Thursday, 10 November 2011

Hati ciptaan Allah

Hati manusia adalah suatu ciptaan Allah yang sgt unik kerana hati ini tidak dapat di lihat tidak dapat disentuh secara zahir dengan jari jemari tetapi hebatnya dapat disentuh dengan kata-kata dan baik, kata2 yang manis, yang dapat menjadikan manusia itu sendiri lemah atau kuat dengan hati itu sendiri.. hati bilamana baik, baiklah segalanya, dan bilanya rosak, maka rosaklah segalanya.. itulah hakikat hati.. Hati yang benar2 suci adalah hati yang sentiasa mengingati Allah.. dan selalu mencari ketenangan dengan menyebut nama Allah setiap masa, membaca al-Quran yang menjadi penawar bagi hati-hati yang dilanda masalah, mengharapkan keampunannya di atas segala dosa dan kesilapan lalu, berazam dengan meninggalkan segala kemungkaran dengansebenar-benar taubat iaitu taubat nasuha, menjadikan zikrullah sebagai santapan dan makan jiwa.
Hati ini sangat mudah tersisir dari tujuan diciptakannya, kerana manusia punyai nafsu dan syaitan sentiasa mengajak manusia dengan bisikannya untuk melupakan Penciptanya dgn mudah sekali. Hati yang tidak pernah mengingati Penciptanya akan menjadi keras dan penuh dengan tompok2 hitam yang akan menjadikan diri seseorang itu sgt sukar untuk balik dan kembali kepada fitrah asal kejadiannya.
Cinta sangat berkait rapat dengan hati. Ia adalah perasaan yang terhasil daripada hati yang mendapat ketenangan daripada sesorang yang dapat memberi kebahagian dan keseronokan. Tetapi cinta ini tidak mengira halal atau haram. Maka perasaan sayang yang lahir daripada hati itu, perlu dikawal dan diasuh dengan didikan Iman dan Takwa serta Keikhlasan. Cinta kepada manusia selalu cenderung kepada kelalaian dan kealpaan dengan nikmat sementara. Apatah lagi bila sayang dan cinta itu disemai sebelum berkahwin. Pengalaman mengajar kita apa itu kehidupan. Cinta yang disertai dengan nafsu semata-mata akan menjadikan hati kita tumpul dan jauh dari Allah. Membuat kita leka dengan keseronokan yg sementara. Hubungan yg tiada keredhaan Allah dan tidak mengikut cara Islam akan membawa kepada kemusnahan hati seseorang hamba.
Jadi, marilah sama-sama kita menjaga hati kita dengan mengisinya dengan zikrulllah, takbir, tasbih, tahlil, serta istighfar kepada Allah demi mencari redha Allah di dalam hidup kita. Hati kita tak terlepas dari segala maksiat. Jadi marilah kita jaga hati kita daripada perkara-perkara yg membawa kepada kerosakan hati. Hati kita bakal sedih bila kita kehilangan orang yg kita sayang, tapi adakah kesedihan kita akan membuat diri kita dekat dengan Allah. Jadi apa jua ujina dan dugaan yg Allah uji kita, jgn lupa bahawa ujian itu adalah drpdNya dan penyelesian juga kita pinta drpdNya. InsyaAllah selagi hati kita dekat dgnNya, Allah akan bantu kita dan hendaklah kita bersertakan tawakkal selepas segala usaha kita kerahkan, dan mudah mudahan kita dapat perbanyakkan amalan sunat seperti qiamullaih dgn tahajjud, solat hajat, istikharah, solat taubat dan sebagainya.
Ya Allah, berikan aku ketenangan hati dgn ayat-ayatMU dan dgn solatku, dan jadikan aku di kalangan orang-orang yang benar ikhlas, dan bersabar serta bersyukur kepada nikmat2Mu. Dan jadikan aku dari kalangan pemuda pemuda yang mana hati mereka teringat akan solat jemaah dan solat di masjid. Ya Allah tunaikan lah hajatku dan kau lembutkanlah hati hambaMu yg mana aku menyayanginya dengan jujur dan ikhlas, Insyallah kau jodohkan lah kami, sesungguhnya Engkau telah menentukan segala apa yg telah berlaku dan apa yg bakal berlaku. Aku mendambakan keredhaanmu serta SyurgaMu sebagai destinasi akhirku, kau ampunilah dosa2 ku, dan aku menharapkan dan mendambakan syafaat Rasullah SAW, setelah kami dibangkitkan semula pada padang mahsyar nanti Ya Allah... amiiin ya rabbal'alaminn.....


Di kala aku keresahan aku temui mutiara ini,ku amatinya agar hati ini tenang kembali..Ya Allah kau hilangkanlah keluh kesah ini,Kau perkenankanlah doa2 ku Ya Allah...Amin..............

1 comment:

9n0L4 said...

sekeping daging yang menentukan baik buruknya seorang manusia ialah hati. :)