Friday, 22 November 2013

Al Fatihah- Ahmad Ammar Ahmad Azam

Salam Jumaat semua...

Terharu dengan kesungguhan arwah dalam perjuangan hidupnya..syahid impiannya.moga allah makbulkan.amin...

''jadilah manusia yang ketika kelahiranmu 
semua disekelilingmu tertawa gembira
tetapi kamu seorang yang menangis.
dan ketika pemergiaanmu mereka pula yang menangis sedih,
tetapi hanya kamu seorang yang tersenyum''...

al-fatihah....

Thursday, 21 November 2013

tentang sesuatu itu ;)


 Salam semua...



sekejap ja rasa dah nak habis bulan 11..pantas sangat masa berlalu..kadang kita rasa terlalu busy sangat duniawi..kena muhasabah diri balik ni  kita bukan hidup selamanya kan.huhu

kadang kita rasa macam kita dah cukup bersedia untuk terima sesuatu perkara itu.sedangkan tanpa kita sedar ada yang lebih mengetahui takdir hidup kita.

kadang kita rasa kita dah buat habis baik.tapi hasilnya tak sama yang kita jangka kan.dan mungkin kita tak sedar belum tiba masanya untuk kita dapat yang terbaik..

kadang kita rasa kita kuat,kita mampu hadapi hal yang mendatang tanpa kita sedar kita punya kelemahan yang kita sendiri tak nampak..

kadang kita rasa apa yang kita cakap itu kecil nilainya,tanpa kita sedar orang yang mendengar mungkin rasa ianya besar..


#randomspeech

Wednesday, 20 November 2013

blog berwajah baru flashback zaman paling dirindui ;(


salam semua...


rasa lama sangat menghilang..hari ni baru sempat nak conteng2 sikit blog ni..mencari mod baru.hehe..dengan itu blog pun pakai baju baru.hehe..kali ni ayu tempah dekat Sha ..saja nak ambil kelainan nak rasa ada kematangan sikit sesuai dengan umur 24 tahun ni.hehe..

inshaallah ayu cuba BW ya.asyik tertangguh ja.. macam2 benda nak kena settle.tapi sempat lagi terfikir zaman kecik2 dulu..tu yang paling rindu sebenarnya..banyak flashback balik bila dah meningkat dewasa ni. ;-)


ni yang ayu terkesan sangat sebenarnya..tatkala makin membesar ni,abah dah semakin berusia.masa ayu dengan family pun dah kurang sekarang.itulah pengorbanan hidup kan.sebagai anak sulung macam benda nak kena fikir untuk keluarga.

segalanya ayu plan.inshaallah apa saja untuk family ayu cuba buat yang terbaik.sebab tu Allah lambatkan jodoh ayu.tanggungjawab keluarga masih terletak di bahu ayu..so inshaallah kalau ada rezeki adik ayu nak kahwin dulu ka.kahwin lah.hehe..

bebelan panjang pulak kan.. ok dah cukup time flashback masa untuk looking forward pulak.hehe

kataAyu:nak melawat kawasan mana yang sempat.hehe




Saturday, 2 November 2013

BE Xperia Z1 menjadi igauan!!

Salam semua..

alhamdulillah masih diberi nyawa di hari yang mulia ini..moga hidup kita sentiasa dirahmati .Amin.Amin.Amin..doa sama2 k,sama2 dapat pahala moga yang dihajati dimakbulkan..

buka akaun nuffnang semalam ada 2 BE baru,tapi mata tertumpu dekat Sony Xperia Z1..


baru tengok Ahad lepas sempatlah membelek deakt maxis centre sambil tunggu dorang clearkan nama ayu.memang terus jatuh cinta.mana tak nya memang sesuai sangat untuk orang yang suka bergambar ni hah..hehe..kamera 20mp,waterproof lagi..fuh meguji keimanan betul.hehe..


dah try hari tu,sekali shoot boleh snap 30x.wow memang menarik kan..katanya boelh tahan dalam air dalam 30min tapi tak tau lah ok ke tak kan.takut jugak shot mana2 naya ja.dah la mahal kan.hehe

tapi nasib dapat tahan lagi nafsu tengok harga tak sanggup nak beli,2k jugak rasanya.so bersyukur lah dengan apa yang ada..hehe..kalau harga jatuh banyak sikit nanti baru kita beli eh..;-)