Tuesday, 15 November 2011

opppsss...ObESiti..

Apa itu Obesiti??????

tadi aku search Kosmo Online...
and tajuk first dia obesiti..
bukan nak cita pa cuma trauma ja..hahaha..
sekarangkan mcm2 pnyakit ada..
org yg kurus2 pn xleh syok jgak..
sbb sakit sekarang xknal..
kurus,gemuk,tua,muda..
so yg penting skrg..kesihatan kna jga..
nk makan pun kena memilih gk..
mestila kita xnak semua tu kan..
kalau bleh nk jd krus atau gemuk tp sihat..huhuh
tp bg aku size tu xpnting tp jgn la mlampau2..huhu
kalau kurus xnak kurus sgt..
kalau gemuk xnk gmuk sgt..huhu
 
Ni maksud dari wikipedia
obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
       Ni sedikit info....

       Siapakah yang tergolong dalam obesiti

  1. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
  2. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  4. Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
  5. Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

    Kandungan lemak dalam makanan

      Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.
 
Jenis makanan Gram lemak setiap sajian % kalori dari lemak
Makanan tinggi lemak
Hamburger saiz biasa 11.8 39
Hot dog 14.5 54
Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran)
12.247
Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
Kek keju 16.3 57
Makanan rendah lemak
Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9
Roti - 1 keping 1.1 16
Mil oat - 1 cawan 2.4 15
Buah epal - 1 biji 0.5 6
Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1

      Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda   seronok sehingga tidak mahu berhenti makan

1 comment:

9n0L4 said...

budak budak skrg ramai yg obesiti. online tu asek mkn aje. huhu.