Tuesday 31 January 2012

Bila kita rasa kecewa…


Satu hari bila hati tertiba rasa kosong,jiwa terasa sunyi..
mungkin di situ kita mencari kekhilafan diri..
puas kita selongkar tak ketemu jawapannya..
tanpa kita sedari hati kita dilukai,jiwa menjadi sunyi..
pernah kita cuba mengambil kembali jiwa itu tapi tidak pula kita dapat hatinya..
akhirnya kita kecewa..setelah puas kita usaha namun tiada hasilnya,
usah ditangisi harapan yang berlalu,
usah kenang masa yang lalu,tapi kita harus bangkit dari pengalaman itu,
sesungguhnya pengalaman itu sangat berharga 
kerana dengan ia kita bisa bangun sendiri untuk mengecapi  kejayaan yang lebih tinggi..

ketika aku menulis coretan ini 
aku terkenangkan nasib seorang kawan yang baru saja aku kenali,
sudah mempunyai seorang kekasih hati namun telah ditinggalkan setelah 3 tahun bersama kerana angkara orang ketiga..
itulah takdir namanya kita tak mampu nak melawan takdir,
ia bisa berlaku dalam keadaan kita bersedia ataupun tidak.
siapa kita yang dapat membaca takdir yang telah menjadi suratan sejak azali lagi.
Allah turunkan hujan kepada kita,kita merungut kerana kita bisa basah didalamnya,
tanpa kita sedari Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang cantik dengan turunnya hujan.
Begitulah nasib kawan ku itu,puas menangis kerana menyalahkan takdir,
puas menyepi kerana hatinya dicuri,puas meraung kerana rasanya tidak adil..
namun perjalanan yang ditentukan untuknya sangat indah..
nasibnya yang diuji,hatinya yang dicuri 
dibalas dengan khabar gembira yang jauh lebih baik ketika hati bersamanya.
Dia akhirnya mendapat kerja dimana gajinya lebih tinggi,
tempatnya lebih selesa serta hidupnya lebih terjamin..
itulah takdir namanya..

hidup ini ibarat roda,kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita dibawah.
bila kita diatas jangan lupa untuk pandang kebawah 
kerana kita tidak tahu berapa lama kita akan diatas 
dan apabila kita jatuh kita tidaklah rasa terlalu sakit.
Allah tidak pernah mengambil atau merampas orang yang kita sayang,
sebaliknya Dia akan menggantikan dengan yang lebih baik..
sebab itulah kita kena redha dengan apa yang terjadi 
belajar untuk menerima kerana sesuatu yang pasti telah disediakan untuk kita.

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

amik masa jugak nak melupakan ikatan yg dah 3 tahun tue.. kadang2 tpikir org yg merampas tue tak fikir ke hati org tapi adalah lebih baik kita menerima dgn hati terbuka kerana cinta hanya senipis kulit bawang & bila2 boleh koyak.. so bila sayang pada seseorg kita kena beringat2 kerana ia belum tentu kekal lama.. yg tunnag pun putus, yg kawin pun bcerai apatah lagi yg tiada sebarang ikatan..ikhlas dari kak ila

are_lin@yu said...

yup betul tu gak..huhu..kita kena belajar untuk menerima..huhuhu