Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari  anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke  hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima  waktu jangnlah sesekali anda abaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. 
Bermula daripada  jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja  akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah  fitrah insan dan alam seluruhnya Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula  daripada kecil. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada  rebungnya”. Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang  besar pada masa hadapan.
                                  Rahsia5jari...renung2kanlah...
Naikkan pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu  juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.  Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan  berlian, bangga tak terkira..pada ketika ini, alam remaja menjengah  diri. Awas!! Di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai  cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa sahajalah yang akan membantu  kita menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan  mukalaf. Pastinya
sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda akan pada waktu itu?
sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda akan pada waktu itu?
Nah..sekarang anda naikkanlah pula jari ketiga, Jari yang paling  tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja telah pun meninggalkan kita  tanpa dipinta. Namun begitu alam dewasa pula kian menjegah kehidupan  kita. Pada peringkat umur 30-an ini seorang itu telahpun mempunyai  status dan identiti dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh  serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti  berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak “hantu-hantu pengacau”  yang datang menggoda.. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam  diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh  wujud dalam diri anda jika anda gagal mengawal emosi ini dengan baik  lantas anda terus  masuk ke jerangkap NAFSU dan SYAITAN. Justeru itu  amal dan ibadat haruslah dilipatgandakan!
Kita beralih pula pada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap  SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan  keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh  dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil  sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea  bernas sambil tampil dengan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi  menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya adalah  membenarkan sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata oranj Jawa “cap  jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.  Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang  berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka  akan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan akan  angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
sumber dari: pakarhowto 








6 comments:
Subhanallah . setiap yg trjadi, ada hikmahnya (:
wahhh . suke entry ni ! :D
nice entry.. i loike :)
yup mula-mula ayu baca pun baru terfikir subhanallah..kuasa Allah..
bagus la entry ni! ;D
baru tau.. gunakanlah jari2 yg allah bagi kat kita dengan sebaiknya.. :)
subhanallah :)
nice sharing..:)
indah dan penuh makna setiap kejadian Allah ni..:)
Fatin : aha tula ayu pun baru tau jom tgk dkt mn kta skrg..hehe
Teenager housemaid: Subhanallah...;-)
Post a Comment