Friday, 20 January 2012

Cinta hadir tanpa kita duga...

cinta hadir tanpa kita duga cinta pergi tanpa kita rela.
cinta pergi bila tiba masanya,namun ia juga kembali bila tiba saatnya.

Bila cinta itu pergi ratapi lah ia sekadarnya jangan pernah lupa cinta Yang Esa bersama kita.
cinta itu pergi kerana ia bukan untuk kita,bukakan pintu hatimu menerimanya seadanya.
Redha cinta itu pergi,rela cinta itu menjauhi.
kita hidup kerana cinta yang Agung,dan cinta itu juga akan mengiringi kita.
usah sesali cinta yang pergi,hargai cinta yang menghampiri.
cinta bukan milik kita,ia hanya pinjaman kepada kita,rela ia datang relakan jua ia pergi.
datangnya cinta untuk menemani dan perginya cinta bukan untuk diratapi.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, 
walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, 
walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian 
dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.



No comments: