Friday, 7 August 2015

My Wedding Day - Akad Nikah

Assalammualaikum..

walaupun dah lama kahwin nak jugakk hupdate!hehe..masa sebulan sebelum nak kahwin dulu tak da sangat dugaan yang berat..tapi kita hanya merancangkan..seminggu sebelum kahwin macam2 jadi tapi alhamdulillah masa hari berlangsung semua berjalan lancar..

walaupun last minute pelamin anganku musnah!haha dah baik punya deal 6 bulan sebelum kahwin tapi kalau dah last minute nak jadi lain tetap jadikan..tapi geram jugakla memandai ja tukar pelamin tanpa persetujuan aku..nak marah pun tak guna dah esok dah majlis redha jala..

nak di jadikan cerita tema baju belah laki pun terpaksa tukar last minute sebab baju yang dah di booked tu rosak plak..kelam kabut jugak lah nak cari yang berkenan dah awal2 dah set nak baju tu.yang berkenan pun lari dari tema asal apa kan daya redha jala dari gold bertukar ke hijau.memang tak minat warna hijau akhirnya warna tu jugak jadi warna tema my big day!

tak semestinya apa yang kita rancang akan sempurna sepenuhnya kena bersedia apa2 saja kemungkinan yang akan jadi..kita hanya merancang Allah yang menentukan..benda dah jadi redha jala hehe ada yang lebih baik menanti.inshaallah..

sedikit perkongsian masa akad nikah..Alhamdulillah impian menjadi kenyataan,abah sendiri yang nikahkan aku..








Alhamdulillah selamat dah ijab kabul 19.12.14 yang lalu..

Saturday, 1 August 2015

Hampir 8 Bulan sudah....

Assalammualaikum...

Nak update blog asyik tertangguh ja sekarang ni..sedar2 dah nak masuk bulan 8 laaa..last update bulan 1 aritu..haish lama sungguh tertangguh! kerja pulak tak menentu sekarang ni kekangan masa..coretan masa kahwin haritu pun tak sempat nak karang lagi..tup2 nanti dah ada baby pun cerita kahwin tak habis2 lagi hehe..

lagi sebulan nak cuti panjang ni memang bertambah busy lagi laa dekat ofis ni..mana nak siapkan kerja nak pikir itu ini..tak cukup 24 jam..nak singgah ke blog lain pun tak menyempat..ntah ada yang ingat lagi ke tak pun tak tahu lah..pelan2 kayuh k ;-)

rindu kat blog so kita update sikit2 bagi lepas rindu..sambil singgah2 mana sempat..sebelum terlambat Salam Aidilfitri buat semua..

Friday, 16 January 2015

Assalammuailaikum..


Alhamdulillah..tahun 2014 telah pun berakhir dan bertemu kembali di tahun 2015.. Ya Allah terasa lama gila tak ber blog ni..last pun sebelum kahwin sekarang dah tukar status hehe Alhamdulillah

Sekarang Ayu tak tinggal dekat Serdang Selangor,kerja dekat sana pun dah resign.semuanya berlaku pantas sangat.sebulan sebelum kahwin dapat kerja dekat dengan en.Anip,dalam masa tu lah kena urus hal kahwin dan semua kerja sebelum resign.

Alhamdulillah kami tak sempat nak PJJ ayu start kerja awal bulan 1 terus tinggal di Pahang..rezeki kahwin kot ni tidak jenuh jugak nak ulang alik dari Kuantan-Serdang. Baru nak sesuaikan diri dengan suasana dekat sini alhamdulillah dipermudahkan orang2 dekat sini pun semua baik2 ramah2..

tak sabar nak blogwalking ni.Inshaallah tunggu ayu singgah ;-).. gambar kahwin pun belum dapat dah dapat nanti ayu update ya ;-)


Wednesday, 10 December 2014

last day kerja

salam semua..

hari ni last day kerja sebelum cuti panjang.tak lama pun ambil 2 minggu ja.sebelum kenduri dan selepas kenduri.eksaited ada neves pun ada..19/12/14 inshaallah lepas sembahyang Jumaat dah bergelar Cik Puan hehe..haish macam2 pikir..doakan semuany berjalan lancar ya.

dup dap dup dap neves aihh..,macam tak percaya pun ada.tapi alhamdulillah Allah makbulkan doa nak kahwin sebelum umur 26.walaupun serba kekurangan tapi Allah cukupkan dengan rezekiNya pelbagai cara.Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdullah..

Doakan ayu ya.selamat balik dan kembali kerja..eh tak nak pikir kerja lagi nak cuti puas2 dulu hehe..inshaallah semoga dipermudahkan ;-)

Tuesday, 2 December 2014

Dugaan ketika Bertunang

salam semua.

Alhamdulillah hampir 4 bulan menjadi tunangan orang,tinggal beberapa lebih kurang 2-3 minggu ja nak jadi isteri orang.tak di nafikan lah masa tempoh bertunang ni ada dugaan yang diberi.yang penting memang kena sabar sangat2 dan ignore ja jangan ambil sesuatu maslaah itu terlalu berat

macam ayu sebelum tunang lagi dah rasa dalam sebulan dua sebelum tunang tu en.Anip la lain macam sikit perangai.sebelum ni ok ja.tapi kena sabar la kan.kalau dia marah ka merajuk ka diam jala kena kawal perasaan bila dia dah ok memang time tu luah habis2 lah geram la kan tertiba nak emosi hehe.alhamdulillah dia faham

bila lepas bertunang pulak sebulan awal tu memang dugaan betul kalau orang fikir masih baru kan tak dalah teruk sangat tapi kitaorang time tu lah semua benda tak kena nak gaduh ja kerja.masa tu lah syaitonn ni kuat sangat hasut macam2 fikir tak nak kahwin dengan dia lah banyak benda buruk2 ja kena hasut.memang kalau tak sabar terkeluar jugaklah nak putus tunang.tapi kena fikir balik lah kan semua benda dah settle family pun dah kenal 5 tahun boleh tahan takkan hal kecik pun nak sampai putus tunang kan.

alhamdulillah dapat atasi tempoh2 tegang tu.lepas ja pada sebulan tu dah ok dah tak dalah teruk2 sangat kalau ada pun gaduh manja2 ja haha.lagi pun kitaorang duduk jauh2 tempuh bertunang ni baru sekali 2 ja jumpa,bagus jugak tengah darah manis ni kan.memang sekarang ni pun ayu tak keluar sangat terperuk ja dekat umah.takut jugakkan apa2 jadi.

kesimpulan nya kena lah banyak bersabar nanti lepas kahwin banyak lagi nak kena hadap kan.ni baru sikit ja hehe.inshaallah mintak2 apa yang datang nanti mampu lalui.

Tuesday, 25 November 2014

Walimatulurus

salam semua..

lama tak update blog rasa janggal pulak.tula tinggal lelama lagi kan hehe..Alhamdulillah kurang lagi sebulan bakal upgrade status hidup dari bujang kepada isteri orang.sebenarnya tak ada kalut sangat nak prepare semua sebab awal-awal lagi dah cuba settle kan semua.tinggal nanti lagi seminggu sebelum majlis baru nak settle buat hantaran and doorgift.

so tak dalah gelabah lain macam kan fikir banyak benda tak siap.ayu ni jenis eksaited awal-awal ja bila last2 nanti dah malas tu yang sedaya upaya siapkan awal.6 bulan sebelum kahwin dulu tak dalah rasa pape sangat.yang tau ok dah nak kahwin.settle kan semua benda pun macam tak ad aperasaan ja.haha

bila lagi sebulan nak kahwin  ni baru lah rasa lain macam sikit.lebih kepada perasaan sendiri.neves kot.tapi inshaallah masih mampu kawal perasaan lagi takut bila time nak nikah tu ja darah gemuruh naik hehe..

kepada yang dekat2 nak datang majlis ayu sila lah ya.jemput hadir ;-)