Tuesday 21 February 2012

Genap 3 tahun...

Esok....22.2.2009-22.2.2012…genap 3 tahun kau pergi meninggalkan kami..sesungguhnya alam kita kini berbeza..damai lah kau di sana wahai sahabat..kenangan bersama ketika kita sama-sama belajar dulu tak pernah kulupakan..masih segar dalam ingatanku pagi itu kami menerima satu berita yang sangat mengejutkan ketika jasadmu telah pun terpisah dari rohmu di dunia ini..sesungguhnya kau lah sahabat kami,gelak tawa,usikan mu tak mungkin kami lupakan.kini apa yang mampu kami lakukan hanya kiriman doa buatmu disana..damai lah kau disana..moga diletakkan bersama-sama orang yang beriman dan diredhai Allah S.W.T..ini adalah keratin akhbar kemalangan yang berlaku yang menyebabkan 2 sahabatku terkorban,seorang lagi patah kedua-dua kaki dan seorang lagi cedera di tangan.


Banyak yang salah faham tentang kemalangan yang berlaku ini..memang dalam kemalangan ni ada 2 orang perempuan dan 2 orang lelaki.tapi mereka bukan ‘couple’ yang disangkakan banyak pihak. 3 orang dari mereka jurusan Diploma Perladangan,dan sorang dari student Geomatik.Arwah Met(Azmir Syazwan) tidak pernah pun mengenali Arwah Fiza(Norhafiza) semasa mereka masih hidup.tapi ditakdirkan Tuhan mereka ‘pergi’ bersama-sama.Aku harap mana yang tahu cerita ini dapat tahu cerita yang sebenarnya.masa kejadian banyak cerita kurang enak yang aku dengar.tapi hanya kami kawan yang rapat sahaja tahu apa yang jadi.Arwah Fiza hanya tumpang kawan2 aku yang lain disebabkan Syaza hanya seorang perempuan ketika itu dan arwah juga ingin singgah di rumahnya sebentar unntuk jumpak eluarganya.inilah dikatakan takdir namanya,arwah pergi setelah sempat berjumpa ibu dan bapanya.

 
Dua penuntut UiTM terbunuh kereta terbenam dalam terusan
KANGAR 22 Feb. - Dua maut manakala dua cedera apabila kereta yang mereka naiki terbenam dalam Terusan Arau, di Kampung Belat Batu, Tambun Tulang, di sini hari ini.
Sebelum terbenam, kereta penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis itu terbabas lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan sebelum kenderaan berkenaan terjunam ke dalam air.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi tadi itu, mereka yang maut ialah Azmir Syazwan Suhaimi, 21, dan Norhafiza Zafarullah, 20, mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan lemas.
Mayat mereka dikeluarkan dari terusan tersebut oleh skuad skuba pasukan Bomba dan Penyelamat Kangar kira-kira pukul 8.20 pagi.
Mayat Azmir Syazwan ditemui di dasar terusan berkenaan, iaitu beberapa meter dari kereta yang dipandunya.
Mayat Norhafiza pula iaitu anak kepada seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang, ditemui di tempat duduk belakang kereta yang nahas itu.
Dua lagi penuntut UiTM yang cedera ialah Mohamad Faiq Roslan, 20, dan Norshazarwani Ainie Ahmad, 20.
Mohamad Faiq patah tangan kanan dan luka di muka, manakala Norshazarwani Ainie dari Kampung Datuk Kumbar, Alor Setar patah kedua-dua kaki.
Penuntut yang cedera itu kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
Kedua-dua penuntut yang cedera itu diselamatkan oleh penduduk kampung ketika mangsa cuba berenang ke tepi tetapi gagal kerana kecederaan yang dialami.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah yang ditemui di HTF mengesahkan mengenai kejadian itu.
Beliau tidak menolak kemungkinan punca kemalangan disebabkan oleh pemandu mengantuk ketika mereka dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke UiTM Arau.
Norhafiza adalah penuntut Diploma Sains Geomatik manakala tiga rakannya mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Ladang.
Mayat Allahyarham Norhafiza dan Allahyarham Azmir Syazwan telah dituntut oleh keluarganya hari ini untuk urusan pengkebumian.
Azmir Syazwan berasal dari Kampung Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah manakala Norhafiza dari Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.
Sementara itu, suasana sedih menyelubungi persekitaran bilik mayat HTF, terutama apabila keluarga dan rakan-rakan mangsa melihat kedua-dua mayat berkenaan.
Ibu dan bapa Norhafiza, Hariah Ismail, 43, dan Zafarullah Mat, 43, menerima takdir yang menimpa anaknya itu dengan penuh tabah.
Hariah menyatakan, beliau mendapati ada sedikit perubahan terhadap tingkah laku anaknya itu, terutama apabila Norhafiza menjadi pendiam ketika pulang ke rumah kelmarin.
Dua pelajar UiTM maut kereta jatuh terusan
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my
ANGGOTA polis memeriksa kereta yang meragut dua nyawa pelajar UiTM di Arau, Perlis semalam.



KANGAR – “Norhafiza ada beritahu jiran kononnya mahu pergi ke satu tempat jauh, namun tidak dinyatakan tempat itu.”
Demikian kata ibu
Norhafiza Zafarullah, 20, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau yang maut bersama seorang lagi rakannya manakala dua lagi cedera parah setelah kereta yang dinaiki terhumban ke dalam Terusan Arau di Kampung Belat Batu, Tambun Tulang di sini.



Ibu mangsa, Hariah Ismail, 43, berkata, ada sedikit perubahan terhadap anaknya itu terutama apabila Norhafiza menjadi pendiam ketika pulang ke rumah Jumaat lalu.
“Saya terima takdir ini (kematian Norhafiza) dan tabah untuk menghadapinya,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Turut terbunuh dalam kemalangan pukul 7.50 pagi itu ialah pemandu kereta Proton Wira, Azmir Syazwan Suhaimi, 21, manakala dua rakan mereka iaitu Mohamad Faiq Roslan, 20, dan Norshazarwani Ainie Ahmad, 20, cedera parah

 
p/s : damailah engkau disana wahai sahabat,sesungguhnya kami yang masih bernyawa ini pun akan menyusuli.Al Fatihah…Bila tiba saatnya,Allah tak akan melambatkan atau mempercepatkan walaupu sesaat jika tiba masa kita..

4 comments:

Unknown said...

Al-Fatihah...baru td kat fb deqla tgk page psl arwah...owh...rupanya meninggal sbb esiden...moga ditmptkan arwah di kalangan org2 yg beriman! hurm, kwn ayu ke??

are_lin@yu said...

aha kawan deqla..mmg rapat dngan dorang..huhu

Noor Fatin said...

my ex.. hurm.. dah 3 tahun kenangan tu..

al-fatihah kepada arwah met dan arwah hafiza. semoga rohnya dicucuri rahmat..

dah 3 tahun kan ayu.. rasa sekejap sgt..

are_lin@yu said...

tu la fatin..rasa kejap ja masa berlaku..tak pe fatin yang lepas biarkan lepas..;-)