Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?
“Allah SWT  berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang  cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan  saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!
Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah  Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta  itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada  pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita  itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya  indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud  apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu  panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam  tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan  kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau  senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai  suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??
"Hai  sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu  dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya,  dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai.  Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling  meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.  Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang .  Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan  perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan  anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah  khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple'  dengan romantik dan halal. 
Indah kan?
Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)
sumber dari: IluvIslam 








No comments:
Post a Comment