Thursday, 8 March 2012

Minah Rempit..


 
Selamat Hari Khamis..
kejap je..
pejam celik pejam celik dah sampai hari Khamis..
tak sabar tunggu esok  Jumaat..heee..
bercakap pasal Minah Rempit..
Disini aku ingin buat pengakuan 
aku memang Minah Rempit..
bukan aku yang cakap 
mak aku pun cakap aku ni Minah Rempit..
jahat ke jadi Minah Rempit ni..
aku tak jahat pun..heee…
masuk tahun ni dah 7 tahun 
aku bergelar Minah Rempit..
dasyatkan…
lama tu bebs…
tapi aku kisah apa kan..
janji aku bahagia..hahaha..
tapi tulah hakikatnya aku seorang Minah Rempit..
memang aku arif lagi bawak motor dari bawak kereta..
yang untungnya bawak motor kena aircond free bebs,
minyak pun murah..hahaha..
aku jadi Minah Rempit ni 
sejak zaman sekolah lagi..
opppssssssssssss…
korang jangan salah faham yerr..heee
 istilah Minah Rempit untuk diri aku ni 
sebenarnya sebab dari zaman sekolah..
zaman study kat U dulu..
hingga zaman kerja sekarang..
aku seorang…
penunggang motosikal..heeee…
pastu aku suka bawak motor laju-laju..
sebab tu lah mak aku pun panggil aku Minah Rempit..
so janganlah salah faham 
dengan orang perempuan yang naik motor ni..
tak semua nya dot..dot..dot..
korang faham kan..;-)..
hormatilah orang yang menunggang motosikal..
peach..;-)


 p/s : smart tak??jom merempit jom..hehe

Wednesday, 7 March 2012

Rajalawak Musim ke 6



sapa tengok Rajalawak musim ke 6??
angkat kening..heeee..
boleh ke der...;-)
seperti biasa Jumaat malam yang bez nya 
mestilah nak ketawa ja kan...
sebab seminggu dah kerja ja..heee..
mula-mula dulu agak mengecewakan jugaklah..
tapi sejak akhir-akhir ni lawak der...
tak lawak peserta pun..
lawak pengacara pun tetap terangkat bebs..heeee...
kalau tanya aku,
aku sokong kumpulan............. 
v
v
v
v
v
v
v
v
SHIRO..
haha..
cer bagi sebab-sebab....
sebabnya lawak mereka spontan der...
macam klon Sepah dulu pun ada...
memang muka lebih kurang + suara pun nak sama Jepp Sepah...hehehe..
so bila part dorang ja aku tak pernah miss ler...
tapi aku rasa doranglah menang 
sebab grup lain tu biasa-biasa ja..
but still boleh ketawa lagi...a
pa lagi Jumaat ni dah semi final...
balik ajar tuisyen layannnn lah...
zassssss


Tekanan lah..

Setiap manusia tak kan pernah lari dari tekanan kan?
..yup tekanan sebagai seorang student dah lepas..
then bila masuk alam kerja tekanan jugak ada..
tak percaya??
cuba try test..hehe..
aku dah testing dah...
semua tekanan tu berbeza..
tapi bila saat kita di ganggu,
di cubit-cubit dengan tekanan ni janganlahhh....
menggelabah...
tiru aksi peserta rajalawak jap..hehe...
tenang..tenang..
tarik nafas panjang-panjang..
macam aku tengah buat sekarang ni..heee...
so jangan termakan dengan tekanan ni..
yang penting atasi dengan bijak..
hidup mau happy..hehehe..
ni tips yang aku baca tadi...


  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.











sumber dari : stress

Update..



Selamat pagi...
wahhh arini lambat sikit update..
sampai-sampai kerja terus jadi
 pekerja yang amat rajin terus buat kerja..
heeee...
update terkini..
alhamdulillah semalam dapat cek 
untuk kerja part time aku bulan 2...
jeng..jeng..jeng..
meningkat bulan ni kerana pertambahan student...;-)...
update yang kedua 
aku dapat kelas lagi untuk diajar
 start Jumaat ni..
alhamdulillah bertambah lagi rezeki bulan ni...
maknanya dah ada 3 kelas lah nanti..
no more rest lah..
waaaaaaa..
tak pelah kerah tenaga time muda-muda ni..
dah tua nanti dah tak kuat dah...
moga hari-hari kita terus di rahmati-Nya..
Amin...

p/s : update celah-celah buat kerja..heeee..time rest lah..hehe

Tuesday, 6 March 2012

Semakin hampir..



Setiap orang ada impian kan kan...
sebenarnya sedikit kecewa 
aku check akaun duit yang diharapkan
 tak masuk pun..sob..sobs...
memang dah plan baik punyalah 
untuk bulan March ni..
aduyaiiii lari budget aku..
tapi impian tetap impian..
nak jugak...
akhirnya aku terpaksa keluarkan 
jugak duit simpanan aku..
sebabnya aku teringin..haha..
tapi berbaloi kot erk..
duit tak sampai jadi gunung aku dah cantas.
hmmm..
tapi lepas ni no more shopping ler..
duit simpanan bulan-bulan kena simpan balik lah...
yeahhh tak lama lagi 
aku nak gi survey S II jugak..
harap-harap dapatlah RM1500.00..
budget aku takat tu ja..

wahhh tengok tu sapa yang tak nak..hehe..tapi kena ikut budget lah..tidak tak bolehlah kau ku miliki..hehe

Barely Supermommy..

 


Salam Hari Selasa....
Blogwalking pagi 
hari selepas habis kerja...
tup..tup..tup...
siapa beliau????
memang awesome lah kan..
seorang yang sangat berkaliber 
and wife kepada seorang ikon negara..
suka tengok blog ini..
sebab baby dia comel..hehe..
besar-besar ni mesti cerdik
 mana tak nya daddy mommy 
dia pun dah super power..hehe...
jom kita terjah....
sweet ja family ni...