Friday 25 November 2011

Buat duit dengan Emas..

sebut pasal emas..wanita mana yang tak suka..zaman sekarang emas bukan saja untuk perhiasan diri tapi juga boleh dijadikan aset..malah boleh membuat untung pada masa akan datang..harga emas naik secara purata 27% setahun..bayangkan kalau 5 tahun,10 tahun akan datang???banyakkan..tapi kalau takut nak pakai janganlah pakai faham2 jala sekarangkan banyak kes ragut..kita jugak boleh simpan dekat bank-bank yang sediakan perkhidmatan untuk menyimpan dan bayarlah upah..tak salah aku upah tu setahun sekali.Kalau tak percaya Emas boleh buat duit dan menjamin masa hidup akan datang baca kosmo hari ni..ni yang sempat aku kongsi...

                     Harga purata emas naik 27 peratus setahun


MEMILIKI barangan kemas menjadi impian setiap wanita, meskipun pelaburannya menelan belanja yang tinggi namun ia tetap menawarkan pulangan yang menguntungkan.


KUALA LUMPUR - Peluang melabur dalam bentuk simpanan emas tidak harus dilepaskan memandangkan ia mencatat kenaikan harga purata sebanyak 27 peratus setahun dan bakal menggandakan nilai harta pelabur.Penasihat korporat Serambi Emas Sdn. Bhd. (Serambi Emas), Datuk Salleh Majid berkata, ini merupakan salah salah portfolio pelaburan yang menguntungkan khususnya bagi masyarakat Melayu yang masih ketinggalan daripada aspek memiliki aset kekayaan.Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia) itu menjelaskan, cara belian emas yang menguntungkan ialah dengan menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.Menurutnya, kaedah itu dapat mengelakkan daripada sebarang kecurian atau unsur-unsur penipuan memandangkan ketulenan emas itu disahkan oleh pihak ketiga.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

1 comment:

9n0L4 said...

beli mas byk byk yu. skrg murah. hee. nnt bile bile mase naik harge. ;)