Pengumuman!!!!Isnin ni cuti...tapi sebabapa erk??Maulidur Rasul jatuh hari Ahad so replacement hari Isnin..Selasa pulak cuti Hari Thaipusam...dapat lagi cuti..hehe...tapi hari ini nak bagi info pasal Rasul junjungan kita..Nabi Muhammad S.A.W...so aku kongsi sikit info kat sini...
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
  Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi  yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 
12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam  di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi  Muhammad s.a.w
 dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan,  ceramah dan sebagainya. 
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan  dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat  mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan  majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, 
kerana bila  berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, 
sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. 
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap  kebaikan begitu cepat
 sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat  kebaikan,
 sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.
  Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam  kesusahan dia tetap tenang 
dan hatinya hanya mengadu kepada Allah
 dan  mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh  orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang  yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Amin...









1 comment:
salam ayu.. terima kasih sudi komen blog saya.. :)
xpela ayu. saya redha dengan apa yang Allah bagi. ni semua dugaan. xkan la saya nak merayu pada yang tak sudi kan? saya doakan dia bahagia dengan jodoh dia. amin.. :)
kita masih kawan kan ayu? :)
doakan saya. insyallah. saya dah ok sikit skrg. hehe
saya dah tukar url blog..
http://anakmama89.blogspot.com/
terima kasih banyak2 ayu.. jaga diri baik2 k :)
Post a Comment