Wanita, sinonimnya apabila disentuh isu poligami kebanyakkan tidak  'senang duduk' mendengarkannya. Suami berkahwin satu lagi, isteri kedua,  bermadu dan paling tepat sekali ialah poligami.
Poligami beerti mengamalkan beristeri lebih daripada satu iaitu dua,  tiga atau had maksimumnya ialah empat dalam satu masa. Namun, poligami  bukan sesuatu yang boleh di anggap mudah bagi yang berhasrat untuk  melakukan. Banyak syarat, prosedur dan perkara-perkara yang perlu  diambil kira untuk mencapai poligami yang mengikut kehendak agama Islam.
Allah swt berfirman :
"Maka  berkahwinlah (dengan) sesiapa yang kamu berkenan  daripada perempuan-perempuan (lain) dua, tiga atau empat. Kemudian jika  kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka  (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah)  hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih  dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."
(Surah al-Nisa' : 3)
(Surah al-Nisa' : 3)
Antara sebab mengapa Islam mengharuskan poligami :
1. Lelaki atau suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
2. Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit membolehkan suami berkahwin lagi.
3. Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
4. Menyelamatkan kaum wanita 'andalia' yang belum berpeluang mendirikan rumah tangga.
1. Lelaki atau suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
2. Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit membolehkan suami berkahwin lagi.
3. Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
4. Menyelamatkan kaum wanita 'andalia' yang belum berpeluang mendirikan rumah tangga.
Sebenarnya, 'madu' yang dianggap pahit bagi sesetengah wanita, boleh  memberi  kemanisan lebih daripada madu yang dimakan sebagai penawar.  Apabila suami berhasrat untuk berkahwin lain, dan dia mampu berlaku adil  dari segi material dan spiritual (ilmu agamanya), tidak layak  sebenarnya kita sebagai isteri untuk menghalang hasrat tersebut.
Seorang isteri haruslah mempunyai fikiran yang positif menerima  kenyataan itu. Bukan mengamuk seperti harimau ganas, meraung seperti  kucing hilang anak, malah paling teruk pergi berjumpa bomoh dengan  sanggup menyekutukan Allah. Hingga melanggar batas-batas dan hilang  pertimbangan.
Tahukah anda andai seorang isteri redha, syurga itu telah menjadi  milik anda. Cuba fikir sejenak, bukankah dengan adanya madu, hidup kita  akan lebih baik. Sebagai contoh sebelum ini setiap hari seorang isteri  perlu melayan suami, makan minumnya dan pakainya, nafkah dari segi zahir  dan batin. Isnin hingga ke Isnin seterusnya, dan sampai bila-bila  hingga akhir hayatnya.
Namun, apabila dia mempunyai madu, bayangkan bukan setiap hari dia  perlu melayan suaminya. Tugas-tugas sebelum ini menjadi ringan dan  bolehlah isteri pertama berehat, sementara isteri kedua melunaskan  tanggungjawab yang sama kepada suami. Begitu juga, apabila ada madu  sekurang-kurangnya kita ada teman berbual, berkongsi rasa dan sahabat  yang paling dipercayai selain suami. Banyak perkara sebenarnya dapat  kita lakukan bersama madu andai kita ikhlas dan redha menerimanya.  Terimalah dia seadanya dan anggaplah dia kiriman dari Allah iaitu bonus  dalam mencari pahala untuk ke syurga. Tidak mahukah kita payung emas di  sana kelak?
Bagi wanita yang hatinya tegar untuk menerima hakikat suami berkahwin  lain dan masih belum tidak mampu untuk menerima kenyataan suami  berkahwin lain. Pujuklah hati dan motivasikan diri anda.
Ingatlah firman Allah swt :
"Boleh jadi  kamu membenci sesuatu padahal ianya baik untukmu, dan boleh jadi kamu  menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagimu. Dan Allah Maha Mengetahui  sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah : 216)
(Surah al-Baqarah : 216)
Terimalah realiti dengan bersandar pada Allah swt. Bersangka baiklah  pada Allah. Andai anda menerima ia sebagai ujian, ianya dapat menyucikan  dosa anda. Andai anda menerimanya sebagai cabaran, ianya dapat mendidik  diri anda menjadi wanita yang cekal dan tabah.  
Berbaliklah kepada ilmu Allah, jika anda faham hikmah disebaliknya  yang bakal anda kecapi. Yang kedua, aktifkan fizikal dan mental anda.  Memberi tumpuan kepada bacaan al-Quran dan hadis. Fahami ia hingga  menjadi serasi dengan diri anda. Pastikan anda sentiada dalam keadaan  aktif dan gembira. Kemas dan bersih menjadikan anda lebih bertambah mood  dalam meneutralkan emosi anda. Yang akhir sekali, jika suami boleh  membahagi cinta kepada isterinya yang lain, anda juga boleh berbuat  demikian. Bukan bermaksud kepada lelaki lain tetapi kepada Allah, Rasul,  ibu bapa dan anak-anak serta manusia seluruhnya. Cinta itu sifatnya  universal. Apabila kita mengasihi makhluk lain, nescaya kita juga turut  akan dikasihi.
Walaubagaimanapun, sedarlah wahai isteri. Suami bukanlah hak milik  kita semutlaknya. Saat akad dilafazkan, saat itu juga Allah telah  meminjamkan suami kepada kita sebagai sumber menggapai redha Allah di  dunia dan pahala untuk akhirat. Suami bukan segala-galanya pengakhiran  hidup kita. Saat kita memejam mata nanti, dia tidak akan turut serta  mengikut kita ke sana. Hanya amalan kita bersamanya yang akan dibawa  bersama. Terimalah hakikat suami adalah hak mutlak Allah swt Tuhan yang  Menciptakannya. Wallahualam.
p/s : nak ke bermadu?
hehe..tapi itulah ertinya,
hanya
 yang betul-betul redha 
dapat menerimanya.. 
manis kan madu...;-) 
petikan dari : iLuvIslam 









4 comments:
x kuat nk hadapi situasi mcm ni...
samalah ayu pun..huhu..hanya yang mampu saja yg boleh...huhu
terkesima...hanya yg kuat dan redha saja boleh melalui...
kalau tanya setiap orang ppuan sapa lah yg nk dmdukan kan..huhu
ciksu:aha..kalau ayu pun taknak..huh..tapi tula hakikatnya semua orang hanyalah pinjaman dari Allah S.W.T..;-)
Post a Comment