Friday, 28 August 2015

Pengalaman Pregnant

Assalammualaikum...

Alhamdulillah saat ni hampir 36weeks pregnant..dup dap dup dap jugak time ni..sekejap ja masa berlalu walaupun sepanjang pregnant macam2 dugaan yang ada akhir2 ni semuanya tenang dan harap dipermudahkan masa bersalin nanti..

First trimester
Masa mula2 tahu pregnant time tu mula la sensitif sangat sampai nak bau makanan pun tak boleh..tiap2 hari asyik loya ja g kerja balik kerja muntah ja kerjanya..ada kot dalam 2 bulan macam tu.memang rasa lemah ja badan tapi sebab komitmen kerja time dekat ofis nasibla boleh maintain lagi stamina cuma bila balik rumah ja jadi lembik semacam..tapi lepas semua dah ok..tiba lak time mengidam,macam2 jugakla tapi lebih kepada masakan mama dengan masakan utara memang pening jugak nak cari yang betul2 kaw dekat kuantan ni..paling feveret time gulai ikan.yang lain tu tak da mengidam sangat semua senang nak dapat..

Second trimester
Time ni semua dah stabil dah kuat alahan pun dah hilang,cuma kerja la banyak sikit kadang2 terlupa kejap diri ni pregnant.tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.semua serba serbi kena buat sebab time ni Allah duga Anip sakit.mula2 tu rasa stress jugak sebab penat kerja balik kerja rumah lagi tapi alhamdulillah emosi dia tak berubah & terus support aku.lepas macam2 berubat g hospital g berubat kampung sikit2 makin pulih..mintak2 nanti pulih sepenuhnya lah kesian jugak tengok semua aktiviti lasak dia dah tak boleh buat.

Third trimester
Alhamdullah sekarang dah masuk 3rd trimester tak sampai sebulan lagi dah nak deliver.bila sampai tahap ni memang makan tu terlalu selera sangat sangat berat naik berlebihan.betullah orang kata bila mengandung ni dah tak kisah diri tu gemuk janji dapat makan apa yang nak.haha maklumlah nanti dalam pantang banyak benda tak boleh makan.cuma kena control sikit kot.aku ni pulak tak reti nak control bedal ja semua.badan cepat letih jalan pun dah makin slow time ni.kadang2 sakit belakang time ni tido malam pun dah tak nyenyak asyik terjaga ja.masa ni pergerakan baby pun rasa lebih jelas maybe ruang dah sempit kot baby makin besar.

doakan dipermudahkan ayu bersalin nanti yea.neves jugak tapi mintak mudah dan semuanya selamat aminn...


Friday, 21 August 2015

My Wedding Day - Majlis Sambut menantu

Assalammualaikum..

alhamdulillah sempat jugak nak menaip walaupun masa sangat terhad..sambung majlis sambut menantu pulak..nasib kitaorang buat hujung tahun kena time hujan..tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

serba sedikit gambar masa kenduri belah lelaki

plan asal warna gold bertukar menjadi hijau..huhu
redha aja la...



terover sikittt hehe

kek sponsor dari Ayulina's Bakery,Perlis
by my mama ;-)


ntah kenapa mekap yang ni nampak macam garang sikit hehe..alhamdulillah selesai kedua-dua majlis..inshaallah bulan 9 ni bakal dapat orang baru dapat family..berdebar jugak dalam masa yang sama eksaited pun ya jugak..ada kelapangan nanti aku cerita bab pengalaman baru ni pulak.tunggu ada masa free nak menaip hehe..

#throwback #221214

Friday, 14 August 2015

My Wedding Day - Sanding

Assalammualaikum..

Alhamdulillah flash back balik masa kenduri haritu semuanya berjalan lancar walaupun seminggu sebelum tu kelam kabut jugak di buatnya..jadi pengantin pun penat sebenarnya tak mudah raja sehari yang disangka hehe

flash back 8 bulan lepas punya gambar ni ;-P

walaupun pelamin angan ku musnah tapi redha jalah apa nak buat hari kejadian dah jadi lain huhu

berdebar ke control jalan ni,hihi..my adik jadi pengapit 
Masa ni kurus lagi masing2,sekarang dah sama naik ja nampak..berkilo2 naik

masa jadi pengantin baru tau camna perasaan orang kahwin..
macam dah tak nampak orang kat depan ja rasa..main jalan ja haha


My flower girls hihi..masing2 asyik nak dok dekat pengantin ja..
orang lain nak bergambar pun tak da can haha..

suap menyuappp..jangan time ni ja eh suap..lepas kahwin pun kena jugakk ;-P

my heart my soul...my mama abah n my mak ayah ;-)

Sepupu sepapat yang sempat masukkan dalam blog ;-)

time ni my imam kena bagi ucapan,dekat umah dia,kita pulak kena..
asalkan jagan suruh menyanyi sudahhh hehe

cukuplah sikit2..hehe..kek kahwin sponsor  Ayulina's bakery&cake house Perlis by my pretty mummy hehe..sambung majlis sambut menantu pulak lepas ni

#throwback #211214

Friday, 7 August 2015

My Wedding Day - Akad Nikah

Assalammualaikum..

walaupun dah lama kahwin nak jugakk hupdate!hehe..masa sebulan sebelum nak kahwin dulu tak da sangat dugaan yang berat..tapi kita hanya merancangkan..seminggu sebelum kahwin macam2 jadi tapi alhamdulillah masa hari berlangsung semua berjalan lancar..

walaupun last minute pelamin anganku musnah!haha dah baik punya deal 6 bulan sebelum kahwin tapi kalau dah last minute nak jadi lain tetap jadikan..tapi geram jugakla memandai ja tukar pelamin tanpa persetujuan aku..nak marah pun tak guna dah esok dah majlis redha jala..

nak di jadikan cerita tema baju belah laki pun terpaksa tukar last minute sebab baju yang dah di booked tu rosak plak..kelam kabut jugak lah nak cari yang berkenan dah awal2 dah set nak baju tu.yang berkenan pun lari dari tema asal apa kan daya redha jala dari gold bertukar ke hijau.memang tak minat warna hijau akhirnya warna tu jugak jadi warna tema my big day!

tak semestinya apa yang kita rancang akan sempurna sepenuhnya kena bersedia apa2 saja kemungkinan yang akan jadi..kita hanya merancang Allah yang menentukan..benda dah jadi redha jala hehe ada yang lebih baik menanti.inshaallah..

sedikit perkongsian masa akad nikah..Alhamdulillah impian menjadi kenyataan,abah sendiri yang nikahkan aku..








Alhamdulillah selamat dah ijab kabul 19.12.14 yang lalu..

Saturday, 1 August 2015

Hampir 8 Bulan sudah....

Assalammualaikum...

Nak update blog asyik tertangguh ja sekarang ni..sedar2 dah nak masuk bulan 8 laaa..last update bulan 1 aritu..haish lama sungguh tertangguh! kerja pulak tak menentu sekarang ni kekangan masa..coretan masa kahwin haritu pun tak sempat nak karang lagi..tup2 nanti dah ada baby pun cerita kahwin tak habis2 lagi hehe..

lagi sebulan nak cuti panjang ni memang bertambah busy lagi laa dekat ofis ni..mana nak siapkan kerja nak pikir itu ini..tak cukup 24 jam..nak singgah ke blog lain pun tak menyempat..ntah ada yang ingat lagi ke tak pun tak tahu lah..pelan2 kayuh k ;-)

rindu kat blog so kita update sikit2 bagi lepas rindu..sambil singgah2 mana sempat..sebelum terlambat Salam Aidilfitri buat semua..

Friday, 16 January 2015

Assalammuailaikum..


Alhamdulillah..tahun 2014 telah pun berakhir dan bertemu kembali di tahun 2015.. Ya Allah terasa lama gila tak ber blog ni..last pun sebelum kahwin sekarang dah tukar status hehe Alhamdulillah

Sekarang Ayu tak tinggal dekat Serdang Selangor,kerja dekat sana pun dah resign.semuanya berlaku pantas sangat.sebulan sebelum kahwin dapat kerja dekat dengan en.Anip,dalam masa tu lah kena urus hal kahwin dan semua kerja sebelum resign.

Alhamdulillah kami tak sempat nak PJJ ayu start kerja awal bulan 1 terus tinggal di Pahang..rezeki kahwin kot ni tidak jenuh jugak nak ulang alik dari Kuantan-Serdang. Baru nak sesuaikan diri dengan suasana dekat sini alhamdulillah dipermudahkan orang2 dekat sini pun semua baik2 ramah2..

tak sabar nak blogwalking ni.Inshaallah tunggu ayu singgah ;-).. gambar kahwin pun belum dapat dah dapat nanti ayu update ya ;-)