirimu.
  • Belajar-belajarlah pasrah dan redho atas segala ketentuanNya.
  • Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
  • Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.
  • Sabarlah dengan ujian hidupmu.
  • Kerana akhirat itu yang lebih utama.


p/s : tersentuh hati baca artikel ini keran kita sebagai manusia tak pernah lari dari dugaan hidup..

Artikel ini dari : pakarhorto

7 comments:

Unknown said...

apa yang allah rancangkan untuk kita adalah yang terbaik.. :)

are_lin@yu said...

yup betul tu aisyah..;-)

Noor Fatin said...

kita xkan pernah dapat lari dari dugaan :(

hanya dengan Allah kita dapat ketabahan dan ketenangan tu..

M@W@R Q@SeH said...

Kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah x akan menguji hambaNya jika x mampu hambaNya hadapi~~yakini semua yang terjadi...pasti punya hikmah yang tersendiri

are_lin@yu said...

Fatin : aha betul tu fatin..yang penting kita kena kuat dan tabah...;-)

mawarqaseh ; yup setiap dugaan yg datang pasti ada hikmah kdg2 hikmah itu lbh indah dari derita yg kita alami..;-)

Zehan Ilyana said...

ini sangat nice..:')

are_lin@yu said...

perkongsian bersama..;-)