Alhamdulillah
pertemuan pertama GSF akhirnya berjaya juga walaupun tak semua yang dapat
hadir,8 orang ahli yang pergi tetap meriah menggamatkan
suasana..29/12/12(Sabtu) menjadi sejarah apabila pertama kali bertemu di alam
nyata buat kami.
Sebelum
bertolak Sabtu pagi tu,ayu menunggu Deqla dan K.yue di TBS,Bandar Tasik Selatan
sebab dah janji bertolak sekali dan berjumpa Dya sekali sebab Dya nak ambil
baju GSF dekat Deqla..sedih Dya tak dapat join sebab ada hal..tak apa lah lain
kali ada rezeki kita buat lagi eh..hehe
ni bukti kami jumpa haritu..hehe
Akhirnya
kami naik bas ke Melaka pukul 10 pagi dan sampai pukul 12 tengah hari.Sampai ja
terus makan dulu dekat Melaka Sentral sambil tunggu Mama Arina nak datang ambil
kitaorang.Lepas makan ja kami terus cari Mama sebab dia cakap dah sampai..dekat
1 terminal tu jugak kami tawaf sebab tak jumpa kereta Mama..haha..dan akhirnya
jumpa jugak Mama..mula2 segan jugak first time nak jumpa kan..hihi..nak naik
kereta pun lawan bertolak tak nak naik dulu..haha
Lepastu kami pun bertolak ke Kak Long Chalet..geng utara dah
sampai semalam lagi..Kak M, Ai dan Nur..dan akhirnya kami berjumpa dalam
keadaan yang tidak di sangka2..tak apalah kan benda nak jadi bukan kita boleh
elak..Kun Fa Ya Kun..maka jadilah ia..alhamdulillah semuanya dlaam keadaan
tenang dan tiada apa yang berlaku.Kami pun bertolak ke Kak Long Chalet.
Sampai saja Kak Long Chalet dalam pukul 4 lebih tak salah
terus siap dan bermula lah game kami..hehe..entri Ayu tak banyak bukti gambar,
yang banyak tangkap pun Hubby Mama dan K.Yue..nanti bila GSF yang pergi up
entri ayu bagi link dorang eh.hehe
ini group A(Mama,Deqla,K.Yue,Niza{adik sepupu mama},Ai)
Group B (K.Lela,Siti{adik mama},K.M,Nur,Ayu)
Ini adalah game yang pertama..tapi tak ingat nama pa..haha
kena kepit belon dan passing dekat ahli kumpulan
Ini game kedua tak salah cari gula2 dalam tepung
game ketiga tunggu ahli lain update eh..gambar tak da..hehe
haha..gambar ni paling comel...masing2 gelak tengok muka kawan2..hihi
ini game terahir yang sempat kami main..hehe
makan tembikai dan roti,grup yang habis dulu dikira menang.hehe
tak tahan tengok muka Ai n K.yu..haha
Mama control ayu..haha
K.lela yang sopan santun..hihi
nampak betapa besar buah yang kena makan..
cepat K.M..haha
tembikai lebih besar dari Deqla..hihi
inilah hasilnya..grup yang memang ofkos B!..cayalah..hihi
Hampir Magrib jugak kami bermain dan sebelah malam nya ada
sesi BBQ,Karaoke dan penyampaian hadiah.selepas settle semua,kami berborak
ramai2 dekat bilik geng Utara sampai dekat pukul 3 pagi!hebat bercerita sampai
tak ingat nak tidur..haha.memang best sangat happening ja dapat jumpa semua..
Sesi karok...suara Nur mantap!hihi
Deqla ambil feel..hihi..suara deqla dah tahu memag sedap di makan..hihi
mama yang menjadi juri sedap ja makan..haha
mama buat surprise birthday hubbynya,sweet sangat..hehe
ini sesi penyampaian hadiah...
terima kasih buat Dya kirim keychain,
K.waniey juga kirim hadiah..dan buat hubby mama sponsor hamper..
Sesi tukar hadiah..hehe...
tunggu dorang update entry masing2 eh sapa dapat hdiah sapa..
yang pasti Ayu dapat hadiah dari Nur!
tq sangat Nur,suka rama2 tu;-)
Pagi Ahad kami just berkumpul sembang2,tangkap gambar dan
bersurai dekat pukul 11 jugak..sebak sangat waktu semua pakat nangis,nasib
boleh steady lagi tau kalau tak berguguran teresak-esak nangis..hehe..tapi
serius best sangat dan rasa macam dah kenal lama macam2 kami kongsi walaupun
sekejap..nanti kita buat lagi eh?hehe
peace...rindu saat ini ;-(
ni sebelum sesi sebak,happy la lagi..hehe
Untuk GSF yang pergi cepat up entri eh..
sebab anda semua
banyak gambarkan.,
so up cepat2 eh
Ok next entri ayu review
pasal 7 blogger sporting+segar
yang ayu jumpa ni beserta gambar eh?.hehe..stay tuned!hehe