Bagaimana  seorang pelajar tahun akhir universiti yang  hampir bunuh  diri kerana  depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah   kehidupannya 180  darjah menjadikannya insan yang paling bahagia  di  muka bumi ini dengan perkahwinan  di usia awal. Berikut adalah coretan  terus dari  hati dan mata pena beliau.
*****
Saya  berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami   saya  berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.  Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan  apa?   Pasir?"
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya  pernah   teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari  tarikh  kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun,  saya   ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur,  saya   hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung  dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar  kehadiran suami saya yang sudah 4   tahun menunggu peluang. Pada mulanya,  saya ingat sekadar 'cinta   rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan  dan bercintan, suami saya   melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya  ingat satu gurauan.  Akhirnya  si dia berani hubungi ayah saya dan minta  izin untuk  berkahwin kerana  takut kehilangan saya lagi.
Ayah  saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat  ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2  bulan   untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan  saya   sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami    berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran,    tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti  ingin berikan segala yang terbaik untuk  bakal isteri anda.
Dan, kalau  anda perempuan seperti saya, semestinya  inginkan  hantaran yang tinggi  (lulusan ijazah sekarang, hantaran  RM10K ke  atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya  bukan jual diri, saya tidak   perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak  letak harga untuk nilai diri   sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah  kalau kita kahwin cara  Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan  lulusan ijazah, saya ada tulang 4  kerat, dan saya  boleh berusaha,  kenapa perlu mengharap dengan lelaki?  Suami bukan  untuk dibebani, tapi  untuk disenangi. Isteri bukan untuk  dibeli, tapi  untuk dikasihi.
Kos  kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran,   majlis,  belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya  kan  masih  ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat  majlis  di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau  rasa sangat mahal  untuk  katering, boleh upah orang masak, tinggal  sediakan bahan dan  peralatan.  Bersanding tak perlu, buat penat badan  duduk macam tunggul  depan  orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu  belajar  tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat.  Bagi yang  beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas  kahwin yang  penting. Lebih baik duit sewa  pelamin jadi duit persiapan  untuk anak  pertama. Prioritikan penggunaan  duit anda. Kos bersalin  bukan murah.  Kalau di hospital kerajaan,  paling kurang perlu ada  RM400-500. Tapi di  hospital swasta, minimum  RM2000. Kos ada anak sangat  tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di  pasar? Harga lampin pakai   buang? Dan sekarang, anda masih terfikir  pelamin itu penting? Ini tak   kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.  Pening!!
Jadi jangan bebankan  diri anda dengan majlis perkahwinan yang  membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar  dengan suami tanpa rasa takut  dan  malu, disentuh lelaki bukan mahram.  Dan suami saya tidak perlu  takut  saya diambil lelaki lain seperti dahulu.  Apa semua yang pasangan  bercinta  lakukan, kini kami lakukan dengan  halal. Dan kami boleh  lakukan lebih  dari itu, dengan halal. Tidak perlu  risau. Kami aman dan  bahagia. Saya  dan suami masih bercinta. Masih  belajar mengenal sesama  sendiri. Dan  percayalah, tak guna bercinta  lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk  anda. Saya  dan  suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya  mampu  tanggung  hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa   menyusahkan suami?  Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi   pelajar perubatan,  anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan   yang cemerlang. Saya  tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur   cintakan suami saya. Saya  tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa   senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang  ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami  anda. Dan   bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima  kekurangan dan   kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian,  perbezaan itu   melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga  anda semua merasa tenang dan bahagia.
Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan atau option  yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan  rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan  pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran  sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga  akhir hayat.
"Dan  antara tanda-tanda yang membuktikan  kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa  Dia menciptkan untuk kamu (wahai  kaum lelaki) isteri-isteri daripada  jenis kamu sendiri, supaya kamu  BERSENANG HATI dan hidup MESRA  dengannya, dan dijadikan di antara kamu  (suami isteri) perasaan KASIH  SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)
p/s : bestkan macam ni kalau boleh memang nak kahwin awal..tapi ada tanggungjawab lagi yang belum selesai..;-(








9 comments:
saya x takut sbb tu saya da kawen..haha
hhehehe bagus2...;-)janji bahagia..
ehem2.hee
nape ehem2..hehehe
Allah telah mengatur mana yg terbaik buat hamba2nya...
mawarqaseh:betul tu..moga dipermudahkan segala urusan kita..;-)
ingatkan kisah hidup cik are_lin@yu tadi..huhu
nak kawin awal jugak ni tapi xde calon camane ek..hehe
mysara:hehehe..suruh mak carikan.;-)
semuanya bergantung setiap individu...masa itu akan tiba juga...^^
Post a Comment