Thursday, 31 October 2013

Rindu sama ini budak lorh..






Salam semua

tahun ni dah tak banyak cuti dah tak boleh balik kampung sangat.huhu.duduk jauh2 ni memang perasaan rindu tu sangat menebal.tambah2 bila ada adik yang masih kecil.hehe.

adik ayu yang sorang ni memang manja sikit.maklumlah anak bongsu.kalau lama tak balik mesti tanya. 'bila kakak nak balik'..tapi bila balik mak aii nak gaduh ja kerja nya siap suruh balik sini cepat2.haha..geram pulak.

paling pandai kalau bab membodek.kalau balik memang banyak habis duit kat dia saja..ada saja dia nak.baru2 ni,ayu baru ja balik serdang.dah call terus cakap 'kakak nanti balik sini beli gitau tau,gitar kecik macam Tegar tu,aris nak main'..see budak2 sekarang cepat betul terpengaruh.aduyai pokai kakak dia macam ni.hehe



inlah budak banyak songeh tu..macam2 perangai dia.dia lah madu dialah racun.hehe..penghibur mama abah bila yang lain dah besar.dia ja ada dekat rumah.mengikut ja kerja nya. mama abah pun di ajak nya tengok wayang la,main bowling lah.haish banyak sungguh akal dia.

#bila si kakak rindu adik ;-p..inshaallah esok nak balik perlis,5/11/13 balik sini.yayy...

Wednesday, 30 October 2013

Love You Mr Arrogant






Salam Semua...

wordless kita ganti dengan wordmore  pasal Mr Arrogant boleh?hehe..


sapa suka tengok drama melayu?kalau ada sama lah kita.cuma slot cerekarama kurang layan sikit.ada ja kerja time tu ;-)..

yang terbaru trending cerita Love You Mr Arrogant.first episod ayu tengok dah rasa tertawan sedangkan tak kenal sangat pun pelakon dia.rupanya dah lama berlakon zara zya tu ye..okla memang pandai dia bawa watak.

ada jugak lah termiss cerita ni.yelah tayang time magrib memang tak dalah dapat tengok sepenuhnya kan.so apa lagi pergi lah cari novel ni.obses gila minah ni kan! ;-P..

dapatlah ayu baca malam2 tak da buat apa kan.2 malam ja pun baca,rumate cakap rugi ja beli baik sewa ja 2 hari.haha.boleh ke gitu?novel dia tak tebal sangat so cepat lah baca.ending dia memang best!tak macam Cinta jannah sebelum ni.

sapa yang suka baca novel mesti dah tau kan.hehe.minggu depan dah nak habis dah cita ni,kalau ending sama macam novel memang puas hati.dan ada sebab mengapa si Irham tu arrogant sangat.geram ja tengok macam nak ja cubit2. ;-P


#kalau ayu tak nak lah yang arrogant sangat,sakit jiwa nak melayan kan ;-)

Tuesday, 29 October 2013

Jadual update dan blogwalking kini berubah!






Salam semua..

alhamdulillah walaupun sibuk sekarang masih ada ruang untuk mengupdate dan blogwalking.tapi tidaklah rancak seperti dulu..uarrghhh..makin hari cabaran hidup makin tinggi.jadi jadual hidup pun berubah

kalau dulu tiap2 hari pasti ada update dan tiap2 hari jugak pasti blogwalking..kini update pun jarang2..blogwalking apa ntah lagi kan.cuma 1 janji ayu lambat mana pun pasti diterjah!nampak tu 'ada tegas di situ ;-p.'

sekarang memang tak dapat update hari2..tapi inshaallah setiap kali ada kelapangan untuk update disertai sekali dengan blogwalking.jangan merajuk eh?hehe..mula ingat nak stop dari dunia blog ni..tapi pikir2 balik rasa sayang sangat.ni tahun kedua ayu berblog,start dari mula kerja ayu berblog.inshaallah kalau berhenti kerja pun blog tak nak benti..'eh ada niat tu.kih3'..tengah berusaha jugak lah nak capai cita2 jadi housewife sambil2 buat part time,jaga anak..cukup2..itu dah melalut panjang..bab tu bila dah jadi baru kita cerita lain kan.hehe

#terjah menerjah jom!

Monday, 28 October 2013

Tom Yam Goong 2






Salam semua...

happy monday blues..hehe..semalam sempat tengok 1 filem aksi thailand.memang ayu minat sangat dengan hero dia Tony Jaa..setiap kali dia berlakon memang tak mengecewakan.dulu selalu ikut cerita ongbak.the latest dari pelakon aksi ni tom yam goong 2 ..

memang tak mengewakan kawan dia yang polis tu tetap ada memang ada selingan lawak macam biasa.dan mereka masih mengekalkan konsep gajah sebagai trademark filem ni..


sesiapa yang minat filem aksi macam ayu memang patut tengok.bagi ayu best!hehe..kadang tu tengok macam KL gangster pun ada sebab banyak aksi kan.best2..hehe

kisahnya lebih kurang sama jugak dengan ongbak, kisah gajah yang di curi,dan Kham(tony jaa) menuntut bela atas kehilangan gajah nya.banyak peristiwa yang Kham kena tempuh di saat semua orang memburunya termasuk jugak polis.kenapa dan mengapa?yang berminat boleh pergi tengok.kalau cerita semua tak best kan.hehe

bagi ayu bab aksi memang tip top,memang pandai dia berlawan.dan cerita ni pun ada lawak jugak.yang penting hero dia best.hehe..tak kacak tapi apa eh.tak tau nak describe.haha

Saturday, 26 October 2013

BE from Nuffnang





Salam semua..

Alhamdulillah walaupun agak terabai sikit blog ni..BE menyinggah jugak.hehe


5 Be tengah running..melekat lama2 sikit eh.hehe..teringin nak cashout tapi tunggu lagi lah.nanti habis jugak duit tu.hehe..sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan.kita menabung dulu eh ;-)

Ford MCA launch tu tak salah untuk ford fiesta yang baru tu..memang salah satu idaman ayu..smart,sporty memang mengancam lah.hehe..tapi bagi ayu ford lama ok lagi..tak mampu nak beli mahal sangat mengidam pun jadi lah.hehe

Wednesday, 23 October 2013

WW: INSTAGRAM






salam semua..


rasa jarang dapat berWORDless ni..hehe..so ada lapang sikit kasi up entry WW ;-)..sesiapa ada instagram tinggal ID boleh?boleh kita follo mollo kan.hehe

ni Instagram ayu:


tinggal kan link nanti ayu follow ;-)


dekat ofis instagram ja yang tak kena block,yang lain out.hehe

Monday, 21 October 2013

Hidup bagaikan PELANGI



Salam semua...



indah warna pelangi,macam2 warna ada.dan di sebalik warna itu boleh menjadi warna yang lain..hidup kita juga bagai kan pelangi ber macam warna silih berganti.ada yang suram ada yang ceria..macam2 rasa ada ..

biar hujan di dalam hati pasti ada pelangi yang menanti

tiada kemanisan tanpa kepahitan..setiap yang menanti perlukan pengorbanan.Tuhan hadirkan Pelangi yang indah selepas hujan untuk kita merasa kedamaiannya ;-)..masanya pasti tiba bila sang hujan berlalu..

 #randomspeech #katahatiayu

Friday, 18 October 2013

Tiada galang ganti..






Salam semua..

Alhamdulillah kembali bekerja semalam..Alhamdulillah masih di beri nyawa hari ni.Alhamdulillah dapat berblog lagi walaupun masa sangat cemburu ;-)

Hati ni cepat sangat tersentuh kalau berbicara tentang permata hati ayah dan ibu..walau hanya baca luahan hati ayah orang lain pun mata dah ber kaca. tersentuh sangat.itula orang kata kan hubungan ayah ibu dan anak takkan terpisah.

kadang tengok anak yang merajuk lama2 dengan mak ayah tak faham sangat mungkin terluka sangat kot.tapi kalau ayu sejam pun tak keruan duduk.mesti call buat macam tak merajuk balik.hehe..kadang sampai adik yang kecik tu cakap 'eh budak merajuk dah baik eh' haha..bikin malu ja..

seburuk mana pun mak ayah kita mereka tetap satu2 nya harta yang tak ternilai dalam dunia ni.abah tak selalu nak luahkan isi hati nya.tapi dari raut wajah dari bait2 ayat ayu tau dia risau anak perempuan yang sorang ni.apa pun yang terjadi tak kira apa pun,abah mama keutamaan ayu.ayu sanggup hilang semua tapi kecuali mama abah.

dan sekarang ayu faham kenapa belum sampai jodoh ayu.sebab kasih sayang ayu tak mampu lagi nak berkongsi dengan orang lain.hehe..ye lah kalau kita kahwin macam mana kita sayang mak ayah kita macam tu kita kena bahagi kasih belah suami kita kan.tak pa lah buat masa ni nak jadi anak kecik mama abah lagi.hehe..MamaAbah's Little Girl Always..;-)


Luahanhatianak..baru berpisah dah rindu balik;-(

Thursday, 10 October 2013

Cuti Raya 11-16 Oktober 2013






lama rasa tak balik kampung..last balik pun raya aritu..so maknanya dah dekat 2 bulan tak balik ni...tapi cuti pulak makin sikit tak boleh nak cuit lama2.. maka nya hari Rabu raya kedua dah terpaksa balik sini..sedihnya..sobs sobs..huhu..

bestnya kalau kerja dekat rumah kan..dekat ja dengan family..nasib perantau kena terima lah kan.hehe..ada hikmahnya..rindu tu lagi menebal rasa..pastu kalau balik pulak gitau ja nak makan apa pasti mama masak.hehe..

so blog pun terpaksa bercuti lah ni..selamat bercuti semua..Selamat Hari Raya Aidiladha..moga mendapat keberkatanNya..amin ;-)

Hati2 yang balik kampung jauh atau dekat ;-)..Salam Aidiladha..

Wednesday, 9 October 2013

WW: Jalan2 cari PASAL





 #GentingHighland#

lama tak ber 'wordless' kan?hehe..akhirnya disini!!!lama tau tak gi,ingat masa kecik2 dulu ja..umur 24 tahun baru jejak balik..jejak kasih lah konon ;-P..yang best sejuk nyaman tenang..ok tak nak tulis panjang tak wordless dah jadinya..hehe..sambung kerja pulak,inshaallah cuba bw petang ni ;-)

Thursday, 3 October 2013

akhirnya panjat jugak Broga Hills!






Salam semua..

Ahad lepas sempat buat 1 aktiviti yang mencabar lah bagi ayu sebab dah lama tinggal bab2 aktiviti sihatkan badan ni..risau jugak takut pancit tapi alhamdulillah selamat sampai ke puncak

kalau bagi peluang pergi lagi memang nak pergi lagi,best sangat!bertolak pergi Broga dalam pukul 4,tunggu semua yang nak naik sekali dalam pukul 6 pagi baru boleh naik..memang ramai gila orang panjat.aktif eh orang bandar ni.hehe

nyaman ja rasa kat sana memang best .ada sapa nak pergi tak.jom!

masa nak naik pun jenuh Q jugak sebab ramai yang nak naik..ok jugak ada jugak lah tempat2 yang curam masa nak naik gelap lagi tak nampak sangat.bila nak turun baru rasa curamnya,macam tak caya pulak panjat sini.hehe

 akhirnya sampai sini!

gaya gadis sopan sikit.hehe

memang 1 pengalaman yang best dapat naik sini..best pulak.takut jugak pancit,alhamdulillah nasib ok naik sana.kalau ada yang pergi jom!hehe

Tuesday, 1 October 2013

E-Quran terbaik!






Salam semua..

Alhamdulillah baru sempat nak menjenguk blog kesayangan hamba ni..buzy kalah menteri.hehe..

minggu lepas ayu ada order e-quran ni..yang elektronik guna pen tu.hajat di hati nak hadiah kan untuk mama dan abah ayu.

so balik raya haji nanti boleh lah bagi..in advance birthday tahun depan terus lah.senang kira gitu.hehe...


inilah set nya..memang letak ja pen tu,untuk pilihan bahasa dan terjemahan semua ada.kira mudah sangat.apa yang kita baca pun boleh record.sangat mudah sekarang kan.set ni termasuk buku doa harian,haji,kamus bahasa,tasbih digital.

harga pun berpatutan sebelum ni ayu ada jugak survey tapi dalam RM250-RM300.alhamdulillah ayu beli ni dapat RM190.

kalau ada yang berminat boleh contact en Ridzuan (0122556765).orangnya pun sangat baik senang nak berurusan.dalam sehari barang dah dapat.service memang terbaik.hehe


p/s:slow2 terjah ;-)