Thursday, 26 September 2013

nikmat syukur



salam semua...

kadang kita susah nak hargai atau terima yang ada di depan mata kita..mesti nampak yang ada pada orang kan?bukan nak cakap sesiapa kadang diri ni pun macam tu jugak.sedangkan nikmat depat mata terlalu banyak kalau nak hitung.

terasa frust atau down bila tak dapat yang kita nak,tambah pulak ada orang yang dapat yang kita hajatkan. benda tu semua normal.tapi jadikan tu sebagai pembakar semangat kita bukan untuk jatuhkan semangat kita.selagi orang mampu buat kita juga mampu.perubahan terletak di tangan kita kan.usaha dan doa.

jangan selalu mendongak yang di atas,ada ketika kita terpaksa tunduk ke bawah.lihat orang yang kurang dari kita.di situ datangnya syukur,kehidupan kita lebih baik,walau sederhana namun semuanya cukup.belum pernah lagi seharian kita kebuluran,alhamdulillah doakan kehidupan kita lebih baik dan hati tenang..

kadang motivasi tu perlu untuk perbetulkan semangat dan bersihkan hati..berbaik sangka itu perlu ;-)

p/s : #notetoself #friends ;-) #random #speech

Wednesday, 25 September 2013

Candy Crush






salam semua...

3-4 bulan lepas asyik dengar ja pasal orang sebut game Candy Crush ni.. mula2 malas nak main sebab takut addicted..hehe..tibalah sampai 1 hari terdownload benda alah ni..cewaahh boleh pulak 'ter' kan.hehe..memang tak dapat di nafikan boleh addicted semua ni..asyik2 tunggu life penuh main sampai kadang tak da kerja nak buat dekat rumah buka game ni..haishh laqha betul..cuma sekarang ni ja slow down sikit..bila dah rasa jemu..haha..nasib ada jugak perasaan tu kalau tidak tak tau apa nak jadi

memang dah agak dulu nasib tak download awal2 tidak lagi parah masalah ni.hehe..benda baru biasalah mula2 ja eksaited lama2 dah naik boring pulak.ada yang main tak?dah level berapa? ;-)



p/s:yang baik jadi tauladan.tak baik tu tinggal-tinggalkan.hehe

Tuesday, 24 September 2013

Rindu....






Salam semua...

pantas masa berlalu dah nak sampai penghujung september dah kan.huhu.. banyak rindu lah bulan ni..rindu nak blogwalking rindu nak balik kampung ..dah tak dapat buat macam biasa dah..busy duniawi ni..hehe..inshaaallah lambat pun pasti ayu singgah ya..bulan kita raya lagi tak sabar nak balik kampung hoyyeahh...

minggu lepas sempat buat fruit tart..nasib menjadi jugak..tapi yang pelik bila sendiri buat tak suka makan..habis bagi dekat member2..sekarang zaman dah mudah kulit tart pun dah da jual so buat filing dia saja lah..


ok tak?hehe..comot2 sikit tart ni main hentam ja buat..cuma rasa kastard tu kurang..kalau lebih lagi baru ayu suka.hihi..

bulan ni alhamdulillah dah dapat bonus untuk 2013..walaupun tak banyak boleh lah buat simpan kahwin dengan beli barang sikit..opsss bukan nak kahwin dah tau..simpan siap2 kot2 jodoh awal tak lah kalut sangat..haha..doa2 kan ya ;-)

oklah mau sambung kerja pulak..nanti free kita terjah ;-)

p/s:jaga2 ada yang memerhati..kih3..


 


Wednesday, 18 September 2013

Lama dah tak pergi sini






Salam Semua...

alhamdulillah selesai buat kerja dan lunch tadi..masa nak berceloteh pulak.hehe
sebenarnya kan lama dah ayu rasa tak pergi 1 tempat ni..kalau dulu selalu pergi ramai2 dengan saudara mara semua.sebab semuanya jenis suka berkelah.tapi sejak2 kerja ni,balik kampung pun selalu ada ja aktiviti lain so aktiviti yang 1 ni lama dah tak buat..


best nya air biru tapi ada ke kat sini?hehe..ni lah yang suka dulu mandi sungai @ air terjun..terbayang air yang sejuk,bunyi air pastu hijau daun semua lah..best nyaaaa...bila lah nak pergi mandi air terjun lagi.hehe..hujung minggu ni boleh?hehe..ada jugak plan minggu lepas tapi tak jadi pulak.ada yang nak join?jom..hehe

 

Tuesday, 17 September 2013

Jalan2 Melaka with Twin



Salam Semua..sempena cuti hari tu tak tau nak buat apa.so ikut Bff a.k.a twin lah ke Pantai Klebang.nak hilangkan stress katanya..hehe..so girls day out lah hari tu ;-)..mulanya juz nak pergi situ tapi tak berapa nak best sangat dekat situ kitaorang pun jalan2 lah dekat Melaka.

dari study U dulu ada ja yang cakap muka kami ni sama..sama tapi tak serupa kot.haha..sampai pakcik bas Uitm dulu cakap kami ni kembar.hehe

ada sama tak?hehe

dekat Melaka tak habis semua tempat kami jalan,dekat Pantai Klebang ada muzium kapal selam.sempat jugak masuk.pastu jalan2 sekitar bandar hilir..


 abaikan model tu ya.hehe..kapal selam tu first time ayu masuk dekat ja dengan pantai Klebang yang femes dengan coconut shake tapi tak sempat singgah tengok orang beratur pun dah panjang gila.huhu
gadis dan batu ;-)
 ayu dan ain ;-)
dalam kapal samudera..kali kedua masuk sini.A famosa tak sempat nak pergi..nak kena pergi lagi ni,banyak tempat tak pergi lagi.hehe..banyak kenangan dekat Melaka ni,first gathering GSF pun dekat sini..next dekat mana pulak ya?hehe

Melaka memang best kalau nak pergi jalan2 banyak tempat menarik.kalau tangkap gambar wedding dekat sini mesti best kan..banyak tempat cantik2 ;-)



Friday, 13 September 2013

KL Gangster 2






Salam Jumaat semua..

seronok hujung minggu ni dapat cuti lebih..sapa tak suka cuti kan?plan nak balik tapi tak jadi pulak.so duduk rumah jelah..

dari sebelum filem ni keluar lagi memang plan nak pergi tengok.siap pesan dekat en anip ajak dia pergi.haha..terkejut jugak sebab dah bocor kan sekarang.ada yang dah tengok ka?hehe..ayu tak dapat tengok lagi.fikir jugak kalau tengok confirm tak suspen dah nak pergi tengok nanti.

ada yang cerita memang best gila.maknanya memang berkualiti lah filem yang di buat syamsul tu kan.bab negatif tu no komen eh.sebab tak tengok lagi.yang dengar cakap2 tu ntahlah.biasa lah mulut orang kan.tapi bagi ayu filem yang dia buat semua best setakat ni dan antara hasil yang di tunggu2.dan 1 lagi karya yang ayu suka dari Yusry KRU.walaupun orang cakap tak best.contoh cita Merongmahawangsa dan Karak antara yang ayu suka.next pulak tunggu jugak vikingdom..tu lah antara 2 pengarah muda yang ayu suka hasilnya ;-)

korang ada feveret genre tak?kalau ayu filem aksi,epik sikit memang minat.walaupun kadang tu tengok sambil tutup mata kalau aksi tu terlampau ganas.haha


Thursday, 12 September 2013

Jadi Pengapit Pengantin Lambat Kahwin??



Salam semua...

Arghh cepatnya masa berlalu dah hari Kahmis dah hari ni.minggu2 berlalu tak sedar pun dah 1/3 bulan 9 dah habis..

ok berbalik pada topik,ini lebih pada mitos ayu rasa..kalau jadi pengapit lambat kahwin?wahh betul ke gitu?kalau betul mesti ramai tak nak jadi pengapit kan?hehe

bila ramai yang bercakap gitu mesti rasa takut kan.padahal jodoh tu bukan urusan kita.lebih kurang macam mitos orang dulu2 lah 'jangan menyanyi di dapur,nanti dapat lelaki tua'..ada yang jadi tak?hehe..

apa pun lambat atau cepat jodoh tu bukan urusan kita.kita hanya merancang kan? cuma bermain dengan mitos kita jadi takut.itu ja kot.hehe.sebab ramai yang suka cakap2 kan.hihi

pendapat korang?pernah jadi pengapit?hehe

Tuesday, 10 September 2013

Sepinya blog niiiii..






Salam semua...



cepatnya dah 1/3 bulan 9 dah hari ni..pantas masa berlalu tanpa kita sedar.. alhamdulillah masih bernyawa kita hari ni.

maaf lama tak jenguk2 korang.kekangan masa sekarang ni.sibuk sana sibuk sini.hehe.tapi tak pergi mana dekat sini jugak.inshaallah hari ayu cuba jalan2 ke laman korang eh ;-)


jangan merajuk macam baby ni eh??hehe..nak kembali aktif macam dulu2..tapi..tapi..hehe banyak tapi nya..sampai kadang2 tefikir ada tak orang sudi nak share blog boleh lah tolong2 update jugak.hehe


Tuesday, 3 September 2013

harga minyak naik ke naik minyak??






Salam Selasa semua..dah 28 syawal hari ni cepat kan masa berlalu?;-(..

Hari ni kita terima harga minyak baru.hehe..memang kecoh semalam pasal minyak naik 20 sen kan..yola berliter2 pakai dah berapa kan.hehe

lepas ni mungkin yang lain akan naik jugak kan.itu yang nak terasa sikit.so budget bulanan lepas ni mungkin meningkat sikit.lepas ni lebih2 berapa sen pun masuk tabung eh.hehe..tapi yang tak menahan sekarang sifat sabar tu dah kurang dalam diri kita kan.yola sabar pun ada had nya.iyo dakk?hehe..ntahlah tak tau nak cakap camna dah kan.tepu dada tanya diri sendiri.

apa pun sepanjang syawal ni memang sibuk sikit.sibuk pergi sana sini.open house sana sini.kerja tambah sana sini.haha..sampai berblog pun tak sempat ni.ampunkan tuan blog ya.hehe

nak tak nak kena terima hakikat harga minyak naik 20sen kan?pasni kita pakat2 naik public transport kurang minyak kurang jammed.hehe