Wednesday, 23 January 2013

Hari ni last update blog..


Hari ni  23/1/13@11 Rabiulawal 1434..
Hari last  update blog kesayangan ni..hehe..
esok dah start cuti sampai 3/2/13..
kalau balik Perlis susah sikit nak update line internet pun slow sesangat..
so pas cuti lah dapat balas jejak n update eh..

tapi mungkin tak se ligat dulu lagi BW kot..
dah beralih bos ni kerja pun banyak..
mungkin ada masa terluang baru dapat online kan..
tapi jangan risau lambat pun pasti ayu terjah kawan2 jugak.;)..
ada yang cuti jugak tak?Selamat bercuti untuk semua..
doakan perjalanan ayu selamat pergi dah balik eh...
Jumaat ni baru balik naik tren..jom2 g KL Central..hehe

Esok Maulud Nabi...
Salam Maulidur Rasul semua...
moga kita sentiasa dilindungi dan mendapat keberkatan dari Nya..
Amin...

WW: Terharu!





Antara baju yang masih mama simpan dengan baik
walaupun anak dara nya dah 24 tahun sekarang
baju masa umur 4,5,6 tahun still ada lagi ;)

rindu zaman kecik2.. ;)






KataAyu:Last day kerja tak sabar nak balik peluk mama..huhu

Tuesday, 22 January 2013

Biodata Nabi Muhammad S.A.W




Biodata Nabi Muhammad S.A.W :

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Tarikh Lahir Nabi: 12 Rabiulawal Tahun Gajah 



Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:

  • Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
  • Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah: 

  • Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. 
  • Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
  • Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
  • Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
  • Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
  • Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
 

  • Berkata benar (siddiq) 
  • Boleh dipercayai (amanah)
  • Penyampai ajaran Islam (tabliq)
  • Bijaksana (fatanah)
Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
 

  • Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) 
  • Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
  • Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
  • Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
  • Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
  • Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)


Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah: 

  • Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” 
  • Pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
  • Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata:“Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau:“Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku." Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”


Begitulah kisah dan biodata Nabi kita..... Semoga kita belajar dan mengingati sirah dan sunnah Nabi supaya menjadi amalan dan panduan dalam hidup kita....





Monday, 21 January 2013

Stok Charcoal Mask dah ada..

Salam Isnin semua..
hari ini tak buzy sangat nak kena bayar hutang BW la..hehe..
Ok Sabtu lepas sempat ambil stok Charcoal Mask 
tapi tak ambil banyak pun setakat yang dah order dengan ambil extra sikit..
so kalau ada yang cuba boleh contact ayu ya..
itu ja nak bagitau..hehe..
Semoga Monday kawan2 tak blues2 ya..;)


entry Charcoal mask ;>


Kalau ada yang nak order boleh contact ayu
010-3737834







KataAyu:Untuk GSF yang pergi Melaka hari tu,inshaallah ada masa ayu post cenderahati hari ni ya ;)

Friday, 18 January 2013

6 Pesanan Imam Ghazali

18/1/2013@6 Rabiulawal 1434


Muhasabah diri..
Salam Jumaat semua ;)

6 hari lagi Maulud Nabi kita ;)





KataAyu:hari ni buzy farewell utk bos n meeting..
mungkin lambat terjah atau ayu ganti isnin eh..hehe

Thursday, 17 January 2013

Bercuti dari Berblogging

Fuh harini aku nak mengisytiharkan cuti lah..
mood hilang so nak mintak cuti boleh???haha...
acah mak labu ja tu bak kata Jagau..;)..
ok mood okla sikit dari sebelum2 ni..
maybe terbawak2 sebab bos nak tinggal aku sama kot..
terfikir siapakah nak bela nasib aku pasni??huhu..
kot2 jela..manalah tau sebab tu mood aku hilang..hehe..

aku pun nak cuti panjang gakla memandang kan
 hujung tahun lepas tak ambil cuti pun..
aku nak claim cuti untuk minggu depan dari
 26 Januari - 3 Februari 2013..lama tak??hehe..
tak lama pun kejap ja..balik rumah ada ja aktiviti nanti..
hari2 sentiasa penuh..haha..dengan nak balik Penang lagi..
tu yang eksaited nak cuti ni..hehe..

dah habis pasal cuti sekarang nak cerita pasal sambung study pulak
tengah konfius sebenarnya..aku tak minat sains
tapi macam terpaksa ja sambung sains sebabnya
tak banyak U yang tawarkan PJJ,kos pun terhad
and sains related dengan kerja..ohhh tidak!
tetapi apa kan daya..tu yang tak apply2 lagi..haha

motif sambung??pun ke laut..sebabnya tak nak buang masa ja
tumpang tak kahwin lagi tak da komitmen lagi
itu jela motif aku..huhu..tapi 4 tahun gak la kalau sambung.he3
pendapat kawan2??huhu..buntu ;(


mutiara kata :

Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, 
semakin dekat ianya datang menghampiri kita…