Friday, 31 May 2013

Keselesaan naik Tren balik kampung




Salam Jumaat semua..Alhamdulillah syukur walaupun susah nak bangun tadi,masih diberi nyawa hirup udara hari ini ;-)...sejak 2menjak ni selalu kalau nak balik kampung memang ayu akan gunakan perkhidmatan KTM(Keretapi Tanah Melayu)..dulu asyik naik bas ja..tapi bila selalu sangat dengar accident naik bas pun memang susah tidur,laju tu perkara biasa lah kan.memang ajal maut di tangan Tuhan,cuma langkah berhati2 tu kena ambil.huhu
 
naik tren ni senang sebab dari KL Central terus sampai Padang Besar,5 minit ja dari rumah..kalau naik bas berhenti dekat Kangar,mama pulak pergi ambil dalam 45 minit jugak.tapi kalau naik tren ambil lah tempat tidur kalau tempat duduk memang terasa seksa sikit..hehe..naik bas lebih better..

 ni lah coach tempat tidur..hehe


 ni keadaan terbuka pulak..


 ni katil bawah..selalu naik memang akan mintak yang bawah..selesa sikit

ni katil atas,tak pernah cuba tak tau apa rasa..hehe

kalau tempat tidur memang selesa..ayu selalu kalau tidur,dah sampai baru terjaga..haha..nyenyak la kot walau penat tu tetap ada..yang senang nya selalu tiket ayah dah tolong beli kan..disebabkan anak staf memang harga tiket lebih murah..pergi-balik lebih kurang harga bas sehala.jimatkan?hehe..kalau ayu tak guna sapa lagi nak guna..dalam family ayu ja yang naik tren.hehe

naik tren memang ambil masa lama sikit..selalu naik 9.20 mlm dari KL Central - 8.45pagi sampai Padang Besar.kalau naik bas 10 malam,maybe 6 lebih pagi dah sampai Kangar..kira2 lebih kurang jugak.hehe..kalau family ramai,ada anak kecik lagi better tren kot..nangis2 boleh lah jalan lagi tawaf tren ni,cafe pun ada jugak.


 tuan belog pun nak ambilpic jugak..haha

boleh ambil pic ni sebab gerabak belakang sekali..hehe

esok ayu balik kampung dengan adik naik kereta,hari isnin pulak jadilah pengguna setia KTM balik..haha..ada sesiapa yang guna tren jugak tak??hehe..yang dekat2 ni guna bas lah cepat sikit kan..yang jauh2 ni,kebanyakkannya habis masa tidur ja sebab tu ayu nek tren..hehe

p/s:Salam Jumaat semua..;-)

Thursday, 30 May 2013

Wedding Nadia & Ridzeen




Alhamdulilllah 17/5/2013 member sejak dari tingkatan 1 lagi ketika sama2 duduk asrama Tok Sheikh dulu Nurul Nadia selamat bergelar isteri kepada Zeen...Nadia & Zeen  ni jugak lah yang teman dan hantar ayu masa interview kerja dulu..hehe..banyak jasa dorang ni..hihi..kalau tak kerana dorang mungkin tak kerja kat sini kot..hehe..

5 bulan awal dah gitau tarikh kahwin nak make sure kawan dia yang buzy dan jauh ni balik time wedding dia..haha..alhamdulillah 18/5/2013 sempat jugak g wedding Nadia ;-)..dekat wedding Nadia jugak lah tempat reunion member2 lama..hehe..Alhamdulillah bertahun lama dapat jugak jumpa..


oppsss bukan ni ya pengantinnya..hehe..inshaallah bride to be..hihi


bakal pengantin bersama pengantin..hehe 


bersama Shiba,Nadia,Pija,Fiqah..sebahagiaan sahabat 
dari zaman asrama..hehe..


 antara hantaran pengantin...


Selamat Pengantin Baru buat Nadia dan Ridzeen..
Moga bahgia selalu tabah hadapi dugaan berumahtangga
cepat2 dapat baby..hehe

 Special for Nadia n Zeen..nadia nak yang simple2 ja..hehe
kalau sedap gitau tau..tak sedap jangan gitau..haha



seorang lagi sahabat kesayangan hamba..abaikan paan(husband intan) yang
dekat belakang tu ya..hehe..
kecik bukan sebarang kecik,anak 3 dah ni tau..hihi
cayalah ang intan..member paling kecoh ni..hehe


suka pic candid ni..nak jugak letak..haha
pandai tukang snap ya..hehe



Last sekali sempat jugak deco kek untuk anak kawan mama..hehe
boleh jugak lah kan jalan raya warna merah..haha
mama nak ceria sagnat kan.hehe


KataAyu:2 days more nak balik Perlis ;-)

Wednesday, 29 May 2013

Happy Sweet 23 Birthday Solehah!!!!!!



23 Tahun lalu tanggal 27 Mei lahir seorang baby girl yang diberi nama Solehah..Alhamdulillah cantik namanya..comel orangnya..kena sangat kan?hehe..bulan kelahiran kita sama lah solehah..hehe..ada kah perwatakan pun sama??hehe...


klik utk ke blog solehah ;-)

Maaf ya terlambat wish..banyak yang baru di terjah..buzy kalah menteri..hihi..terimalah kek coklat dari ayu ya solehah..,hehe..


 Untuk Solehah ;-)

Selamat hari kelahiran buat kamu dear,
moga penambahan usia ini bertambah ilmu,amalan yang baik
dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur..
tercapai segala impian dan cepat2 kahwin..hihi
mama solehah nak suruh kahwin cepat kan?hehe
moga dimakbulkan impian mama Solehah ya dear..AMIN..




kataAyu:sesi blogwalking esok plk ya..tak sempat habis hari ni..huhu..selamat balik kerja ;-)

Khabar berita Nenek Ayu ;-)






Salam semua...terasa lama gila tak update blog tak blogwalking..arghhh maknanya ke'buzy'an  tersangat lah tu..hehe..apa khabar sahabat blogger?? ;-)

Rindu sangat nak blogwalking..huhu..inshaallah ada masa ayu terjah rumah korang pulak ya..

minggu lepas 16/5-26/5 lepas balik kampung demam pulak..kira mc dengan half day jalah..minggu ni baru segar sikit tapi kerja pulak banyak..hehe.

inshaallah kalau tak ada pa2 minggu ni hari Sabtu balik Perlis balik.Mama nak buat kenduri hari Ahad.Pastu Isnin balik sini balik..jangan demam lagi dah la..haha..3x ulang alik dalam bulan ni..macam kampung dekat ja..hehe

Kahkah kah..baru seminggu tak update blog..dah jadi nenek la..haha
amacam sama tak muka ayu??hehe



semoga sahabat yang sakit cepat sembuh ya ;-) 



KataAyu:inshaallah sesi blogwalking boleh ptg ni..hehe

Wednesday, 15 May 2013

Rumah Allah...





 

Masjid Terapung Terengganu...



Masjid Kristal Terengganu..

 Alhamdulillah minggu lepas masa pergi Redang
 sempat singgah di kedua rumah Allah..sangat cantik kan..teruja tengok ;-)

 

Tuesday, 14 May 2013

Alhamdulillah 24 tahun sudah






Alhamdulillah hari ni 14 Mei 2013 genap umur ayu 24 tahun di muka bumi.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhadulillah syukur Ya Allah aku masih diberi peluang olehMu untuk memperbaiki diri ini yang tak lari dari kekhilafan..moga pertambahan umur ini jugak memberi ku ruang menambahkan segala ilmu agar aku lebih dekat padaMu..

 muka budak 24 tahun..hehe..tak pernah2 pakai selendang pergi ofis..
semangat umur baru terajin pulak..hehe

terima kasih pada sahabat blogger yang wish birthday dekat ayu,terima kasih yang tak terhingga ayu ucapkan..ada yang wish sms,fb,blog..terima kasih sangat2..moga jalinan kasih sahabat antara kita terus kekal selamanya..moga Allah murahkan rezeki,panjangkan umur,kuatkan iman,permudahkan segala urusan kita dunia akhirat..AMIN...

 terima kasih sahabat gsf yang sudi buat entri ;-)..ada yang terlepas nanti ayu masukkan ya..

Thursday, 9 May 2013

Selamat datang REJAB...






 Pantas masa berlalu...Ramadhan menhampiri kita..moga kita dapat bertemu ramadhan kali ini..ayu mintak maaf kalau ada salah silap terasa hati sepanjang kita kenal ;-)

Selamat datang REJAB...
moga amalan baik kita diterima..moga hidup kita diberkati
AMIN..




KataAyu:bertolak ke terengganu malam ni.. 




Tuesday, 7 May 2013

7 Sifat Mereka yang Dirindui SYURGA



Salam semua....




SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1 HINGGA 11.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

 Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman
 Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;
 Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
 Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
 Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya,
maka sesungguhnya mereka tidak tercela:
 Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian,
 maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
 Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
 Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang;
 Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi--
Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


Jom usaha jadi hamba yang dirindui syurga :') ♥




Maaf ayu lupa dekat mana ayu dapatkan info ni..dalam draft lama ;-(..


Friday, 3 May 2013

Selamat Mengundi






Salam Jumaat semua...Syukur Alhamdulillah......

Selaamt balik kampung untuk mengundi bagi perantau ;-)..1 undi kita amatlah berharga buat agama bangsa dan negara..moga kita membuat pilihan yang bijak...

ayu balik esok,Isnin baru balik sini..Selasa baru masuk ofis..hehe..bulan yang sibuk dah bermula..moga segala urusan kita dipermudahkanNya..

Selamat bercuti,Selamat Mengundi semua...