Friday, 3 February 2012

Maulidur Rasul 1433 (5 Februari 2012)




Pengumuman!!!!Isnin ni cuti...tapi sebabapa erk??Maulidur Rasul jatuh hari Ahad so replacement hari Isnin..Selasa pulak cuti Hari Thaipusam...dapat lagi cuti..hehe...tapi hari ini nak bagi info pasal Rasul junjungan kita..Nabi Muhammad S.A.W...so aku kongsi sikit info kat sini...

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 
12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. 
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w
dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. 
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, 
kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, 
sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. 
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat
sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan,
sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.
Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang 
dan hatinya hanya mengadu kepada Allah
dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Amin...


1 comment:

Noor Fatin said...

salam ayu.. terima kasih sudi komen blog saya.. :)

xpela ayu. saya redha dengan apa yang Allah bagi. ni semua dugaan. xkan la saya nak merayu pada yang tak sudi kan? saya doakan dia bahagia dengan jodoh dia. amin.. :)

kita masih kawan kan ayu? :)

doakan saya. insyallah. saya dah ok sikit skrg. hehe

saya dah tukar url blog..

http://anakmama89.blogspot.com/

terima kasih banyak2 ayu.. jaga diri baik2 k :)